Saturday, June 28, 2008

Jiranku Pergi

Aku tak punya jiran. Eh, sebenarnya ada, tapi serupa tak ada. Hari ini jiranku yang membuatkan aku terasa macam masih ada jiran, buat pakatan bermigrasi beramai-ramai bersama keluarganya ke UK. Ya, sekarang aku betul-betul macam tak ada jiran. Tiga tahun lagi barulah aku ada jiran semula. Ya, jiranku itu akan pulang. Kami akan berjiran sekali lagi. Itu pun kalau usia aku masih panjang dan mereka sekeluarga masih bernafas juga. Tiga tahun lagi, macam mana agaknya ya?

Mulai sekarang aku tak ada jiran!

11 comments:

Mersik said...

Domkian la lumrahnya.. Kita selalu merindu pada insan yang tiada.

Contoh, jiran yang tak macam jiran.. kekekekek

Sastri said...

hmm... kawasan tempat saya tinggal plak, agak kurang semangat kejiranannya... kenal satu dua je... yang lain tak kenal... jarang bersua muka lagipun...

rajiah said...

Salam Ainin

Tidak mengapa, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. 3 tahun pasti berlalu pergi dengan pantas sekali.., Insya-Allah..

jemputlah ke http://www.lamanixora.blogspot.com

Ainin Naufal said...

mersik,
mereka tu le satu-satunya jiran yang macam jiran. Jirang2 yg ada skang tak serupa jiran. huhu.

sastri,
samalah macam kat tempat akak ni, jiran sebelah pun tatau sapa namanya. jiran yang macam jiran ni selang 2 pintu.

Kak rajiah,
susah juga sebab kat sini masing-masing jenis yang 'tutup' pintu. hihi. termasuk le yang tengah menaip ni.

Anonymous said...

emm ... apa ceria esok ya? hehehe

sf

Anonymous said...

cerita ... eja pun dah tak betol ..akekekke lapar ni ...

Ariyatna Adri said...

kak, saya dah ada kamera slr. tgh belajar. bestnya kalau dapat turun acara-acara menarik n shoot.

Ainin Naufal said...

SF,
Cerita apa? cerita sume dah pun diketahui. hehehe.

Ariyatna,
Amboi, tak tunggu kami pun. Nanti ajar le kami ek.

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu.

Kita kan jiran bloggers.

ayu_mkay said...

jiran rumah bandar ngan rumah kg lain. jiran rumah bandar seminggu sekali nak jumpa pun susah sbb dah masing2 sibuk keje.

meh kita berjiran meh :)

Ainin Naufal said...

Abg Long,
Jiran blogger mmg ramai. hehehe

Kak Ayu,
Mmg lain sangat. Kalau bulan puasa tak dapat nak tukar-tukar makanan. Tak best la. :P