Tuesday, May 20, 2008

Cerita Hari Guru

l
Ya, cerita sudah basi. Tapi saya tetap nak cerita juga. Tak pedulik!

Hari Guru, saya tak nak berikan apa-apa hadiah yang biasa-biasa untuk cikgu-cikgu si hero. Saya ingin berikan yang 'biasa-biasa tapi luar dari biasa'. Saya inginkan satu pemberian yang saya usahakan dengan kudrat dan kasih sayang saya, walaupun nanti hasilnya tak seberapa. Memang sejak dulu saya lebih suka begitu, walaupun untuk sekeping kad ucapan yang kecil. Tapi sejak-sejak dah tua ni, waktu makin terbatas dan saya terpaksa akur untuk mencari sesuatu yang 'segera'. Bagi saya setiap yang terhasil daripada rasa kasih dan sayang, itulah yang paling bermakna.

Dan hari itu dari petang membawa ke malam, saya mengerah kudrat untuk menyudahkan 'pemberian' sempena Hari Guru itu.
Hasilnya, kek cawan coklat dengan salutan ganache. Enam belas biji kek cawan saya susun ke dalam kotak kek, siap-siap pada malamnya. Tak lupa dua kuntum mawar palsu dan kad ucapan kecil di atasnya.
Siapa sangka pada hari itu ada yang ingin menempah kek cawan sebanyak seribu biji lebih (nak eksen le ni. hehehe). Aduh! Malangnya saya terpaksa menolak rezeki itu. Apakan daya, saya cuma punya oven kecil yang cuma mampu membakar sembilan biji kek cawan sekali masuk. Bayangkan, kalau seribu? Berapa hari agaknya boleh siap?

Tapi saya puas hati sebab hasil tangan saya yang tak seberapa tu disukai juga. Bagi saya, apa, berapa dan harga pemberian itu tak penting. Yang penting adalah niat dan keikhlasan. Ketika saya menyertai insan-insan yang diraikan sempena Hari Guru hampir sebelas tahun lalu, banyak hadiah yang saya terima. Macam-macam. Pen mata bulat jangan ceritalah. Belum lagi sabun Breeze dan sabun mandi. Kole dan bunga palsu pun ada. Yang menghadiahkan kain batik pun ada. Kain itu dah pun koyak, tapi masih ada dalam simpanan saya. Sentimental value!

Sebak rasanya waktu menerima pemberian-pemberian itu. Rindunya ....

14 comments:

alias derais said...

kan aku dah cakap dulu. kek yg ko buat tu cute. tapi aku mampu menikmati keindahan jelah. keduanya, sian ko. chef yg berpotensi tinggi tapi terhalang oleh halangan teknologi.yg pastinya, ada hikmah di sebaliknya.

tapi aku dah tau apa hikmahnya.

kalau ko jadi chef dan menikmati keseronokannya, mesti ko lupakan lapangan tulis menulis ni. kesian pembaca2 ko. itulah hikmahnya mungkin. bye

Anonymous said...

permulaan yang bagus tu. mungkin lepas ni bleh jadi mcm kak Norz.. menulis buleh memasak pun hebat.

:)

Anonymous said...

oi asik cerita makan aje? entah bila kala agaknya aku nak rasa ni? chit!

Unknown said...

cheegu,
ye la, kiut macam aku kan? hahaha. Hmm... betul gak apa ko cakap tu, kesian pembaca aku nanti. Tapi tak jadi chef pun aku terasa dah tak prolifik le. adui mak!

Aku memang teringin nak beli oven yang besar tu. Tapi mahal, semahal DSLR + aksesorinya. Aku belum mampu. Tapi kalau mampu pun, satu hal plak. Mana aku nak letak? Dapur aku kecik.


Kak Ila,
Mampukah diri ini? hihi


SF,
Laaa.. suruh le awek ko masak. Kan aku dah kasi buku resepi tuuuu. :P

Yang bernama Siti said...

Ila,
Suka jawapan untuk SF tu. Ha ha ha...

Sekali bakar 9 ya, jadi kalau sekali datang rumah, paling kurang ada 18 bijila terhidang. 9 makan ramai-ramai, 9 lagi bungkus bawa balik.

Bagus, bagus, idea yang bagus...

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Hadiah itu sebagai tanda, pancaran hati yang ingin memberi. Memberi setulus hati. Namun, hadiah terbaik bagi seorang guru adalah sikap yang mahu berubah kepada yang lebih baik, yang sentiasa menghormati, membalas budi, lalu akhirnya menjadi manusia yang berjati diri.

Unknown said...

Kak Siti,
hihi... terima kasih kerana sukakan jawapan tu. Ya, untuk kak siti 9 biji tu kot.

Kang Mya,
ya betul tu. tak ada yang lebih bererti dan membahagiakan selain itu.

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Sifu Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu. Blog ini sama gambar dengan blog kak norz. Alahai iiiiiii ada apa apa ke ni ? Ni yang kon-fius ni .....hi hik hik

ALAF21FC said...

Rasanya elok buat cover novel ... dengan cup cakes tu ... erm ... menarik juga ?

DeeN said...

Ish, ish, comel lote, kiut miut nye la cup cake tuh. Psst, takkan tak nak expand jd businesswomen cup cake pulak kut, kak? ;)

Vee said...

minta resepi...hehe..

Unknown said...

Abang Long Si Sedih,
kebetulan je tu. haha.

Alaf FC,
Hmm... mcm tak sesuai je.

Nura,
Kalau seribu atau ratus2 tu tak daya le. kalau takat sekotak dua tu ok lg kot. Ada hajat kaaa??? hahaha

V,
Nanti akak emel. Boleh tayang sket kt cik abg tu. hik hik

Vee said...

tima kaci dgn resepi tu... nanti sebulan dua lagi kalau dah pindah rumah sendiri (pindah lagi..hehehe..) dan dah ada oven sendiri.. nanti Vee bereksperimen la kat dapur. dah 1/4 abad hidup di dunia ni, baru terkial-kial belajar pegang sudip, kuali, oven. kalau dah expert, boleh la ajak Kak Ainin bertandang ke rumah sekali ngan Alias, pokcik.. Bagi kek cawan sorang satu.. ;p

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!