Tuesday, September 15, 2009

Berakhir.... Selamat Hari Raya!

Assalamulaikum.
*
Jenuh pulun menaip sejak sebelum Ramadhan lagi. Akhirnya apa yang diusahakan selesai juga. Fuh, berasap juga kepala otak dibuatnya. Ya, dalam keadaan serabut macam ni, idea rasa macam tersangkut-sangkut pulak. Tapi syukur, mungkin sebab dah niatkan kerja ni untuk tanggung keluarga + ibadah di bulan puasa juga, segalanya berjalan seperti yang dikehendaki.
*
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, ditambah dengan kekalutan menyiapkan manuskrip novel baru, memang masa berjalan seolah tak terasa. Tahun ni beraya pun macam tak ada semangat. Tengoklah, kalau rajin, malam ini dan esok mula berketak-ketuklah saya membuat biskut raya. Dapat dua jenis pun jadilah untuk bawa balik ke kampung. Lusa saya nak bakar kacang gajus, hazel dan badam untuk kudapan hari raya. Ewah, bermewahlah nampaknya saya tahun ni dengan kacang-kacang. Tahun ni saya buat eksperimen buat kudapan kekacang yang sedap (pada tekak sayalah). Syukur menjadi. Maklumlah, selama ni asyik beli Tong Garden je. Mahal dan tak puas makan. Lebih baik beli kacang mentah pakai kilo kemudian buat sendiri. Murah dan puas makan.
*
Adik-adik yang kebetulan baru habis UPSR ketika raya nanti, mesti seronok sakan. Nampaknya berganda kegembiraan raya ya. Jangan main mercun, nanti beraya kat hospital pulak.
*
Semoga hari raya ini semua orang akan bahagia. Selamat hari raya untuk semua. Mohon dimaafkan segala kesilapan zahir dan batin. Halalkan juga yang termakan dan terminum.
*
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
P/S : Pandu cermat, jiwa selamat.

2 comments:

khairyn said...

Salam Ainin

Woahhhh!! Satu perkembangan yang positif. Berjaya menghabiskan manuskrip dlm bulan penuh barakah. Aku sangat tabik dengan ko.

Anyway, nak mengucapak salam Eidulfitri untuk Ainin dan family. Maaf kalau ada terlanjur kata dalam mengusik huhuhuhu...

Ainin Naufal said...

Ny,
Kalau tertekan blh je. Sejak dulu aku mmg mcm ni. haha.

Aku pun mcm tu jugalah. mohon maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa ketika berposting selama ni.

Selamat hari raya. Beraya kat sana elok2 ya, jangan nangis.