Wednesday, January 28, 2009

Musim Gawat!

Al-kisah, cuti Raya Cina menghabiskan masa di KL saja. Zaman-zaman gawat ni kalau tak balik kampung, memang duduk rumah saja yang paling sesuai. Walau macam mana pun kena keluar juga untuk membeli barang keperluan.
*
*
Tiba-tiba mati akal sekejap apabila semua pasar raya tempat kami selalu membersihkan poket; berbelanja segala keperluan tutup semuanya. Sudahlah semuanya barang-barang penting yang nak dibeli. Lampin pakai buang emak dan anak, tepung, susu anak-anak, barang-barang dalam peti ais, dan lain-lain lagi. Punyalah 2-3 kali kami pusing kawasan dekat-dekat sini, tapi cuma ada pasar mini yang tak mencukup semua yang diperlukan. Malang betul kita sebab terpaksa bergantung pada satu kaum tu saja. Bila mereka tutup kedai, kita yang menangis. Hmmm...
*
*
Oleh kerana semua tempat berbelanja sedang tutup, kami pun terpaksa menyibukkan diri ke gedung membeli belah di tengah KL yang setiap masa asyik ada jualan murah saja. Rasanya tak ada hari yang tak ada jualan murah. Pelik betul.
*
*
Dan....
*
*
Di ruang legar, tempat segala barang jualan murah dilonggokkan, punyalah ramai insan-insan yang sedang mencuci poket. Wah, banyak betul duit orang-orang ini! Dan, majoritinya Melayu. Ish, ish. Anda tahu apa dalam fikiran saya? Lu fikirlah sendiri. hihi.
*
*
Saya terus turun ke tingkat bawah; tempat yang sepatutnya saya tuju. Beli itu ini yang tak seberapa pun dah dekat RM100 melayang-layang. Itu baru barang perlu. Cuma fikir kalau saya pun menyibukkan diri di celah-celah kelompok manusia di ruang legar sana, mau berkepuk-kepuk melayang. Saya rasa kalau tak kerana cuti panjang, mau tersesak-sesak kaum kita di situ.
*
*
Musim gawat ni, nak membeli barang perlu pun teragak-agak. Ini baru kami; keluarga yang agak kecil. Bayangkan macam mana denga keluarga yang ada 4-5 orang anak yang sedang membesar.
*
*
Moga-moga semuanya cepat pulih dan orang kita pun ada kesedaran berjimat-jimat zaman gawat ni.
*
*
Diam-diam, sebenarnya risau juga dengan jualan novel yang akan terbit beberapa hari ni. Ya Allah, murahkanlah rejekiku! Amin.
*
*
Adik-adik, musim-musim macam ni kena berbelanja secara berhemah. Lupakan dulu pakaian berjenama, minyak wangi, gadjet baru dan lain-lain. Tolong ibu bapa jimatkan belanja. Kalau nak habiskan duit untuk derma masjid ke, derma Palestine ke, sangat dialu-alukan. Dapat pahala lagi.
*
*
Tapi, errr... jangan lupa beli novel Melah Melia3 tau. hihi.

8 comments:

Sastri said...

salam kak...

ada jugak ek mall yang bukak semasa CNY ni... sas ingatkan semuanya tutup...

ayumkay said...

salam AN :)

kita raya, dia orang yang untung bergunung2... dia orang raya, kita yang termenung..hik.

jap tadi p MPH.. melah3 blm ada lagi.. takpe kita sama2 tungguuuu.

Anonymous said...

salam kak aini.....saye ade semua buku melah melia saye suka sangat buku2 tu ......best giller....saye x sabar sabar nk beli buku melah melia 3......bila nk keluar.....cpt la sikit....dh x leh sabar.....

-eyrah-

Nur in Islam said...

kak ainin, kite sedey la.. bile lg akak nk ym nie.. im waitin' 4 u..

rajiah said...

Salam Ainin..

Ye lah, di zaman kegawatan ekonomi ni, "harus" malah kadang-kadang "wajib" mengikat poket...

di sekolah pun, kalau ada cikgu-cikgu pelawa kain, tudung, brooch.. aduh-aduh.. senyum je lah I... :D

Apa-apa pun, tahniah atas kelahiran Melah Melia 3 ...

Ainin Naufal said...

Sas,
Salam kembali. Mall memang sentiasa buka. Pasar raya biasa ni je yang tutup. Harus ke mall kalau nak beli barang.

Kak Ayu,
Tak ada, minggu depan sampailah tu. hihi. jangan serik menunggu tau.

Eyrah,
Tak lama lagi ada menjenguk di pasaran. Minggu depan cuba tengok lagi ya. Semoga terhibur dan tunggu novel akak seterusnya.

Yani,
Kenapa? Dag dig dug je akak rasa. Nanti kita borak ya.

Kak Jiah,
Terima kasih atas ucapan.

Zaman gawat ni mampu telan liur je nampaknya. Harap2 buku kali ini tak lembap salenya macam ekonomi. Amin.

Serunai Faqir aka SF said...

gaya rambut rock n roll tu AN ... hehehe

Anonymous said...

ok kak anin sy tunggu.....minggu dpn ye.....sy pi tengok kt MPH.....



-eyrah-