Tuesday, December 23, 2008

Masuk Kilang

Bukan, bukan saya masuk kilang. Melah yang masuk kilang. Bukan, bukan Kak Melah. Tapi Melah Melia 3. Harap-harap kali ini tak ada apa-apa masalah lagi setelah seminggu lalu diri ini teramat panik, kejang otak, kelabu minda memikirkan masalah teknikal yang timbul kerana berada di luar kawasan dan jauh dari keupayaan Internet. Fuh, sungguh dasyat pengalaman itu. Hampir-hampir bertukar menjadi igauan ngeri. Mujur dengan bakat kreatif (silakan muntah dengan sopan-santun kalau anda teringin melakukannya) pihak di sana dan di sini, masalah yang memang mengejangkan otak itu mampu diatasi walaupun nyaris-nyaris kedua-dua pihak gugur akibat kekejangan.
*
*
*
Semoga Melah Melia3 selamat terbit dan dapatlah diri ini menyambut tahun baru dengan satu produk baru juga. Jadi, kepada adik-adik dan kawan-kawan, tunggu kemunculannya, insya-Allah sekitar Jan 09 nanti, okey.
*
*
*
Buat adik-adik yang sedang pecah kepala memikir nak masuk sekolah mana, jangan susah hati. Belajar di mana pun tak apa-apa asalkan dapat belajar dengan sempurna. Benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung. Kalau dibuang ke laut menjadi pulau. Tak caya, tanya mak. hehehe. Apa-apapun, jangan lupa dapatkan Melah Melia3 dan siri-siri sebelumnya walau di mana anda berada.
*
*
*
*
TATA!

9 comments:

ayumkay said...

ok ok roger & out. semoga tidak kehabisan stok di pasaran :)

DeeN said...

Pergh!
Ada 'buah tangan' baru.
Vrooooom!!!

sf said...

ingat kau kerja kilang tadi... hehehe

Ainin Naufal said...

kak ayu,
siapa cepat dia dapat. hihi. jangan risau, stok sentiasa ditambah kalau habis.

Deen,
buah tangan tahun baru.


sf,
aku memang rindu nak masuk kilang, sbb aku mantan minah kilang. :P

Nur in Islam said...

salam akak, pliz help me. sy xtahu cm ne nk antar karya nih. pliz..ni ym sy fairy_kiut@yahoo.com

alias derais said...

oklah, aku muntahlah dengan sopannya. anyway, mantan minah kilang, tahniah atas karya barumu itu. selamat maju jayalah. mulakan tahun baru dengan semangat baru . yeay!

Ainin Naufal said...

Nur,
Cepat buzz akak. hihi

Cikgu Alias,
Terima kasih atas sokongan dan doa. Insya-Allah aku tak ingat asal-usulku.

Erk, kau muntah kat mana tu?

Zaimin said...

betul tu kak, pening nak fikir masuk sek mana, tapi, takdelah sampai kepala nak pecah. hehe..

Ainin Naufal said...

Zaimin,
TAk pe, yang penting usaha baru boleh berjaya. Cewaaah, pandai je nasihat orang.