Wednesday, November 21, 2007

Apa yang Penulis Lakukan?

Apa yang penulis lakukan apabila tidak berpuas hati dengan bukunya?

1. Luahkan kemarahan kepada rakan penulis lain. Tapi cuma habis di situ saja dan akhirnya cuma kawan itu yang panas telinga dengan bebelan anda yang bersembur-sembur sampai keluar air liur.

Akibatnya – Kawan anda menyampah sebab anda cuma pandai cakap belakang saja. Lain kali mereka cuma menyiakan saja kata-kata anda atau dengar-dengar ayam saja. Ya, ya... saya faham tu. Tak apa... perlu ada seseorang untuk dengar rungutan anda.


2. Komplen dengan surat panjang selebar dua-tiga kilometer. Kononnya anda ingin berkongsikan perasaan sedih dan terkilan anda dengan orang yang anda paling hormati di penerbitan itu.

Akibatnya – Surat anda dilayangkan ke segenap pelosok buana dalam penerbitan itu. Kemudian terdengarlah suara-suara sumbang kononnya anda yang menyebarkan surat anda itu kepada rakan-rakan anda yang lain. Dan keluarlah cerita kononnya anda heboh di blog anda. URL blog anda pun akan disebarkan seluas buana penerbitan itu. Tak lama lepas tu ada orang-orang dari rumah penerbitan itu yang kata anda tak kenang budi. Maka putus sudah kasih sayang anda dengan kaum kerabat di penerbitan itu yang sebelumnya berpeluk-cium kalau sesekali berjumpa. Padam muka anda. Siapa suruh eksen meluahkan perasaan kepada orang yang tak sepatutnya. Lain kali, sedarlah diri tu. Kesian....

3. Komdem buku anda itu di blog sendiri dengan menggunakan banyak nama samaran: Penulis P lah, Penulis Jalanan lah, Mamat P lah, Aki** lah. Padahal semua itu adalah anda sendiri. Anda akan menyamar sebagai peminat anda yang memberi sokongan 200%, dan dengan nama lain juga anda kondem mana-mana kecacatan akibat proses editing. Dengan nama lain-lain-lain juga anda akan kondem diri anda sendiri kerana menghasilkan karya hancur! Konon-konon nak tarik perhatian (simpati?) penerbit atau sesiapa yang baca blog andalah tu. Di dalam blog anda sendiri, anda menjadikan diri anda sebagai ‘ramai orang’.

Akibatnya – Sisi gelap anda terserlah apabila perbuatan anda ‘tertangkap’ oleh orang yang peka dengan cara anda menulis, sama ada gaya anda memuji mahupun memaki hamun. Macam mana agaknya ya, kalau gelagat anda itu diketahui ramai, terutamanya peminat anda? Huh! Entah apa-apa entah.

4. Luahkan rasa tidak puas hati anda kepada editor anda, kenapa boleh jadi begitu dan begini. Soal siasat dia cukup-cukup. Tapi apapun, sebagai penulis yang masih punya ‘rasa’, anda tidak menyalahkan editor yang hanya menjalankan tugas mengedit karya anda mengikut dasar editorial mereka.

Akibatnya – Anda serik dan bosan untuk berurusan lagi dengan mereka. Cabut! Terpaksalah anda mengintai-intai penerbit lain pula. Perjuangan mesti terus. Letihnya....

5. Luahkan rasa tak puas hati anda kepada pengurus penerbitan itu. Berbincang dari hati ke hati. Berjanji yang anda akan terus bernaung di penerbit itu seandainya kesilapan-kesilapan itu tak akan diulangi lagi. Hmm... penerbit yang baik biasanya akan menerima teguran itu. Biarpun kecil, tapi mereka berusaha keras untuk berada dalam situasi menang-menang.

Akibatnya - Penulis akan memahami situasi penerbit dan memberi peluang untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang. Penerbit pun akan tersenyum walaupun biasanya pening kepala melayan kerenah dan ragam penulis. Sabar....


Ada sesiapa nak tambah? Silakan....

p/s : Agak-agaknya, URL entri ni akan dihebohkan ke segenap buana ke? Sama-sama kita terka, siapa yang kena?!

17 comments:

Unknown said...

Ngeh ngeh ngeh... lalalalalala... huhu...
Yang pertama tu kan, rasanya ada gak terkena batang idung tapi tak ler sampai tersembur air liur tu... ngeh. Nak tanya, berasap ke telinga masa dengar akak ngadu... kalau berasap, minta maaf. Ngeh.
Belum lagi rasanya kondem buku sendiri kat blog guna nama samaran. Kutuk orang pernah ler... ngeh. Nak try ler nanti guna nama samaran. Penulis OD... keh keh keh.
Akak tunggu yang betul-betul kena batang idung akak nih... cepat ler tulis. Ngeh.

Lily Haslina Nasir said...

AininNaufal..

Nak buat mi kari tu lebih kurang gini ye...

