Wednesday, January 09, 2008

Secret Recipe De Sentul, sila-sila....

Ya, ini adalah entri terakhir tahun ini. Esok Maal Hijrah, tahun baru dalam kalendar Islam. 1 Muharram. Sempena sambutan 1 Muharram ini, ingin sekali saya menjamu anda semua. Tapi cuma jamah dengan indera pandang sajalah, ya. hehehe...

Mengikut pusingan jam; ayam panggang lada hitam ummph, spagetti bebola daging ala cik malas dan kek lobak merah ala-ala secret recipe Sentul. Selamat menjamu pandangan. Erkk... alhamudlillah.

Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga kalendar baru ini dipenuhi dengan kebaikan dan limpah barokah Ilahi. Ayuh sama-sama berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik.




12 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah, Dik Nin! Terima kasih kerana sudi menyediakan juadah. Terima kasih. Makan, tulis, tulis, makan. Alhamdulillah...

Buku baru dalam proses apa tajuk, apa genre?

Anonymous said...

pehhh sedap tuuu ... makan tak ajak aku pun ...

SF

Sastri said...

sedapnyerrrr... ayam panggang... kemecer nih...

salam maal hijrah kak... semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya... :D

Qaseh Bidadari said...

salam maal hijrah...

sedap ayam tu,nak sikit!

Unknown said...

Kang Mya,
Buku baru tajuknya Melah Melia2, insyaAllah bulan ni terbitnya.
Sila-sila jamah hidangan tu.

SF,
Jom makan! hehehe....

Sastri,
Kemecer? Patutlah basah keyboard tu. ekekeke.

Mama ranggie,
Laaa... dah sedia terhidang tu,apa lagi? Jamah le. hehehe, jangan segan dan malu yek.

blackpurple @ jowopinter said...

Itu ayam kampung ke ayam bandar. Saya tak makan ayam bandar. Hehehe!

Salam 1429H.

khairyn said...

lapaarrrrr ler tengok gambar tu

dan ayam itu kelihatan sungguh gebu sekali hahahaha

hakim dirani said...

Teringinnya...

Salam tahun baru.

Unknown said...

BP,
Kat bandar ni nak cari ayam kampung, aduh... mahal dong.

Khairyn,
Bukan saja gebuuus, tapi isinya lembut dan berjus. Hmmmm....

Hakim,
Sila-sila, jangan malu. Ah... ini satu penyiksaan agaknya. Maaf ye. hehe.

Lily Haslina Nasir said...

SALAM AININ NAUFAL..
ni segala hidangan masak sendiri ye... rajinnya! lengkap dengan pencuci mulut.. carrot cake lagi!
akak ni buat kolum makanan, segala resipi hafal dlm kepala... tapi payah jugak nak ambik masa nak try kat rumah.. paling akak rasa leceh nak sediakan bahan.. nak cari kat kedai... aha, alasan orang malas kan.....

DeeN said...

Salam,
Salam Maal Hijrah 1429 pada KaK Ainil. Moga sukses selalu!

Unknown said...

Kak Lily,
Semuanya ni resepi sempoi je, main campak-campak tapi hasilnya sedap. resepi orang malas gak ni. hehe.

Nuradden,
Salam hijrah untuk kamu juga. Semoga kita sama-sama terus sukses.