Saya konon-kononnya sangat sibuk hingga langsung tak menulis. Yang pasti menyibuk saja yang lebih. Hmm sebenarnya itu alasan gantian untuk tidak mengemaskini blog. Oleh sebab ada blog, sepatutnya kenalah merajinkan diri tulis dengan selalunya. Sila jangan contohi saya. Ermm, tiap-tiap kali buka ruangan entri, mesti kepala rasa kosong. Tak ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi bersama (sebenarnya ini alasan lain untuk tidak mengemaskini blog selain alasan sibuk dan menyibuk. Tolonglah percaya.).
Namun kali ini saya dengan seronoknya ingin cerita mengenai pesta buku. Kalau masih ada yang ketinggalan roket, saya memang sangat simpati. Helo, ini zaman IT. Kalau tak ada internet pun, TV ada siarkan iklan mengenai pesta buku.
Sabtu lepas saya diundang dalam sesi Chit Chat Bersama Penulis di gerai PTS. Saya bergandingan denga Ezee Rahmani. Seronoknya saya! Perangai saya memang tak senonoh. Orang ramai lalu-lalang tengok kami di atas platfom yang tersedia untuk sesi itu. Ketika saya sampai, penulis baru dan bakal menjadi penulis tersohor suatu masa nanti, Ilya Alias dan Nurul Zahidah sedang duduk dengan sopan santun lagi control ayu di atas platfom. Amboi, seronok nampaknya penulis muda melayan peminat.
Ketika cik editor comel menguar-uarkan keberangkatan tiba diri saya yang berjalan dengan gaya huru-hara itu, Nurul Zahida telah terlompat dari atas platfom untuk berposing dengan saya. Tipuuuu... ini hanya gimik untuk memperasankan diri sendiri. Beliau tidak terlompat atau melompat atau terbang mahupun buat summersault untuk turun dari platfom itu. Beliau turun dengan sopan dan mampu mengawal diri. Terima kasih kepada Nurul kerana sudi berposing istimewa dengan akak yang tak senonoh ni ye. Nurul baru berusia 16 tahun. Sesuatu yang membanggakan bagi remaja seperti itu kerana dengan jayanya menghasilkan novel bertajuk Siapa Lebih Popular?.
Bakal penulis-penulis terhebat.Penulis yang diduetkan dengan Nurul ialah Ilya. Novelnya bertajuk Otai. Dengar cerita Otai menjadi antara novel remaja yang laris di pasaran. Beliau bakal seorang cikgu. Pesanan untuk Ilya, jangan jadi cikgu yang garang. hehe. Selepas tamat slot kedua-dua penulis remaja ni, tibalah giliran mak cik-mak cik berdua ni pulak untuk naik platfom. Tapi sebelum itu, saya dengan bangganya mendapat muah-muah di pipi daripada Ilya. Mau tak bangga, bakal penulis terhebat muah-muah kita? Heh, kamu dapat? Tentulah tidak, kan (sila baca dengan nada penuh eksen)?
Apa lagi, menjelang beberapa minit selepas itu, platfom itu kami yang punya! Muahahaha.
Cik editor comel pun mula mengaktifkan suara beliau dengan bercerita mengenai karya-karya kami. Dan kami pula sibuk mengenai hal-hal yang tidak kaitan langsung sama ada dengan yang hidup atau yang mati, melainkan mengenai hal-hal keduniaan saja. Sungguh tidak bersopan-santun umpama murid yang bercakap-cakap apabila cikgu di depan bercakap-cakap. Sila jangan contohi ketidaksenonohan kami berdua ya. Akibat ketidaksenonohan kami, beberapa kali cik editor comel menegur dan memotong acara bercakap-cakap yang kami berdua anjurkan itu di atas platfom (acara bercakap-cakap yang tiada kena-mengena dengan sesi kejadian). Dan aksi kami menjadi semakin ektrem tidak senonoh apabila galak melambai mana-mana makhluk yang dikenal pasti sebagai kawan-kawan lama, sehinggalah cik editor comel mengaktifkan teguran begini, "Nampaknya penulis kita masih sibuk melambai-lambai." Ya, sangat kasihan dengan cik editor comel kerana terpaksa mengaktifkan teguran beberapa kali. Minta ampun dan minta maaf beribu juta-juta kali. Maklumlah, kami berdua lama teramat tidak bersua muka. Hanya itulah saja ruang masa yang ada. Maka, disebabkan keterujaan melampau demikian, terjadilah aksi-aksi yang juga melampau di atas platfom bernama "Pentas Ini Kami yang Punya. Hahaha."
Saya sungguh err... bukan se ... tapi ber ... beronok-ronok kerana pak cik saya sekeluarga datang dari Temerloh. Terharu sungguh. Selama hari ini, ramai ahli keluarga dan saudara-mara tak tahu apa kerja saya selain daripada seorang suri rumah. Sungguh! Saya lebih gembira memencilkan diri dari diketahui umum. Saya kan pemalu orangnya. Ahaks!
Selepas slot yang dipenuhi aksi-aksi luar kawal dan ketidaksenonohan oleh mak cik berdua ini selesai, saya bertemu Ilya setelah mencari-cari beliau merata-merata (masih di dalam ruang litup gerai jenama PTS). Sebelum bermula slot terlampau mak cik berdua itu, kami berjanji nak jumpa. Apabila bertemu, maka kami berdua pun posing beberapa kali di depan kamera. Terasa diri saya seperti pokok bonsai yang diletakkan di sebelah pokok kelapa. Ilya boleh jadi model.
Itulah kisah saya untuk kali ini. Pesta buku tinggal esok saja. Masih ada masa kalau nak pergi. Kepada sesiapa yang bercadang nak pergi esok, selamat bersesak-sesak diucapkan kepada kamu.
Wassalam. TATA.
Gambar ihsan PTS.
1 comment:
Salam perkenalan Ms Ainin naufal
moga sentiasa bersemangat dalam menghasilkan karya2
tak sempat nak berkenalan di pesta buku tempohari
zakiah
Post a Comment