Thursday, May 21, 2009

Hari Guru dan Oven Baru


Rasa macam dah basi pulak nak ucap selamat hari guru. Tak apalah, rasanya belum terlambat lagi nak buat ucapan. Lagipun menurut seorang cikgu di Shah Alam sana, dia tengah sibuk menanda kertas peperiksaan. Pening serabut katanya. Relakslah cikgu, tanda perlahan-lahan. Nanti silap tanda pulak. Agaknya sambutan hari guru di sekolah-sekolah tak meriah atau mungkin belum disambut lagi sebab sibuk periksa.

*

Itu kisah di sekolah betul-betul. Di sekolah tadika lainlah pulak. Si kecik tu sibuk dah siang-siang lagi bising katanya hari jadi cikgu. Alahai, mana pulak hari jadi cikgu. Ini mesti dia nak cakap hari guru. Oleh kerana oven dah ada, maka baking project pun bermula. Cerita pasal oven ni paling best. Oven cap ayam yang masuk hospital dekat dua bulan tu dah pun dapat semula. Ewaaah, bukan oven lama tau, tapi diganti dengan oven baru berkilat-kilat youuuuu. Nampak sangat betul-betul cap ayam. Kalau tak, mesti kilang tak sanggup nak ganti baru terus. Hahaha. Sukeerrrrr!

*

Lepas ambil oven baru tu, saya ke Lorong Haji Taib di Chow Kit. Hey, jangan salah faham. Tak kuasa saya nak tengok ayam-ayam pakai kasut yang tetap berani berkeliaran siang-siang hari tu. Saya pergi kedai bahan-bahan bakery. Bila masuk ke kedai tu, kepala jadi kelabu asap. Dalam minda cuma terfikir nak beli tepung mafin saja. Sambil tu sempatlah cuci mata tengok kedai tu dah makin membesar. Terliur tengok macam-macam tool kat situ. Tapi bajet tak boleh lari. Nak beli tepung mafin, tak boleh beli lain. Dalam kepala memang set nak beli benda alah tu saja.

*
Siap membeli, terus balik. Lepas tu baru teringat nak tengok stok bahan bakery yang lama. Buka kabinet, saya tepuk dahi. Semua tak ada! Krimwell yang rasa-rasanya macam ada, rupanya dah tak ada. Manik gula kaler-kaler pun tak ada. Mentega pun ada seketul. Mujurlah coklat masakah masih ada. Jadi malamnya saya mengadun mafin dan topingnya hanya sebuku mentega semata tanpa campuran krimwell. Dalam hati dah boleh agak, mesti tak cukup.

*
Bila dah suntuk, kenalah jadi lebih kreatif. Gunalah apa yang ada. Aising hanya cukup untuk 5 biji mafin. Selebihnya saya tuang dengan ganache. Ganache itu pun tak campur krim. Krim saya ganti dengan susu segar. Jadi juga. Hahaha.

* Semuanya saya main tabur-tabur saja atas mafin tu. Hasilnya mafin untuk hari guru dah jadi mafin macam kek cawan hantaran pulak. Belasah la... janji ada benda budak-budak nak bawak ke sekolah esoknya. Sampai sekolah cikgu puji jugak. Wekekeke, padahal sejak cuti berbaking ni, tangan gigil-gigil masa picit nozel tu. Herot-herot semua walaupun hanya swirl je.

*

Minggu depan hari terakhir persekolahan, sekolah buat majlis hari jadi beramai-ramai. Kena bawak potluck. Sesi berbaking bermula lagi minggu depan.

*
Kepada semua individu yang berasa diri mereka seorang guru, selamat hari guru. Juga kepada mereka yang pernah mengajar aku tentang pelbagai perkara, walaupun ianya hanya seekor semut kecil, aku ucapkan terima kasih. Tiada yang dapat membalas budi kalian selain Dia.

5 comments:

sf said...

Alah ... asyik tayang skill je, bila lagi nak panggil kawan2 daaa?

Sastri said...

salam kak... waaa, banyak la projek berbakeri lepas ni ek... untung la mereka yang dekat, dapat merasa... :)

Mersik said...

Wahh.. sedapnya.. mengamit2 selera gitu. Entah bilalah nak merasa..

ieyla said...

Salam perkenalan,saya org baru disini.Pandai betul buat muffin dgn hiasan yg sangat2 menarik dan kreatif betul...macam nie boleh menuntut ilmu nie dgn akak...he...he...he...

Ainin Naufal said...

SF,
Skill yang dah lapok. haha

Sas,
Ish, tak boleh selalu berbakeri. Nanti tukang bakeri ni pun jadi gemuk.

Mersik,
Tu ler dia, entah bila tah.

Ieyla,
Terima kasih sudi datang. Akak pun saja suka-suka. Hihi, tak pernah belajar pun, jadi tak tau mcm mana nak ajar orang.