Dialog ini berlaku hampir dua belas tahun lalu, antara Cikgu Ani (sekarang pramugari MAS) dan seorang pelajar.
Cikgu Ani : Ada sesiapa yang tak faham?
Waktu sudah hujung-hujung. Para pelajar asyik jeling-jeling jam dinding. Tak sabar nak melarikan diri dari aroma parfum Cikgu Ani yang, mak ooooiii... menyakitkan hidung!
Seorang pelajar bagun. Pelajar itu rasa-rasanya taklah bebal sangat. Tapi dalam subjek bahasa Inggeris, tahap kebebalannya memang terserlah, bersinar-sinar gemilang.
Pelajar : Saya tak faham apa yang saya tak faham.
Cikgu Ani : Complete fool! (sambil geleng-geleng kepala.)
Nah... ambik kau. Sampai sekarang bekas pelajarnya tu masih berada dalam tahap bebal yang maha serius.
KUIZ : Siapakah gerangan pelajar itu?
a. Anak saudara Cikgu Ani.
b. Pakcik tukang kebun.
c. Kak Tipah Pembantu Makmal.
d. Cikgu Mas'od yang mengajar bahasa Melayu.
15 comments:
Salam hormat buat Adinda Sifu Ainin. - 'saya tidak faham, apa yang saya tidak faham'. Apa jawapan untuk "e?". Semua manusia diatas, atau semuanya jawapan adalah salah.
Abg Long, jawapan 'e' adalah... George W. Bush! ngahaha
-kangaq
Terima kasih atas doa sdri ...
salam,
semoga kita terhindar dari kebebalan seperti itu..
jawapannya..
alif..
(",)
jawapannya adalah d
i fill like a stupid when i'm talking in BM
hmmm... tak tau laa yg mana satu... Cikgu yang mengajar Bahasa Melayu tak semestinya tak tahu berbahasa Inggeris... yang lain2 pun sama...
Kanda Long,
Salam juga untuk kanda. Jawapannya... err, kita tunggu selepas ini. Ngeee.
Kangaq,
Oit... jawapan pilihan sampai D je laaa. Hish, sapa tuan rumah ni. ;P
SF,
Sama-sama.
Bang_Gugar,
Amin ya rabbal alamin. Erk? Ada jawapan alif ka??? hu hu...
Umaq,
Errr... anda pasti? Muktamad? Atau anda mahu gunakan talian hayat?
Sastri,
Yaaa.. anda betul! Nampaknya anda menang cabaran kali ini.
Semua jawapan itu adalah salah.
Ngahahahaha!
hehehe
jawapanny.. kamu! hehehe
cikgu tadika : birds hopped
saya : no, walk.(melawan)
paaaaaaaaap! sebat kat tangan.
laaa salahke? Saya nampak burung tu jalan terkedek-kedek tak melompat pun hahaha
Tak nak teka! Jawapan tak ada dalam senarai yang diberikan. Kalau ada pun yang paling hampir, anak sedara Cikgu Ani.
Ini yang saya tak suka soalan objektif. Tidak menggalakkan pelajar yang kreatif seperti saya berfikir. He he he.
Seorang pelajar bagun. Ke bermaksud bangun?. [saya pembaca pruf sambilan sebenarnya......he he he]
Khairyn,
No, it is! Erk... yes it isn't!
Eh..? ngahahaha!
Kak Siti,
Erk... tau tak pe. :P
BP,
Pandangan mata pembaca pruf yang tajam. Ya, kesalahan yang lama disedari. Dan, mengharapkan ada si mata tajam yang menegur. Puan Editor tabik laa.
Ha ha ha!
*** Kuiz ini hanya sekadar hiasan. :P
rasenye...kalau masih pelajar, mestilah anak saudara cikgu ani tue...
Achik Sufi,
Anak sedara Cikgu Ani?
Jawapannya... err...
Eh... kuiz dah ditutuplah. Pemenang dah diumumkan. Maaf, cuba lagi lain kali.
Ngeeeeeeeee...
semakin susah nak faham tujuan kau menulis blog kebelakangan ini...
anyway, enjoy life.
Bro Panah,
Tak faham ek? Ha ha ha..
dulu aku tulis blog sebab disuruh oleh seseorang, dan aku tak tau tujuan dan tema blog aku.
Sekarang aku dah tau.
Tujuan aku, sebab aku nak merepek, macam kerepek.
Post a Comment