Wednesday, September 12, 2007

Lentur-lentur Tangan


Siapa kata saya tak ada entri baru? Siapa? Berani sungguh orang itu! huh....
Di atas adalah latihan lentur tangan. Dulu-dulu saya suka juga melukis. Konon-konon bila dah besar nak kerja dalam bidang yang berkaitan seni lukis. Tapi hmm... malaslah nak cerita. Cuma saya bersyukur juga kerana pernah terlibat membuat layout buku. huhuuu... jadilah daripada tak ada, kan?
Malam tadi untuk pertama kalinya sejak 10 tahun saya tak melukis, tiba-tiba tergerak hati ni nak melakar-lakar objek yang 'entah hape-hape' ni. Itulah hasilnya....
Kalau saya lelong 'coret-coret' saya ni, ada sesiapa yang berminat? Saya mulakan bidaan dengan RM1, ok tak? hahaha....

12 comments:

Mersik said...

Uiii.. sini.. sinii.. pokcik nak membidanya.. 90 sen !.. kekek

err bukan bidaan menjadi semakin murah aa? Dan akhirnye free terus kekekek

Jangan marah... nk puasa nih kekeke

Anonymous said...

RM1? kak nak RM0.01 boleh?

Sastri said...

errr... 88 sen bole?

ManjLara said...

berbakat melukis jugak rupanya ye?

Unknown said...

Mersik, Kak Za, Sas,
ni bida spesel, makin turun pulak. bida le RM1.01 kaaa. hahaha...

Kak Lara,
Tak de la berbakar sgt pun. klu lukis gambar seketul tu ok le. hehe...

Anonymous said...

-peh ..baik ko toksah melukis le ainin ..akekekeke - selamat berpuasa ...

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin. Abang Long dengan bangga dan bongkaknya menaikkan bidaan kepada RM1.02sen !

Dan seandainya selepas ini, gambar yang dilukis atau dilakar itu adalah gambar Pokcik Mersik, maka Abang Long membuka bidaan dengan harga RM1.20sen (cukup untuk membeli kopi tongkat ali - sepeket).

blackpurple @ jowopinter said...

Kenapa lukis jamur? Isk musykil betullah!

Selamat berpuasa.

Unknown said...

SF,
Aku tak peduli, nak lukis gak. muahaha...

Abg Lon,
Tak lalu la nk lukis gambor pokcik, sbb kena beli kertas saiz besar. ekekeke...

JP,
Jamur itu adalah jamur kampung yang kembang yeee. itu adalah kegemaran ku. kalau digoreng teramatlah lazatnya. sruuup... isy, posa nih.

umaq_eiman said...

takyah beli boleh tekap..
hehe.. ada copyright ker?

Anonymous said...

memang berseni sungguh!

Unknown said...

Umaq,
right tak de. boleh sesapa nk tekap. tp kasi la kredit ek. hahaha.

Kak Ayu,
Seni? keras tu... sbb tu kena lentur-lentur dulu. huhuuu.