Wednesday, January 24, 2007

Ada Satu Cerita

Apa yang ingin saya kongsikan pada kali adalah sesuatu yang pernah saya alami sendiri lebih kurang hampir sepuluh tahun yang lalu. Bagi sesetengah orang, mungkin kurang menarik. Tapi pada saya, ia agak unik dan mungkin juga agak merbahaya.

Dulu, saya pernah bekerja di sebuah syarikat logistik di Port Klang. Pada satu hari, syarikat mengadakan temu duga bagi jawatan eksekutif logistik. Maka pada hari itu datanglah beberapa calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berkenaan.

Oleh kerana pejabat kami pada masa itu agak kecil, maka semua calon pun duduklah berdepan-depan dengan meja kami. Kami, pekerja Cina, Melayu dan India, bekerjalah seperti biasa tanpa menghiraukan para calon yang datang. Kami bergurau sambil bekerja macam biasa.

Ada seorang calon Cina yang ikut sama-sama tergelak dengan kelucuan kami. Agaknya dia seronok dengan suasana kerja di situ. Seorang staf dengan suka rela pula menolong membuat fotokopi sijil-sijil para calon.

Calon Cina yang seronok dengan suasana di tempat kami tadi juga meminta supaya sijil-sijilnya dibuat salinan juga. Hmm... banyak cantik punya muka.

“Awak Muslim ker?” tanya staf Cina yang memfotokopi sijil calon berkenaan.
“Tidak,” jawabnya ringkas.
“Nama awak nama Melayu?” tanya staf Cina itu lagi.

Kami pun berpandangan. Hairanlah kononnya. Memang hairan pun. Hehehe....

“Siapa namanya?” soal salah seorang dari kami.
“Ali bin Muhamad.”
Calon tadi cuma tersenyum.
“Betul ker awak bukan Muslim?” soal salah seorang dari kami sekali lagi. Calon tadi geleng-geleng.
“Bapa saya yang letak. Dalam surat beranak dan kad pengenalan pun memang nama saya begitu.” Calon itu masih juga tersenyum-senyum.
“Oooooooh...” punyalah panjang ooo kami.
“Kawan saya pun ada yang nama Muslim macam nama saya. Muhamad bin Abdullah namanya.”
Sekali lagi kami, “Ooooooooh....”

Jangan fikir orang yang pakai nama Islam itu agamanya pun Islam.

11 comments:

slaywinter said...

Hahaha... aku suka entri ni, membuatkan aku teringat dua orang cina adik beradik dekat kampung aku. Sorang nama Husin, sorang nama Daud. Sudah tua. Seperti dalam entri ni, namanya sahaja seperti orang Melayu. Ayah aku cerita, bapak diorang berasal dari tanah besar China dan berhijrah ke tanah Melayu. Masa sampai di sini, keadaannya sungguh payah. Ada dua orang Melayu tempatan yang selalu menolong dia. Jadi, lepas kawin dan dikurniakan Tuhan dua anak lelaki, dia namakan anaknya sempena dua sahabat Melayunya tadi... Husin dan Daud.

Ainin Naufal said...

Ooo... itu macam kaa? Cerita mengenai Melayu tolong Cina ni, atuk ku pun pernah alami perkara ni. Kisah di Zaman Japun dulu la. Jepun memang anti Cina. Masa tu ada beberapa keluarga Cina kat kampung ku. Dorang ni ketakutan sangat masa tu. Kemudian atuk aku pun soroklah salah sebuah keluarga ni kat rumah. Sampai anak-anak dia besar pun dia dok ulang-ulang kisah atuk ku selamatkan depa sekeluarga. Aku ingat lagi masa kecik dulu, dia selalu bagi aku duit kalau dia masuk kampung dan beli ayam kampung atau koko moyang aku. Tapi sekarang apek tu dah meninggal.

©Nur Raina said...

