Wednesday, November 12, 2008

Cuti Panjang

Pejam celik, celik dan pejam balik ... sekolah akan tutup bermula Sabtu ini sehingga awal tahun depan. Amboi, adik-adik bukan main suka lagi eh. Ops, tapi ada seorang budak bernama Sara tu, dia tak suka cuti panjang tau. Dia suka pergi sekolah. Hari-hari dia nak pergi sekolah. Rajin sungguh dia kan? hehehe. Jangan maraa, gurau-gurau manja eh. Apa rancangan sepanjang cuti? Duduk rumah main internet? Main game? Tengok TV? Melancong? Jalan-jalan tengok wayang? Jalan-jalan cari makan? Apa-apa pun rancangan anda, lakukannya secara 'sihat' agar semua orang seronok. Yeah!


Yey, sekolah dah nak habis!



Untuk adik-adik yang bakal meninggalkan persekolahan rendah, selamat datang ke alam remaja. Jadilah remaja yang berwawasan. Err, dah minta maaf dengan guru dan kawan-kawan? Dah puas menangis kesedihan kerana akan berpisah? Haih, tiba-tiba teringat kembali nostalgia lama zaman kanak-kanak riang dulu. Esh, sedih ....


Boleh terbongkang dengan bantal busuk lebih lama dari kebiasaan!



Cikgu-cikgu pun bukan main seronok lagi. Setelah memerah tenaga dan minda untuk menjadikan anak-anak murid sebagai 'manusia,' kini tibalah masa beristirahat bersama keluarga, bercuti panjang merungkai kembali urat-urat minda dan otot yang tersimpul selama setahun ini. Bagi cikgu-cikgu merangkap penulis, agaknya inilah masa yang sesuai untuk mencari ilham dan pulun manuskrip untuk terbitan tahun depan. Cikgu Mya Marja, Cikgu Alias, Cikgu Zahida dan Ustaz Shahrul, dah ada ilham?


Bagi kaum ibu suri sepenuh masa, alamatnya sakitlah anak tekak menjerit apabila rumah berkecah. Berbuihlah mulut akibat berleter bila anak-anak bergaduh, berebut saluran TV, berebut komputer, berebut KFC yang cuma tinggal seketul. Dapur pun sudah jadi macam dapur restoran, beroperasi sampai mata semua penghuni rumah tertutup. Peti ais kena sentiasa penuh dengan makanan. Haih!


Apa-apa pun, selamat bercuti kepada mereka yang akan bercuti.

8 comments:

ayumkay said...

selamat bercuti!!!

bersiap sedialah semua ibu2 di rumah nanti ya.

sentiasa bersiap sedia utk memasak, mengemas, menjerit dan segala yang 'men' ;)

p mana cuti panjang nanti?

alias derais said...

akulah cikgu alias,
perasaanku ini berbelah bagi. ada masanya seronok. ada masanya haih..mengeluh beb! taktaulah ainin.

Serunai Faqir aka SF said...

hehehe seronok anak kau yek?

Sara said...

Aaa bosanlah duduk rumah :( Ibu bapa bukannya cuti pon :(

Nak datang sekolah, tapi taknak belajar. Hahaha.. :D

Ainin Naufal said...

kak Ayu,
Duk rumah saja le gamaknya. :(


Alias,
Sekarang aku jamin kau sedang seronok walaupun duit banyak habis. Janji semuanya selamat.

SF,
Terlebih seronok. Balik konvo tu terus dia demam.

Sara,
Akak ada cadangan yang baik punya. Buka sekolah sendiri. muahahaha.

khairyn said...

dah nak cuti sekolah ek

eh aku pun dah nak cuti sekolah la gak kan.. huhuhuhu.. dari 20hb next month sampai end january. hihihi lama tu

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

awat tak habis2 lagi cutinya ni?

Ainin Naufal said...

Harny,
Weh, seronoknya kau main salji yek. Holiday pusing Europe ka?

Kak Za,
Cuti anaknya. Maknya tak cuti pon.