Wednesday, October 24, 2007

Selamat Hari Lahir

23hb Oktober 2007 (semalam), genaplah umur Abang empat tahun. Dah besar pun Abang. Rasa macam tak percaya Abang dah sebesar ini. Tahun depan yang cuma tinggal beberapa bulan saja lagi ni, Abang akan melangkah ke tadika. Semoga Abang akan jadi manusia berguna dan anak yang soleh.

Pagi-pagi lagi ibu dah bangun. Hari ni ibu bangun lebih awal daripada biasa. Tahun ni ibu sendiri yang akan buat kek hari lahir untuk Abang. Ibu tak mahu beli kat kedai lagi. Ibu bangun awal pun sebab nak buat kek untuk Abanglah. Kesian juga pada ibu, sebab terkejar-kejar. Mana nak siapkan kerja ibu yang dah dekat dateline tu, mana nak buat kek untuk Abang lagi. Belum lagi nak layan Adik yang banyak ragam tu. Emm... Abang pun sama, banyak ragam juga. Ha ha ha...




Inilah kek hari lahir Abang yang ibu buat. Cuba tengok deco kek tu, herot-berot, senget-benget, tak tahu corak apa yang jadi. Tak kisahlah, sebab ini pertama kali ibu deco kek. Abang bukan berkenan sangat corak tu sebenarnya. Abang lebih suka kalau atas kek tu ada gambar Initial D, atau paling tidak pun gambar lori. Kalau ada gambar Spiderman lagi Abang suka. Tapi ibu buatkan deco kek tu macam kek untuk budak perempuan saja. Tak apalah, tahun depan Abang nak minta ibu deco kek tu dengan gambar yang Abang suka. He he he...

Abang tahu, bukan senang nak buat kek ni. Abang dan Adik asyik sibuk ‘tolong’ ibu buat kek ni. Bila ibu cakap nak buat kek, Abang macam tahu-tahu pulak ibu nak buat kek hari lahir Abang. Terus saja Abang cakap, itu kek hari jadi Abang. Padahal ibu tak bagi tahu apa-apa pun. Abang memang terlebih teruja masa tu sampai ibu jadi geram. Yalah, Abang dan Adik sibuk colek sana, colek sini. Ikut-ikut ibu kacau batter, pecahkan telur. Jenuh dah ibu jerit supaya Abang dan Adik pergi dari situ, tengok Dora The Explorer atau Blues Clues. Tapi Abang dan Adik tetap nak ‘tolong’ ibu.

Setelah puas terjerit-jerit dan jentik-jentik telinga Abang dan Adik, libas rotan dua tiga kali, akhirnya kek selamat dikeluarkan dari oven. Abang yang memang tak sabar-sabar nak makan kek itu, terus saja pegang acuan kek. Ibu menjerit sakan bila Abang pegang. Barulah Abang tahu kek itu panas. Melecur tangan Abang. Apa lagi, melalak-lalaklah Abang sampai keluar air hidung. Cepat-cepat ibu lumurkan kicap kat tapak tangan Abang.

Apa pun, menjelang malam, Abang potong kek tu dengan ibu. Ibu, tahun depan Abang nak kek dengan gambar Initial D tau. Terima kasih, ibu.

8 comments:

Unknown said...

Salam Yong...
OD dan anney mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk Abang. Semoga sihat, selamat, bahagia, sukses dan diberkati ALLAH selalu. Dengar cakap ibu, ya Abang. InsyaALLAH, selamat dunia dan akhirat. Amin.

Anonymous said...

selamat ulangtahun kelahiran utk abang. moga menjadi anak yang berjaya dunia & akhirat, amiinnn.

:)

Yang bernama Siti said...

Wah, terrer buat kek! Siap kek lapis lagi tu.

Selamat Hari Lahir buat Abang.

Selamat menjadi usahawan kek buat ibunya...

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

wahh..kek wat sdiri tuhh

Unknown said...

Kak Elee,
Terima kasih byk. Semoga nakalnya berkurangan. Tak delah terkeluar anak tekak ibu dia terjerit2 hari-ari. Hehehe.

Kak Ayu,
Terima kasih. Amin. Doakan...

Kak siti,
Jauh lagi nk jadi usahawan tu. hahaha. Kek marble je tu. Gambar tak terang, tu sbb nampak mcm berlapis. TQ

Lovely,
Belajar sikit-sikit. Nak order bagi tau la. ada less. ekeke...

umaq_eiman said...

so akak terbukti makin tua... huhu...
org tua mmg pandai wat kek... selmt hr lhir dan bersedialah mnjadi org tua...

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Dah besar. Dah jadi anak bujang.

Semoga nanti bila dewasa menjadi muslim yang akademis dan bertaqwa.

Unknown said...

Umaq,
Ya ya... dah tua dan semakin tua. huhu...

BP,
Begitulah hendaknya. Amin.