Assalamualaikum,
*
Malam ini dah mula berterawih dan esok dah mula berpuasa. Cuti sekolah pun dah bermula. Jadi kepada semua, diucapkan selamat berpuasa. Semoga kita diberi kekuatan untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah. Kepada adik-adik, selamat bercuti. Jangan lepaskan musim cuti kali ini untuk melipatgandakan ibadah pada bulan mulia ini.
*
Puasa kali ini, ingatkan bolehlah meneruskan aktiviti puasa tanpa apa-apa deadline sampai lepas raya. Rupa-rupa, harapkan panas sampai ke petang, jerebu tiba-tiba melanda di tengah-tengah hari. Saya diberikan deadline mencekik pula. Aduh, tidak terkata saya. Bukannya tak suka. Suka sangat lebih-lebih lagi mendengar segala butir dan perancangan editor kanan yang penuh dedikasi tu untuk bakal novel saya. Tapi dalam keadaan emosi tak menentu ni, sukar juga untuk dilaksanakan. Namun sedaya upaya saya cuba menyelesaikannya. Moga editor saya tak kehampaan nanti.
*
Memang mencabar. Dalam keadaan down ini saya terpaksa menyiapkan manuskrip penuh humor. Hajat hati musim cuti ni nak tinggal di kampung sambil menjaga orang tua saya yang baru didiagnos sakit kronik. Bila dah dapat deadline mencekik ni, tak tergamak pula saya nak tinggal di kampung dengan menghadap muka orang tua saya yang sengsara sambil saya menuliskan novel humor. Ironi! Tentunya saya bertambah down.
*
Doa saya moga-moga Ramadhan ini kami sekeluarga ditabahkan hati, dikuatkan semangat menghadapi segala dugaan. Moga orang tua saya reda dan menerima segala ketentuan-Nya. Semoga Allah tambahkan ketabahan saya untuk menyiapkan manuskrip humor ini dalam keadaan hati yang tidak keruan.
*
Mohon jasa baik para sahabat dan pelawat blog ini mendoakan yang terbaik buat orang tua saya. Moga bulan penuh berkat ini, segala doa dimakbulkan tanpa hijab oleh-Nya. Amin.
2 comments:
Hmmm... dilema juga kalau nulis camtu. BTW selamat hari raya kat kau, maaf zahir batin (ni kena ada, mana tau mengumpat ke mengata ko belakang2 hahaaha) ... raya jemput mai rumah aku kat cheras utama tau ... aku ingat tahun ni kalau ada rezeki lebih nak buat rumah terbuka utk geng penulis pulak ...
Syukur semuanya dah selesai. Berkat bulan puasa kot. Aku pun minta maaf zahir batin. maklum le byk mengumpat ko, sama mcm ko ngumpat aku gak. hahaha.
insyaAllah aku sampai ke rumah ko kalau tak ada aral.
Post a Comment