Wednesday, July 16, 2008

cakap sorang-sorang

1

Hari ini aku dapat satu panggilan lagi. Si pemanggil nak cari Ismail bin apa entah. Kalau dihitung-hitung, entah berapa banyak kali orang cari si Mail ni pakai nombor telefon aku. Aku pun tak pasti berapa kali. Maaflah, tadi aku cakap 'kalau dihitung-hitung', maknanya aku memang tak hitung.

Kali ini aku bertanyalah dengan penuh sopan lagi santun dan penuh berhemah, "Dah banyak kali orang cari Ismail ni. Ada lelaki, ada perempuan. Bunyinya macam formal semua. Ismail ni pinjam kat Along ke?"

Pemanggil lelaki itu, yang bunyi suaranya macam handsome pun menjawab, "Ha'ah agaknya."
Dari cara jawapannya, ada nada bengang kerana misinya mendail nombor aku tak membuahkan hasil. Ismail bin apa entah tu tak dapat dijejaki.

Aku pun bertanya kepada pemanggil yang agaknya handsome tu, "Ini dari mana? Bank ke?"

"Tak, dari pejabat peguam." Pemanggil itu macam nak bercakap lagi dengan aku.

"Sejak beberapa bulan ni, ramai betul yang cari Ismail. Saya rasa dia gunakan nombor saya untuk tujuan pembohongan," saya menceceh lagi. Yalah, sejak 2-3 bulan lepas entah siapa-siapalah yang dail nombor saya nak cari si Mail haprak ni. Kalau nak menipu pun, janganlah pakai nombor aku! Pakai nombor Alias ke, Kak Syima ke, Kak Zalisa ke, Puan Ainon ke, oklah 'kan? hahaha.


2

Semalam, aku tengok debat. Hahaha, aku gelak besar sambil tutup mulut. Siapa punya teori ekonomi dia pakai ni? Soalan pun tak dijawab. Aku gelak dan gelak lagi. Dulu cikgu aku cakap, dalam peperiksaan kena jawab soalan yang ditanya. Jangan cakap benda yang tak ditanya. Nanti dapat telur ayam. Oklah, aku tak nak komen panjang. Nilaikanlah sendiri.


3

Hari ini aku tengok seorang pendebat pintar malam tadi kena tangkap. Aduh, aku tak fahamlah ....


4

Aku sambung tulis Melah Melia3. Macam biasa, aku catatkan pengalaman yang aku sendiri alami dan pengalaman remaja-remaja lain yang seangkatan dengan aku. Kali ini aku tulis fasal mabuk kenderaan pula. Dalam siri-siri sebelum ni, aku kisahkan mengenai budak 'ngompol' yang banyak aku perhatikan di sekeliling aku. Kali ini aku nak tuliskan pengalaman aku sendiri yang memang mabuk kenderaan masa kecil dulu. Bukan aku saja, boleh dikatakan kami adik-beradik memang mabuk kenderaan. Cuma tahap mabuk tu berlainan setiap orang. Ada yang teruk, ada yang sikit-sikit. Aku tak hantar sinopsis sebab aku tak tahu lagi jalan ceritanya. Aku tulis bila aku ada idea. Bahagian-bahagian lain aku tinggalkan dulu. Maknanya novel yang aku tulis ni banyak berlubang-lubang. Aku rasa, inilah novel yang paling payah idea nak mari. Aku buntu. Aku akan hantar sinopsis bila aku dah siapkan novelnya, dua-dua hantar sekali harung. Agak-agaknya diterima tak? Inilah masalahnya kalau kena hantar proposal dulu....

Oklah, aku nak sambung menulis. Tata!

9 comments:

Abang Long said...

Paling GELI dan nak TERMUNTAH bila tengok seorang pendebat tu, air liur melekat ditepi bibirnya... uwekkkkkk.

Ibu: "Mamat, bila kamu nak pergi sekolah?"

Mamat: "Saya nak berak"

Anonymous said...

salam sis :)

komen 1 - nyusahkan orang betul orang yg guna no orang lain. ganggu orang nak carik idea jekan.. ishh brp byk orang daahh.

komen 2 - setuju ngan abang long. apalah sampai camtu sekalik. semangat ler kengkononnya tu.

komen 3 - geram, marah, sedih.. beristigfar pjg masa dengar berita tu.. ntahlah. harap2 pendebat tu sentiasa dalam lindunganNYA.

komen 4 - yeeeaaa melah melia ada sambungan lagiiii. yes! yes! selamat berkarya ya :)

syimasyawal said...

Hah? nak salah nombor kat akak? udah2 ler, selalu gak orang salah nombor, dari kedah bagai. Siaptanya pasal top up lah, cari ah benglah... yang kelakar dan menyakitkan hati ada pulak endon mengoda.... hahahahahah siap panggil cik abang taupun takut..... kalau salah nombor ni tak de sore manis2 punya hehehehehe

alias derais said...

wei aku pun nak komen jugak kat sini.
1)jangan nak galakkan pulak orang salah gunakan nombor tepon aku. ko memang jahat le..
2)aku pun tengok debat tu. nasihat aku satu je. kalau takde modal,tak usahlah nak berdebat. lain ditanya, lain dijawab. ngok!
3)pasal air liur tu ....YUCK! geli geleman aku tengok.
4)pasal buku tu, bagusle. banyakkan menulis.
4)

Unknown said...

Abg Long.
Saya pun geli, tapi tahankan diri jugalah sebab nak tengok sampai habis, walaupun tak puas. Kejap sangat. Waktu asal dikurangkan kpd 1/2 jam.

Kak Ila,
Betul tu kak, biasanya penipu ni kira sapa.

Pergolakan politik, kita jadi mangsa.

Kak Syima,
Mujurlah tak sampai berpuluh2 orang cari si Mail ini, kalau tak memang muka kita kuar kat paper la gayanyan.

Alias,
Hahaha, aku memang jahatlah. Ko baru tau ke?

Ya, aku nak tulis banyak-banyak, doakan semoga aku kuat.

Err ... aku pun geli jugak tau. heeeee

MYA MARJA said...

Assalamualaikum Dik Nin,
Baguslah Dik Nin masih terus punya disiplin tinggi dalam menulis. Teruskan perjuangan! Diriku..hmmm malap sikit la..

Ariyatna Adri said...

yeyey...mai la datang shah alam ramai2. minum2 kat kedai kopi.hehe

Unknown said...

Kang Mya,
Macam mana boleh jadi malap? Mesti ada penyebab ...

Ariyatna,
Sabtu 2 Ogos tau, bawak SLR sekalik. hehehe

Ariyatna Adri said...

InsyaAllah, jangan jeles hehe