Thursday, January 18, 2007

Aduan Untuk Pos Malaysia

Posmen seMalaysia mogok dengan saya agaknya.

Sebulan sebelum Ramadhan yang lalu, saya kirimkan sebuah buku untuk saudara di Sabah.

Dalam bulan Ramadhan pula, Ashadi Zain ada mengirimkan novel Dari Kepala Batas untuk saya. Dalam bulan yang sama juga, Kak Raina di Australia mengirimkan kad raya untuk saya.

Malang betul saya, kerana kiriman yang saya buat dan kiriman yang dibuat untuk saya, sampai ke hari ini masih tidak kunjung tiba.

Kalau kiriman saya sudah diterima, tentu ada orang yang akan mengucapkan terima kasih. Kalau saya sudah menerima kiriman-kiriman itu pula, sudah tentu saya akan ucapkan terima kasih kepada Ashadi Zain dan Kak Raina.

Oooh... agaknya memang betul posmen seMalaysia mogok dengan saya.
Tapi yang musykilnya, apa salah saya sampaikan mereka mogok?
Saya berkira-kira mengirimkan beberapa buah buku untuk seorang adik di Johor. Agak-agaknya, kiriman saya itu sampai ataupun tidak?
Terasa serik pula nak gunakan khidmat Pos Malaysia.

Gdex, DHL, Nation Wide, Sky Net?
Mahal!

Hmm... apa alternatif yang saya ada agaknya?

6 comments:

Mersik said...

Err..rasa2nya Pos Malaysia juga ada perkhidmatan kuriernya iaitu Poslaju dan Pos Ekxpress. Mungkin bley try yg tuh..

Cuba try anto satu buku kat pokcik nih..Mana tahu sampai. kekeke gegegege.. alahaii

Unknown said...

pokcik, tau dah perkhidmatan tu ada. Tapi masih ada brand POS MALAYSIA tu. Rasa macam seriau juga. Tapi tak pelah, saya try juga guna pos laju. Kalau pokcik nak buku, nanti kita kirimkan. Meh sini alamat pokcik.

Unknown said...

Halleku sayang... hmm... mungkin di pejabat pos lama yang macam tu. Kan, itu semua berlaku bila Halle duduk di tempat lama. Kanda rasa, mungkin di tempat baru ni tak jadi macam tu. Di rumah baru, ada tak surat yang sampai? Kalau ada, maknanya adindaku tak perlu risau.

Unknown said...

Kanda, harap-harap begitulah. Takut nanti kiriman dari kanda yang terbaru itu pun tak sampai juga.

Unknown said...

kawan saya ade mgirim POSLAJU,tp bile saya pg ke pejabat pos....staf kat situ cakap xder pun poslaju yg berdaftar atas name saya.....

joury said...

saya pengguna tetap poslaju.. kami disini menggelarkan POSLEMBAB... dalam sejarah pos saya ada barang yang hilang.. posmen ni pencuri agaknya.. dah pos tapi rekod tiada sedangkan nombor tracking dah ada tapi rekod not found.. customer tuduh kita pulak menipu.. banyangkan kita bila dah pos mestila kita bagi tracking number kat customer tapi apabila customer check rekod not found.. memalukan jer.. memnag POSLEMBAB.. lepas ni nak guna perkhidmatan lain pulak.. yaknak guna dah poslaju.. SERIK