Dia Istimewa memang dah lama diterbitkan. Buku ini single novel saya awal-awal dulu dengan PTS. Jualan buku ini agak suam-suam kuku, mungkin kerana kegelapan kulitnya turut mempengaruhi 'kegelapan' jualan. Ya, memang buku ini lama sekali, dan saya sendiri tak pernah bercadang membuat sequel kerana kesuam-suaman jualannya.
*
Namun rezeki Tuhan tak siapa tahu. Walaupun novel ini telah lama terbitnya, ia terpilih juga untuk pembelian oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun ini. Daripada lima buah novel yang saya usulkan, novel ini juga yang sangkut. Saya tahu mengapa novel ini terpilih. Semestinya kerana novel antik saya ini ada ciri-ciri utama yang diingini oleh PNM bagi ditempatkan di rak-rak perpustakaan desa.
*
Nampaknya bermula tahun ini saya akan tulis satu atau dua single novel yang ada ciri-ciri yang dimahukan oleh PNM. Harap-harap tahun hadapan PNM masih meneruskan program pembelian terus daripada penulis.
6 comments:
apa Cina atas tu cakap?
tahniah! ini dapat PNM yang ke berapa ni? org kata kalau dah dapat sekali - tak dapat lagi...
cina tu menurun nombor kot.
terima kasih. ini kali kedua. pertama kali dulu kita sama-sama dapat. dengarnya tahun ni yang terakhir, jadi memanglah tak akan dapat lagi. doa2 moga keputusan berubah.
salam AN :)
tahniah! semoga terus berjaya! DIA mmg istimewa :)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan tahniah Dik Nin! Tulis lagi selagi terdaya. :D
suam2 kuku? tak kisah, yg penting dapat manfaatnya. tahniah untuk ke berapa kali?
Kak Ayu n Kang Mya,
Terima kasih. Doakan yang terbaik ya.
Kak Za,
manfaat dan jualan sama penting. kalau bermanfaat (?) tapi tak laju pun susah sebab mantafaatnya tak sampai. ;(
Post a Comment