Thursday, May 28, 2009

Iljimae

Hah, benci betul, Dah tulis entri panjang lebar tentang cerita di draft, tiba-tiba masa publish hilang pulak. Eeeee penat aku!

Tak apa, tonton klip vidoe di atas. Pasti tau macam mana 'ke-best-san' K-drama ni. Tak pernah saya tonton drama yang boleh membuat kita ketawa dan menangis dalam satu masa. Watak-watak dan aksi-aksi yang kelakar tetapi mempunya plot-plot yang menyayat hati dan tragik.

Drama ni memecah rekod sebagai drama yang mencapai rating tertinggi dalam tahun lalu sehingga mencecah 31.4. Drama ni berdasarkan komik Iljimae tetapi plotnya terbeza sama sekali dengan drama ini kerana penerbitnya tidak mendapat hak penerbitan di skrin.

Pengakhiran cerita menimbulkan teka-teki sama ada Iljimae mati atau hidup. Tapi sebenarnya pengarah ada beri clue pada episod pertama dan episod akhir. Jadi penonton kenalah rajinkan diri cari clue tu.

Jadi kalau nak ketawa dengan aksi-aksi Lee Junki dan kemudian sama-sama menangis bersama-samanya, tengoklah drama ni. Tahun ni Junki masuk askar. Lagi 2-3 tahun baru dia balik menggegarkan K-drama. Comellah kau Junki!

7 comments:

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

uiii.. best ker??? Tak penah tgk.. nak tgk la nanti.. sementara tunggu mata nie melabuhkan tirainya..

Unknown said...

hei tak tidur lagi?

sf said...

Rajin kau ni ya nonton sinetron2 ni hehehe

Unknown said...

Bro,
rehatkan minda. sambil belajar mencipta cerita yg best. nak ikut teknik plot dalam cerita ni terjalin. byk twist tuuuu. kesudahan tak terduga.

Sastri said...

err... tak ikut siri ni... tapi ikut drama kantonis kol 7pm... sedap gak jalan ceritanya... :)

abuyusof said...

.. macam tak best je ceritanya.. terlalu melodramatic & stereotypical..latic.. nampaknya..

Unknown said...

Sastri,
Akak jarang nonton, jadi lepas habis selesai semua kerja, saja layan video. reward diri sendiri gitu. hehehe.

En. Abu,
betul, tapi sesekali layan memang 'terlayan'. bagi saya bukan stereotype tu yg nak ditengok. cuma 'terlayan' dgn hubung kait setiap adegan dan wataknya.