Saturday, June 07, 2008

Ulasan Melah Melia2


Dan Melah Melia 2 bagaikan membongkar kembali nostalgia pra-dewasa dengan cara yang sangat selesa dan bersahaja. Sebagai watak yang kelihatannya seperti lurus bendul dan berkaca mata tebal, aku teringat penulisnya. Hehehe …. Mujur takda tuala busuk tersibai di bahunya. Apa yang menarik adalah Melah Melia digerakkan atas satu watak yang mampu memberikan motivasi secara tidak langsung kepada awal remaja/remaja, malah usia sepertiku masih mampu mengutip ilmu bantu yang diterapkan secara santai dan tidak kelihatan cuba memandaikan pembaca. Untuk itu aku harus beri pujian kepada penulisnya (harap-harap ada lagi buku percuma untuk kuresensikan di sini, hehehe…. jangan marah) yang berjaya menghidupkan watak Melah Melia, bersama rakan sebiliknya Rodiah (Rod Stewart?), Norzila, Nadia dan beberapa watak sampingan yang turut menjayakan novel ini.

  • ~Baca lanjut~
  • 5 comments:

    CerminDiri said...

    salam kehidupan,

    baru terbit ke?...berapa harga. boleh simpan untuk anak cucu nanti.

    Abang Long said...

    Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu.

    "Oh, aku rindu padamu Melah Melia!"

    kak ila said...

    salam kembar namaku :)

    AN, terima kasih atas kiriman. dah amik kat pejabat pos pagi tadi.

    terkejut sbb tak sangka surat berdaftar tu dr AN. teruja sbb ada 2 sekali dlm envelope tu.

    terima kasih sekali lagi.

    jasamu ku kenang ^_^

    blackpurple @ jowopinter said...

    Tahniah!

    Nak yang berautograf. Boleh? :D

    Ainin Naufal said...

    cermin,
    Dah lama terbit. awal tahun ni.

    Abg Long,
    Janganlah rindukan orang yang tak wujud. hihi.

    Kak Ila,
    Sama-sama. Harap enjoy ya. hihi

    BP,
    Terima kasih. Boleh saja. Tapi larat ke baca yg picisan ni?