Friday, June 01, 2007

Balik Kampung Lagi, Lagi-lagi Balik Kampung!

Rumah pusaka tempat kami dibesarkan.

Kepada semua sahabat handai dan rakan taulan, jauh dan dekat, di sana atau di sini, saya dengan rasa riak dan takbur ingin mewarwarkan kepada anda, anda, anda, anda, anda..., bahawa sesungguhnya menjelang terbitnya fajar esok hari, dengan penuh rasa gumbira dan berlagak, akan bertolak lagi ke desa indah dan permai tempat kami dibesarkan dan dengan penuh bongkak dan sombongnya juga kami akan bercuti selama cuma-cuma 2 hari dan satu malam sahaja, meninggalkan Kuala Lumpur yang selalu-selalunya mengepul dengan debu dan asap-asap kenderaan berat dan ringan itu.


19 comments:

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin Naufal. Semoga selamat pergi dan balik. Bila melihat rupa rumah kayu itu, fikiran Kekanda terus melayang ke kampung atuk dan opah (sudah tiada lagi). Disitulah tempat kekanda menjalani kehidupan dizaman kanak - kanak sehinggalah remaja. Bermain diair terjun, ada ketikanya berkubang didalam taliair, dan "mengagau" ikan waktu musim menuai (semuanya diceritakan didalam Blog Abang Long), menjadi 'penunggu' dikebun durian, hingga pernah buah durian jatuh betul - betul dihadapan kekanda. Pernah melaui zaman dimana belum ada tiang lampu jalan, dan paling tidak dilupakan sewaktu TV baru memulakan siaran, semuanya menunggu dihadapan peti TV, menunggu hingga bermulanya siaran (dalam hitam putih), kebetulan rumah atuk adalah yang pertama memiliki peti TV, jadi orang kampung semuanya 'menghadap' peti TV yang masih belum ada siaran (sebab siaran bermula jam 5 petang), masih terhimbau wajah Taufik Latiff, personaliti pertama TV yang muncul disaluran RTM 1. Masih jelas kenangan mengangkat 'balairaya' secara beramai - ramai untuk mengadakan persiapan kenduri kahwin (balairaya) itu perlu diangkat oleh sekurang - kurangnya 30 orang lelaki yang handal (termasuk kekanda) dan pelbagai kenangan silam yang manis dan pahit (pahitnya tentu ada, sewaktu berkhatan, yang hairannya kenapa anak gadis pun nak sibuk - sibuk sama menyertai acara itu ?), dan pelbagai lagi, InsyaAllah andai ada kelapangan dan permintaan, semua kisah "untold story" akan dikisahkan semula didalam Blog Abang Long.

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! cemburunya....

Jangan lupa sesampai di KL semula nanti bawa-bawalah bertaubat dan insaf dari segala rasa riak, takbur, berlagak, bongkak dan sombong itu. [dari konteks cerita entri ini laaa] he he he.

Alahai, rumah kampung itu melambai-lambai saya untuk pulang ke kampung PJ, Muor juga nampaknya. :D

Sastri said...

waaaa... bestnya dapat balik kampung... walau hanya 2 hari satu malam, itu sudah cukup memadai dari takde langsung... :D selamat pergi dan selamat kembali yaaa...

Achik_Sufi said...

ooo...oooo...balik kampung...
ooo...oooo...balik kampung...

selamat balik kampung...

Unknown said...

Wahhh... kebongkakan mu terserlah jua akhirnya. Memang sudah sampai masanya kau wahai Ainin Naufal menunjukkan belang kerana sememangnya belang-belangmu itu patut ditunjukkan sejak dari dahulu lagi. Keh keh keh...
Yong... sama je ghopa rumah miker dengan rumah opah teman. Gamaknya, kembor ye yong. Balik tu, jangan ler lupa kat teman ni... bila gi sawah menggago ikan tu, miker seru-seru ler nama teman. Masa ngejo lembu, miker nyanyi ler lagu hindustan... ahakz... sabo sabo.

banggugar said...

salam,

behati-hati dijalan raya..

jelesnya tak boleh balik kampung..

(",)

Unknown said...

Tak balik2 lagi ke tuan rumah ni? Balik! Balik! Balik!

umaq_eiman said...

ooo balik kampung yerk...
belagaknyeeee....

Unknown said...

Kanda Long,
Ooo... memang hampir sama nostalgia kita masa kecik. Masa tu cuma ada tv besar gitam putih dengan kuasa bateri. Rumah opah satu2nya rumah yg ada tv. Tiap-tiap malam org kampung akan penuhkan ruang tamu rumah opah sbb dan tgk ceta melayu dan yg muda nk tonton siri 'Combat'. hehehhe... seronok sgt masa tu.

BP,
Saya sedang insaf sekarang. Kerana itu dengan rendah hati ingin dikhabarkan bahawa saya memanjangkan cuti dari cuma 1 mlm kepada 2 mlm. MUahahahha... jeles la.. jeles laaaaa...

Sastri,
Memang best balik kampung. Dah selamat sampai KL pun. Terima kasih kerana mendoakan.

Achik,
Oooo.. balik kampung! Dah sampai KL balik ni... hehehe...

Opah,
Belang kiter dh lama terserlah dh. hihi, opah je yang tak perasan. heheh.
Kami udah tak gago ikan lagi dh. Sepat puyu sume dah tak datang kat bendang. Takut keracunan. hehehe...
Kalau setakat lembu tu, ada la sekor dua kat Parit 5 tu. Wak Ngalimon je satu-satunya insan yg bela lembu. Huhuhuu...

Bang Gugar,
Ooo.. TQ Bang. Jangan jeles-jeles, raya nanti terbang la balik ke sini.

KAk Za,
Dh selamat sampai ni. Rindu ker? hahaha..


Umaq,
Tak sah kalau tak berlagak. Muahahaha...

Anonymous said...

Apasal tak cakap awal-awal nak balik kampung? Saya turut berada di kampung waktu itu..

-MYA MARJA

Anonymous said...

Rumah Ainin Naufal di kampung macam rumah saya pulak ada pokok kelapak hehe

Unknown said...

Kang Mya,
Loooor, kenapa tak tanya saya awal-awal? Uhuk...

Pak Latip,
Rumah kami dikelilingi dengan pokok kelapa dan diseberang jalan, terbentang luas sawah padi. Di hujung kampung, ada estet kelapa sawit pula. Dulu kebun koko pun ada. Hmmm.. subur kampung saya tu. He he he...

banggugar said...

salam,

dah balik ni tak bawak apa2 ke..

buah2 ke..

durian kan sekarang ni dah mula musim

(",)

ayu_mkay said...

ishhh berlagak sungguh. owang tau ler nak balik kampung indah permai. nyampah! tak peeeee.. kita pun nak balik kampung gak laaaahh.

Unknown said...

Bang Gugar,
Ooh, buah-buah tak ada. Lagipun kampung kami tak ada dusun. Buah mangga adalah berlonggok-longgok kat tepi jalan.

Kak Ayu,
Hahahaha... memang seronok sebab dapat berlagak. hahahaha...

ManjLara said...

Cantik. Terpegun akak melihatnya :) Teringin nak tengok halamannya, tentu lebih permai...

Unknown said...

Hehehe... setakat ni cuma boleh fokus rumah atas je. Laman dan yang 'bawah-bawah' tu, belum sesuai untuk tatapan umum. :P

mohamad kholid said...

macam kat sg besar je...

Unknown said...

Encik Kholid,
He he he... sekapal laaa. hihi.