Blend sama:
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Halia, sikit aje
Lengkuas, sikit aje

Dimasuk waktu tumis, untuk bau wangi:
Kulit kayu manis, sikit
Cengkih, sikit
Bunga Lawang, sikit

Udang basah,Udang kalau banyak lagi sedap, dibuang kulit, kepala dan kulitnya- diasingkan, kulit udang kepala udang diblend

Biskut lemak cream creakers, blend dengan sikit air

Langkah 1
1. Tumis segala bawang.
2. Tumis cili hidup yang dikisar, akak pakai dua sudu besar aje.. takut pedas bebudak tak boleh makan.
3. Masukkan segala kulit kayu manis tu.
4. Masuk rempah kari baba.. Akak suka pekat, banyak akak pakai kekadang setengah paket besar tu.. ni makan 2 bungkus mi. Time ni masukkan jugak daging ke ayam ke yang dipotong kecil.
5. Akak masukkan pulak pati kulit kepala udang tu.. kacau
6. Masukkan pulak biskut tawar empat segi tu...
7. Tumisan akan jadi likat macam pes.
8. Baru masukkan santan, akak pakai santan tak byk sangat sebab nak kekalkan rasa kaw kaw kari.
9. Masukkan kentang, masukkan udang.. lepas tu akak akan bubuh kerisik yang dibuat sendiri dan ditumbuk halus.. jangan blend.. sedap tumbuk sebab dia tak halus sangat.. kerisik akak bubuh kekadang tu segenggam jugak.. agak agaklah nak masak kuah kari ni banyak mana..
10. Masukkan segala fish cake ke, fish ball ke..
11. Garam jangan lupa dan tunggu didih!

dS said...

Salam AN, mula2 k dewi nak letak komen tapi terkejut plak sbb ada resepi di sini.. mi kari kak lily tu lbh kurang mi rebus johor..

Err.. apa dah jadi ni?! Takut plak baca entri AN yg agak pedas.. namun k dewi insaf sgt, org kata.. kerana pulut santan binasa!

Semoga para penulis esp baru spt k dewi ni ambil iktibar dr entri AN, terima kasih dik!

Unknown said...

OD,
Nak ke? hehehe... alahai, akak sorang ni.

Yang Pertama tu, selalu sangat penulis buat. Kalau dah angin tu, sampai jadi tsunami. Termasuk lah tuan punya blog ni. hehehe...

Kak Lily,
Fuh... mabeles resepi akak ni. Mi memang feveret saya. Tak kira le apa mi pun.

Kak Dewi,
Oooopp, brake.. brake... hahaha.. blog ni macam nasi lemak juga, kak. Ada masam, manis, lemak dan pedasss. Baru cukup rasa.

Ini baru sikit, kak. Baru cerita pasal penulis. Banyak lagi ragam dalam dunia penulisan ni.

Psstt.. smlm dah buat mi rebus kak syima tu. Minggu depan try mi kari lily haslina pulak.

Mersik said...

Pokcik rasalah.. sesiapa yg mencuba resepi mee kari Lily tu yg akan lebih2 rasa pedas.. sebab dia ada bubuh cili..

Sabo jek.. kekekek

syimasyawal said...

den leh tersonyum yo...huhuhuhu... tak terasa pun coz den tak buek... kehkehkeh...
alah mee kari lum pedas lagi tu mersik, kalau sup letak sambal kicap pakai cili padi kontot tu ha... huyoooo.. podeh gilossss...

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Buat apa-apa sahaja sesuka hatimu Dik Nin, janji hati puas. Namun, jangan lupa Tuhan sudahlah.

Jika yang diajak berbincang pun buat-buat tak reti, apa lagi, tak reti-reti; angkat kaki.

Sastri said...

hmmm... nak cuba juga la mi kari tu nanti... :D

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Mersik dan Kak Syima,
Yaaa... sapa makan cili rasa le pedasnya. Tp motif sebenar bukan sbb nak kasi pedas mana2 lidah pun. Cuma bagi mereka yang baru-baru nak kenal 'dunia' ni, haaa... renung-renungkanlah kisah itu.
Perkara 1, 3, 4, 5 tu biasanya akan dilakukan oleh penulis 'normal' dan itu memang normal. Tapi yg no.2 tu, hanya yang 'bermasalah' je yang buat.

Makin banyak 'cili' tentu la makin 'pedasss'. hehehe...

Kang Mya,
Ya, Tuhan adalah no.1. Kalau tak ingat yg tu, entah buku hape-hape entah yg saya tulis.

Sastri,
Jom kita lawan sapa yg buat dulu. hahaha.

Unknown said...

Mersik n Kak Syima,
Eh.. silap. Bukan yg no.2, tapi yg no.3 tu je yg dibuat oleh penulis 'bermasalah'. No.3 ya, no.3. hahaha.. saya ada masalah dgn nombor laaaa.

blackpurple @ jowopinter said...

Bukan senang mencari sesuap nasi....

zaki zainol aka kangaq said...

HUAHAHAHAHA!
~itu saja komen aku untuk entri ini. sekian, terima kasih.

Komen yang tiada kena mengena dengan entri:
"Fuh... mabeles resepi akak ni. Mi memang feveret saya. Tak kira le apa mi pun."
~Ngko bukan setakat mi, apa benda yang boleh ditelan semua feveret ko... ngahaha! Nak cupcakes!

Unknown said...

BP,
Huuui... mmg payah, walau hanya sesuap.

Kangaq,
Sori cik abang. I bukan bandaraya tau. Tp kombinasi mi + udang, mmg feveret. sempena terbitnya buku hang karang, belanja aku mi udang na. hahaha.

Vee said...

psl entri tu.. x pernah pulak terlintas lagi di fikiran, tp best gak dpt pengetahuan baru ni.
hehehe.. kalau OD, dia mesti tau yang Vee lebih tertarik dgn resepi mi kari tu.. dah la mmg peminat mi kari. tapi Kalau Vee masak, ntah boleh jadi mi kari ke...silap haribulan jadi mi karipap. =)

Anonymous said...

ula la la

Anonymous said...

Vnieta,

Selamat datang ke dunia baru anda. hahaha.

Akak dah try resepi ni minggu lepas.

SF,
Ngehehehhe... ouuuch!