Wednesday, April 22, 2009

Pesta Buku Update

Hmm, kaki baru hilang sengalnya. Semuanya disebabkan demam pesta bukulah, apa lagi. Sabtu lepas sibuk berjanji-janji dengan kawan-kawan nak meronda sama-sama. Rancangan berubah beberapa kali tapi akhirnya berjaya juga bertemu Kak Syima dan bersama-sama ke sana. Kak Siti pun akhirnya berjaya ditemui di tempat kejadian. Fuh! Jenuh menempuh sesak. Mujurlah kami ke sana dah agak petang. Taklah penat sangat berjalan.
*
Hari Ahad meronda lagi. Berjanji lagi dengan Kak Syima dan Kak Siti. Macam biasalah, Kak Siti mengalami kecelaruan minda bila tengok makhluk-makhluk yang berbondong-bondong di sana. Jalan paling baik, saya tunggu dia pentas utama. Tempat itu mesti dia boleh cari. hihi. Kak Saridah pun dah tunggu di sana. Kebetulan ketika itu Kak Zalisa pun sampai. Kak Syima saya tinggalkan di gerai biasa dia berjumpa penggemarnya.
*
Dalam masa yang sama Alias pun sibuk-sibuk juga nak menelefon saya. Yah, memang nak jumpa dia pun. Oleh kerana sejak tahun lepas Kak Zalisa memang nak bertemu muka dan berkenalan dengan kebrutalannya, maka kami pun mencari kelibat cikgu paling brutal (tapi baik) itu dan membiarkan Kak Siti dan Kak Saridah meronda sesuka hati mereka. Kami janji makan tengah hari bersama-sama.
*
Setelah lokasi Alias dikenal pasti, kami pun borak-borak. Tapi keadaan sangatlah tidak selesa kerana dikelilingi oleh makhluk-makhluk seperti kami juga yang seronok memeriahkan suasana di situ. Maka kami pun cari port baik untuk bersembang. Tempat minum-minumlah, apa lagi. Semampunya kami, di gerai tepi sungai itulah tempat lepak kami bertiga. Terima kasih Alias kerana belanja kami minum.
*
Lepas minum kami naik semula. Alias teringin juga nak jumpa Kak Syima. Jadi demi tidak menghampakan beliau, Kak Zalisa pun memanggillah Kak Syima. Wah, sekali lagi kami kecoh sekejap di satu gerai yang tak berapa ramai orang. Di situ pun jadilah kan?
*
Oleh kerana Alias pun tak sabar nak betulkan keadaan keretanya yang tak berapa baik tu, maka kami pun berpecah. Saya, Kak Syima dan Kak Zalisa pun keluar makan tengah hari sebab Kak Siti dah memanggil-memanggil nak ajak makan. Dalam masa yang sama Kak Dewi pun turun dari tempat dia menemui penggemarnya. Kami pun makan berlima satu meja. Sesak wooooo. Hahaha, belum setengah jam pun Saya dan Kak Zalisa minum dengan Alias tadi, sekarang kami dah sampai semula ke sini. Belasah! Di situlah kawan-kawan saya berkenalan antara satu sama lain. Kak Siti dan Kak Saridah berkenalan dengan Kak Syima dan Kak Dewi. Saya dan Kak Zalisa memang kenal keempat-empatnya. Hihi. Bertambah networking pada hari itu.
*
Pukul 2 setengah kami, kecuali Kak Syima dan Kak Dewi ke konvensyen sai-fai. Jumpa Ariyatna dan suaminya bersama-sama 'senapang' berkuasa besar untuk menembak kami. Jumpa Kak Kusyi Hirdan dan Kak Lily Haslina di situ.
*
Hari itu saya pusing sampai petang, tapi berpecah arah dengan kawan-kawan buat seketika, kemudian bertaut kembali. Sempat ronda dengan Kak Hasreeyati Ramli juga. Macam dah kenal lama pula. Bertambah lagi kenalan. Tak lama lepas tu Mersik pula tarik saya. Sembang-sembang sekejap.
*
Sedar tak sedar dah pun nak masuk maghrib. Patutlah kaki rasa sengal dan sakit. Kepala pun mula berdenyut. Saya minta diri nak balik. Kak Siti dan Kak Hasreeyati pun meneruskan acara ronda-ronda sampai kejang otot kot. hihi.
*
Hati rasa seronok sangat dapat jumpa ramai orang dan kenalan baru. Sampai tak terasa penat pun. Bila dah sampai rumah. Terus terduduk. Barulah segala kesakitan pada kaki merayap ke segenap urat rasa. Kepala pun berdenyut-denyut. Panaskan apa yang patut. Lepas mandi, terus makan dan tidur. Emmm, terasa macam kurus sikit sebab membakar lemak sehari suntuk. :P
*
Minggu ni meronda lagi. Nak cari buku-buku yang jarang ditemui atau dah hampir pupus. Oh ya, kepada adik-adik yang berjanji nak datang ke booth PTS, Ainin Naufal akan berada di celah-celah insan-insan di situ. Jadi kalau ada yang sudi nak jumpa Ainin Naufal, rajin-rajinlah tanya pada para petugas di situ ya. Ingin dimaklumkan juga, slot kuiz terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Walau apapun, Ainin Naufal cuba untuk berada di situ selama satu jam. Kalau susah sangat nak cari, jerit saja "MANA AININ NAUFAL?" Ingat, lontarkan seluruh kekuatan vokal tau, dan jangan malu-malu.
*
Jumpa di sana. TATA

9 comments:

Anonymous said...

yes2 blh jumpa kak ainin naufal....jengkok la blog sy...nadirah-eyrah.blogspot.com

Unknown said...

Eyrah, nanti datang ke sini carilah akak dalam kesesakan tu ya. Keadaan yang sukar tu nanti.

Cantik blog Eyrah. Siapa ajar buat blog tu?

fadz said...

sampainya hati tak tegur saya hari tu, saya nak cari kakak ari tu tapi dah tak ada..

rajiah said...

Salam Ainin.. Kak Jiah pun ada di Pesta buku Sabtu yang lalu tu.. aduh.. orang berbondong-bondong sungguh.. betul .. akak pun mengalami kecelaruan fikiran sebentar dalam deruan arus manusia di situ..

namun bangga pun ada, ramai rakyat malaysia yang suka ke pesta buku !!

rajiah said...

:)

Unknown said...

Fadz,
1000 kali maaf ya. tak ada rezeki nak borak tahun ni.

Kak Jiah,
Saya naik pening. Nak beli pun sampai tak jadi sebab susah sangat. Tak selesa berebut macam tu. hihi.

alias derais said...

geram betul aku baca entri ni. aku yang amat pemalu dan amat pendiam pula ni dikatakannya brutal. lagi satu, part aku je, mesti ayat dia macam 'alias tak sabar le, alias tak itulah, alias tak inilah, haih-takde nilai murni langsung-lepas tu, part ko pula, nampaknya banyak benar pengorbanan ko ya. hamboih!

walau bagaimanapun, tq le sebab jumpakan aku dgn kak zalisa tu-tq le jugak sebab ko kononnya berusaha benar mempertemukan aku dgn si syima.

yang pastinya-pesta buku ni, dengan korang je aku jumpa. haih...sedihnya.

Unknown said...

Lias,
terimalah hakikatnya ya. ;P
Ooo jadi perjumpaan dgn kitorang ni membuatkan ko sedihlah ya?

alias derais said...

bukannya aku sedih dengan perjumpaan tu le..aku sedih sebab tak ramai jumpa geng baru pesta buku tu-n tq sebab kenalkan aku dengan kak zalisa tu.