Wednesday, January 16, 2008

Ulasan dan Komen Paling Keji.

Ketika buku bersampul merah saga garang menyala ini disuakan kepada saya oleh seorang bro, senyum saya meleret-leret sampai ke telinga. Serasa saya, pipi yang semakin melebar ini pun sudah tak cukup untuk menampung senyuman itu. Hehehe…

Kali ini saya cuba menjadi pengulas buku yang paling keji (agaknya), tanpa sopan santun ala wanita Melayu terakhir seperti Carrie Kirana, atau pengulas yang kritis seperti Jiwa Rasa dan Fadz. Kerana saya sebenarnya tak pandai mengulas apa-apa buku pun. Maka, suka-hati-kepala-otak-berjambullah nak komen macam mana, kerana awal-awal lagi dengan senang hati dan rela saya mengaku, bahawasanya saya seorang yang suka-suka-suka menulis mengikut rentak irama lemah gelamai jari-jemari menaip kata-kata komen yang entah-apa-apa-entah.

Mulalah membebel-bebel. Merepek-merapu-meraban sampai lupa apa yang nak ditulis. Harap dimaafkan.


Lagukan Senandung Itu adalah sebuah novel, bukan buku agama atau buku motivasi atau buku kerja Sains atau buku rampaian.

Melihat pada blurp dan gambar sampulnya, pastinya pembaca muda belia remaja akan mengerutkan dahi, “Heh, buku apa ni? Cerita fasal gendang? Serunai? Mesti boring giler ni.”

Sedikit sinopsis:
Novel ini mengisahkan seorang gadis bernama Fatimah yang memperjuangkan seni warisan leluhurnya. Pahit getir terpaksa diharungi oleh Fatimah untuk menuju ke puncak persada gemilang yang menjadi impian setiap penggiat seni. Dendam kesumat dan rasa hasad dengki yang mendarah daging dalam bangsanya sendiri, mengacau bilau perjalanan Fatimah dalam memperjuang warisan seni yang dicintainya.

Sikit sahaja, ya. Tak boleh berlebih-lebih dalam memberikan sinopsisnya.

Apa yang terkandung dalam buku ini bukan sahaja mengenai gendang, malahan terkandung juga pelbagai petua, jampi mantera serta ilmu perubatan tradisonal.

Walaupun novel ini mengisahkan sesuatu yang tidak pernah kamu minati, tetapi ia mampu memberi kesan pembacaan yang tidak pernah kamu jangka. Silap hari bulan, ada yang mencari guru untuk belajar ilmu bergendang pula.

Sedikit unsur humor yang disampaikan secara bersahaja memaniskan lagi penceritaan.

Sesuatu yang bagi saya tidak begitu seronok dibaca ialah bab wawancara di TV. Watak itu menjadi begitu poyo sekali apabila Serunai Faqir tersangat menonjolkan watak Fatimah sehingga watak professor tenggelam, kelihatan tidak best dan hanya menjadi pelakon pemegang tombak dalam wawancara itu. Emm… atau itu hanya perasaan saya sahaja? Kalau ingin tahu, cuba kamu nilaikan pula dengan membaca sendiri novel ini.

Pssst… poyo tu apa, hah? Maaf kalau maknanya berlainan dari apa yang kamu dan saya fikirkan. Harap maklum.

Hmm… apa lagi, ya?

Oh ya, bagi adik-adik yang sering berkunjung ke blog ini, jangan lupa dapatkan novel ini. Ada khazanah berharga tersembunyi di dalamnya, yang tiada dalam buku lain, yang perlu kamu gali sebelum semuanya lenyap ditelan masa. Alangkah rugi seandainya khazanah yang perlu kamu ketahui hilang lenyap tanpa sisa.
Sebagai selingan, nikmati alunan irama gendang dan serunai. Bagi yang masih tak tahu bagaimana bunyi instrumen ini, dengarkanlah....
p/s : Jangan tagih hutang lagi, ya. hehehe

10 comments:

Anonymous said...

hahahaha caya lah komen ko tu ainin ...
pehhh lagu silat tuhhhh!!! Wachaaaa

SF

Unknown said...

wachaaa... itu kungfu la. hahaha

umaq_eiman said...

ceh tak keji langsung,,, aper daa.

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Naufal Gadis Pingitan yang pemalu.

Komen yang keji ??????

Adinda kalau tidak menyakat barang sehari dua, tidak bolehkah ?

Unknown said...

Haji Umaq,
gaya komen tu yang keji. hihi.

Kanda Long si Jejaka (?) Tak Berapa Malu Idaman Dara Seantero Buana (fuh, panjangnya gelaran),
usik mengusik baru seronok. hehehe.

Sastri said...

baca tajuk entri, macam saspen... sehabis dibaca, penat je saspen... :D

hakim dirani said...

Teringin juga saya membaca. nanti saya cari.

kak, komen yang baik sangat dah.

Unknown said...

Sas,
Maknanya saspens itu menjadi la. hehehe.

Hakim,
Cari jangan tak cari. Bro itu tentu senyum lebar kalau dia terbaca komen kamu. hihi.

fadz said...

sape kata ente tak kritis, kritis jugak tuhhh..!! hehe, tapi harap2 laporan nanti dengan bahasa yang betul, opssss, maaf tumpang lalu:)

Unknown said...

Fadz,
Hehehe... kritis ka ana? hehe...
Alamak! Baik bossss...