Monday, May 26, 2008

Tekad dalam hati! Uuuh ....

Assalamualaikum,

Hari ini aku bertekad, dari dalam hati, namun akhirnya terlahir juga ke laman maya ini.

Wah, dah masuk setengah tahun pun ada tekad baru? Ya, tak kiralah bila-bila pun kalau ada hati menanam tekad, teruskan saja. Kan? Kan?

Tekad aku, hmm... rasanya macam tak sesuai nak dibuat hebahan. Cukuplah seandainya aku ingin meninggalkan yang 'lama'. Apa-apa sajalah yang berada dalam lingkungan 'lama'.

Kepada insan-insan yang pernah kusakiti, jutaan maaf kupohon. Ya, ya, aku tahu bukan mudah melupakan, sama macam aku juga. Tapi tak mengapa kerana kita seharusnya perlu mencuba.

Kepada adik-adik pembaca blogku, eheh ... ada ke yang membaca ni? Akak rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat bercuti. Jangan nakal-nakal tau! Tata titi tutu!

nota : gaya bahasa dan panggilan diri dalam blog ini adalah tertakluk kepada mood dan citarasa si penulis yang sentiasa berubah-ubah. Harap maklum.

9 comments:

alias derais said...

akhirnya, ko insaf jugak. baguslah. okeylah, aku nak gi bercuti ni. haha.

ALAF21FC said...

Jomlah sertai peraduan AKU dan BUKUKU.

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu. Ayat pada entri kali ini macam ayat nak ucapkan selamat hari raya yang terakhir ... hahahaha

CerminDiri said...

salam kehidupan,

ingat senang-senang ke kami nak maafkan. belanjalah nasi goreng ke atau apa-apa ke?.... baru kami terima maaf tu.

Sastri said...

selamat bercuti kak... sas juga takleh nak cuti... bos bekukan cuti kami ni haa... uwaaa...

Unknown said...

cheegu,
beli oleh-oleh tau!

abg long,
harap2 hari raya bukan yang terakhir untuk saya. hihi

cermin,
jauh sangat le nak belanja. haha

sastri,
hmm... tak cuti pun tak pe, janji luka di hati dah sembuh. cepat2 le kawen.

blackpurple @ jowopinter said...

Waalaikumusalam.

Selamat bercuti... :)

Mersik said...

Eh, kalau oang2 lama tu, cam oang2 tua lama ( yg hensem lagi maintain) cam mana ek? nak ditinggalkan jugak ka? waaa sedih nyerr hu huu

Unknown said...

BP,
Terima kasih. hehe.

Mersik,
Sahabat macam awak tak mungkin la saya nak buang pulak. Tak ada kena-mengena pun. kakaka.