Salam Halle... akak pun ada kenal seorang Cina yang pakai nama Melayu. Memang biasa pada zaman dulu-dulu... okay apa. Lagi pun, dia memang fasih cakap Melayu, macam orang Melayu betul... sabo je la.. ahakz.. kat sini, kalau masuk Islam, tak payah tukar nama. Macam nama suami akak tu. Dalam dokumen masih nama lama dia tapi dalam keluarga kami panggil Karim lerr.. ahakz..sabo je aku.

Ainin Naufal said...

Jangan terkejut juga kak. Ada beberapa tokong Cina yang diberi nama dengan nama Melayu. Saya ada baca dalam blog elmaniq. Siap gantung ketupat. Tokong tu pulak siap pakai songkok dan keris.

yus said...

baru first time dengar org cina pakai nama melayu dlm surat beranak, kalau setakat panggilan tu adalah jumpa...

Amiene Rev said...

nama-nama cina yang dimelayukan pun ada.

contohnya ah ming = amin

jet li = jali

jacky chan = che zaki

Ainin Naufal said...

yus,
Dulu saya pun terkejut juga. Tapi bila dah alami, baru percaya.

Amien,
Melayu yang tukar nama Mat Saleh lagi ramai. He he...

slaywinter said...

Oho... tokong tu aku pernah tengok. Pakai baju Melayu hitam, berkain pelikat petak-petak, ada keris dan bersongkok. Tuan punya tokong tu (sorang tokey Cina) cakap namanya kat aku. Tapi aku terlupa la nama penuh dia... yang aku ingat dipanggil 'Datuk' (ke semua tokong diorang panggil datuk? ntah...)

Tokey cina tu cakap, "ini tokong aa... manyak kuat. Lagi kuat dari itu tokong kekayaan! pasai aa... itu tokong jaga luit (duit) saja... tapi ini latuk (datuk) aa... jaga saya punya family sama saya punya lumah (rumah)."

Kononnya wujud tokong ni (ikut cakap Cina tu la...), dulu masa zaman jepun, ada sorang Melayu yang pertahankan orang Cina kat satu pekan daripada kena siksa dengan jepun. Dia kata kat Johor, nama pekan tu dia tak tau. Cina tu kata, "Lia (dia) macam itu Panglima la..." Jadi, untuk mengingatkan jasa 'Panglima' ni, orang cina pakat buat tokong kat dia (aku rasa mesti di luar pengetahuan 'panglima' tu). Aku terfikir... apakah Panglima Salleh yang dimaksudkan? Teng... teng... teng....

Ainin Naufal said...

kangaq, memang menarik apa yang hang kongsikan ni. Tentu sah panglima tu Islam kan? Hang rasa, panglima tu setuju tak orang-orang cina tu puja-puja dia?
Depa kalau dah siap buat tokong untuk puja seseorang, kira orang yang dipuja tu dah taraf dewa pada kepercayaan depa.

slaywinter said...

Uuu... kalau difikirkan dari logik akal, aku rasa 'panglima' tu mesti tak setuju. Hang mau ka depa buat patung hang, lepas tu tak buah limau kat depan sila... eiii... seram aku! Tapi... kalau bagi buah limau tu kat tuan empunya tubuh mesti dia suka kot?

Satu lagi, tokong 'panglima' ni dalam keadaan bersila. Semua tokong cina aku tengok berdiri (kecuali Dewi Kuan Yin atas Lotus). Rumah merah tokong 'panglima' ni pun, tersangatla besarnya (rumah dewa kekayaan yang kat sebelahnya sempit je aku tengok). Itu saja yang aku tahu... siapa ada kawan-kawan cina bolehlah tanya diorang.

Ainin Naufal said...

kangaq, banyak juga yang hang tau pasal tokong ni ek. Aku pun tumpang baca sahaja. Rasanya ada satu tokong tu aku pernah tengok dekat Port Klang. Tu pun dah lama. Kalau tak silap, tempat tokong tu pun dalam semak samun. Ingat-ingat lupalah.