Wednesday, July 09, 2008

Bercakap-cakap ....

Pertama kali saya bercakap-cakap di depan audien ialah pada Jumaat lepas di PWTC sempena Pesta Membaca yang dianjurkan oleh PNM.

Apa rasanya?

Macam-macam ada! Selama ini saya cuma dengan dunia saya, tanpa pernah terlibat dengan mana-mana perkumpulan atau aktiviti membabitkan para penulis. Pendek kata umpama katak bawah tempurung. Kesian kan?

Menerima jemputan PNM adalah satu cabaran untuk diri saya sendiri, walaupun pada awalnya saya ragu-ragu dan tidak ada keyakinan. Tapi mujur juga ada seorang bro yang ‘mengetuk’ saya. Tergagap-gagap saya ketika menjawab soalan-soalan daripada perantara, Tuan Haji Hamzah Hamdani dari GAPENA.

Saya tak sangka kerana sebahagian besar penulis yang terlibat adalah daripada penerbit yang sama. Cuma kami jarang dapat bersua muka. Hanya tiga penulis sahaja merupakan kenalan yang betul-betul baru, namun kami amat mudah mesra seolah-olah telah lama mengenali.

Ribuuan terima kasih untuk pegawai-pegawai yang mengiringi kami sepanjang sehari ‘berpeleseran’ di KLCC, Muzium Kesenian Islam dan PWTC. Pulangnya kami membawa ‘bingkisan’ yang dihasilkan di tempat mencari inspirasi tadi, lalu dipersembahkan di atas pentas itu.

Ilham yang diraih oleh rakan-rakan peserta sangat mengagumkan dan kreatif. Bingkisan saya, hmmm... biasa-biasa saja.

7 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu.

Kalau Pokcik Mersik ada diatas pentas berdua dengan Adinda Ainin, rasanya gamat dewan...hik hik hik

alias derais said...

baguslah. ko dah berjaya mengexposekan diri ko. kira macam publisiti percuma la tu. pada aku, itu satu langkah ke depan utk memajukan diri dalam bidang yang ko buat sekarang ni. all the best!

Serunai Faqir aka SF said...

Ishh... mana gambar masa atas pentas tu? hehehe

CerminDiri said...

salam kehidupan,

berpidato ke berkhutbah?... satu perkembangan baik nampaknya.

Ainin Naufal said...

abg Long,
hahaha. roboh pentas kot. :P

alias,
TQ, yg penting buku aku laku, dan tak dipandang secara 'kerek' oleh otai2.

SF,
Gambar bawah/belakang pentas banyak le. Atas pentas punya, ko minta kat 'adik' kita tu ek. dia musti ada banyak.

cermin,
insyaAllah, mudah-mudahan. amin.

rajiah said...

Salam

Tahniah Ainin... mesti seronok rasanya..

Tahiah sekali lagi...

Ainin Naufal said...

kak rajiah,
Terima kasih. Seronok tu taklah, kecut perut yang lebih.