Tuesday, December 15, 2009

Duka. Gembira. Yang Mana?

Ini kisah beberapa minggu lalu.

*

18 November 2009

Ayahandaku meninggal dunia setelah genap 8 hari menjalani kemo sesi ke-4. Aku menemaninya ketika sesi itu. Sepatutnya ada dua sesi lagi untuk dijalani.





Racun kemo




Novel kanak-kanak terbitan Buku Prima.

Siri terbaru Melah Melia.

Dalam masa yang sama, dua buku ini terbit dalam lingkungan masa yang agak rapat. Kedua-duanya kini telah berada di pasaran.


Adik perempuanku; antara sedih dan gembira. Dan aku tahu, dia banyak menangis ketika persiapan majlis besar itu.

*

6 Disember

Genap 15 hari kematian ayahanda, adik perempuanku melangsungkan perkahwinan. Waktu ini teringat aku saat-saat ayahandaku menangis teresak-esak bercucuran air mata di WAD 2D ketika menjalani kemoterapi (ketika itu aku menemaninya). Dia kesal dan ralat kerana tak dapat menyempurnakan dan membiayai majlis itu. Dia minta selepas upacara nikah, diadakan majlis tahlil. Dan benar, selepas akad nikah adik malam itu, tahlil diadakan. Untuknya.

Sedih dan gembira bercampur-baur. Namun kedukaan lebih menyerlah walaupun senyum tetap menguntum.

5 comments:

khairyn said...

salam Ainin

Al-fatihah untuk ayahandamu. Semoga ayahandamu dan ayahandaku ditempatkan bersama mereka yang beriman amin.

Tahniah atas Melah, Amar and your sister.

ayumkay said...

salam AN..

apa khabar? lama tak berkunjung ke sini, temanku sedang diuji rupanya. Semoga AN tabah, sabar & kuat menghadapinya. Banyakkan doa ya dik, insyaAllah ayahandamu akan ditempatkan bersama2 orang yang beriman.

apapun tahniah untuk kelahiran buku2mu dan buat adikmu juga.

Al-fatihah.

sf said...

Al-fatehah untuk ayahanda kau beb ...

haris said...

ayahanda mu baik terhadap keluarga aku dan orang lain... aku terkilan tak berkesempatan lagi berbual dengan beliau...

alfatihah

Unknown said...

Terima kasih semua.