Monday, August 04, 2008

Catatan 2 Ogos

~ Bertolak dari rumah menuju ke Masjid Jamek, tunggu Inche Serunai Faqir. Lepas tu baik bas sama-sama menuju ke Kompleks PKNS. Petrol mahal beb!

~ Sampai sana cari-cari Inche Kangaq. Ya, tidak syak lagi, dia menyorok balik tiang bila nampak kami. Oleh kerana tiang tu tak cukup besar untuk menyembunyikan dia, maka kami pun 'tertangkap' dia. Ngehehe. Lepas tu novelis pria tersohor, Inche John pun join sekali.

~ Terpaksa tahan asap bila tiga pemakan asap mula memakan asap. Uhuk!

~ Aku dan Inche Serunai Faqir mohon diri kerana acara bermain dengan adik-adik pun bermula.

~ Di belakang pentas terasa bosan kerana lama menunggu orang yang suka bercakap tak habis-habis cakap. Perut pun mula berdangdut goyang kapak!

~Akhirnya orang yang suka bercakap, berjaya juga menghabiskan cakap-cakapnya. Acara bermain-main dengan adik-adik pun bermula.

~ Nampak Mersik shoot kami. Tak lama kemudian, nampak Ariyatna melambai di tepi pentas. SLR baru tergantung di lehernya. Nampak rombongan Cik Kiah Inche Serunai Faqir duduk tengok kami (tengok Serunai Faqir je sebenarnya :P ).

~Acara disertai oleh adik-adik dari SK Dr. Abd. Latif Sabak Bernam. Belakang sekolah tu ialah SUA, sekolah aku dulu. Adik-adik lain yang tak datang tu memang rugi! hehehe.

~ Lepas acara, ingatkan boleh borak-borak dengan Mersik dan Ariyatna, tapi ada pulak orang nak belanja makan. Hati girang sebab perut dah mengada-ngada minta makan. Ariyatna minta diri nak balik pejabat. Yalah, tukang pegang tombak dalam angkatan turus setia negeri Selangor. kekekeke. Sempat tanya SLR yang digayakannya. Sempat shoot aku 2-3 kali. Adui, meleleh!

~ Acara makan pun bermula. Kesian Mersik kena tunggu lagi. Ampun, pak! Lama betul acara makan-makan tu. Inche Serunai gelisah aku tengok. Rombongan Cik Kiah lama menunggu depan pentas nun. ngehehe.

~ Lepas makan, Inche Serunai join rombongan Cik Kiahnya. Aku sibuk cari Inche Kangaq. Call 2-3 kali, tak angkat. Mana le mamat ni ghaib? Solat dulu. Adik dan askar-askar yang gering tunggu kat surau.

~ Lepas solat, cari Inche Kangaq lagi. Call lagi 1-2 kali, pun tak angkat. Ish, mamat ni dah kena telan bumi ke? Sempat juga jumpa Mersik dan dapatkan Dol Leman yang terbaru dan sempat sain Melah Melia untuk dia. Ampun beribu-ribu ampun, mohon patik harap diampun.

~ Call lagi Inche Kangaq, masih tak angkat. Pusing-pusing 2-3 kali sekitar tapak pesta. Lubang hidung dia pun tak nampak. Dalam kekalutan, terserempak dengan Abang Long sekeluarga. Sempat borak 2-3 minit je. Maaflah, lain kali kita borak panjang okey. Call Inche Serunai pula, kalau-kalau dia tahu maklumat mengenai mamat yang tiba-tiba ghaib tu. Mujurlah dia ada maklumat yang sangat berguna.

~ Tuju ke lokasi sasaran yang dimaklumkan oleh Inche Serunai. Dalam perjalanan, lalu pentas. Geng PEKOMIK sedang beracara. Nampak Inche Alif buat promo Orang Kuat. Aku jalan dengan pantas. Sasaran dikenal pasti. Masuk ke lokasi suspek bersembunyi. Serang hendap bermula; sergah Inche Kangaq yang rancak berborak sambil mengadap makanan bersama Inche John dan bos sebuah penerbitan. Ngehehehe. Amboi, kalau dah borak sambil mengadap pinggan kosong, dunia pun sudah tak hengat.

~ Berjaya menawan Inche Kangaq dan memaksa beliau menyerahkan Tiga Kotak Hikmat itu. Ya, kotak itu memang betul-betul hikmat. Terima kasih daun keladi, lain kali kasi lagi noooo.

~ Lepas minum dengan askara-askar, balik ke Kuala Lumpur semula.

~ Malamnya, kekasih balik dari Penang.

Banyak rancangan tergendala. Semuanya kantoi. huhu.



Aksi terlampau.












Saudara jauh Faizal Tahir.


Ann. Pernah disyaki sebagai adik Nuri






















From Penang With Love

Nota : Adik-adik dilarang meniru gaya bahasa dalam entri ini ketika menjawab soalan Bahasa Malaysia. Sekian, terima kasih.

10 comments:

Abang Long said...

KOTAK HIKMAT. Hahaha hikhik hik huhuhu ...

Kangaq - syyyyyyyy !!!!!

en_me said...

jumper kawan kawan siber.. sonok kannns

alias derais said...

aku boleh bayangkan le ko jeling2 ke, bulat2kan mata ke nengokkan SLR orang tu kan. azam, ainin, kuatkan azammu!

malaysia kan boleh.

Unknown said...

Abg Long,
kotak hikmat gores dan menang. Pasti menang.

en_me,
mereka ni kawan di alam buana sebenarnya, lepas tu baru jadi kawan cyber.

Cikgu Alias,
Dia pakai 400D youuuu. Aku tanam azam masa tu jugak. Tekad awal tahun depan mesti rembat. Silap-silap bulan depan kot. kekeke

Anonymous said...

salam AN,

rancangan nak jumpa AN tidak kesampaian. klu idak bleh jumpa kawan2 lain. takpe harap lenkali berkesempatan :)

zaki zainol aka kangaq said...
This comment has been removed by the author.
zaki zainol aka kangaq said...

Masa aku semayang, aku silent henpon aku, pastu lupa bukak sound balik. Tu yang tak dengaq tu! Ahahaha... sori... sori...

Abg Long! Syyy... rasanya makhluk perosak dah takdak dah rumah dia... ahaha...

Anonymous said...

salam..

ala..nape SK DR ABD LATIF?
SK KHIR JOHARI x de ke?
heheh..

Unknown said...

Kangaq,
Kalau tak kerana kau, tidaklah aku meronda-ronda sepenuh perasaan kat sana.


Aini,
Itulah pasal, sebab bekas murid dia pun tak sudi datang. huhu

Anonymous said...

ye la..cam ne nak dtg..
x tau pun ade..
mesti best kan dorang dpt jumpe akk..
dorang kenal akk x?