Monday, July 06, 2009

Gegambar

Ahh, masuk ke blog sendiri seolah-olah nampak sawang dalam imaginasi. Itulah, orang berblog, awak pun nak berblog juga. Blogger lain rajin letak entri baru, awak liat. Ish, apa punya teruk la. Hmm, jangan salah sangka. Marah diri sendiri aje sebenarnya. Kes sawang-bersawang ni bukan hal baru untuk blog ni. Masuk kali ni entah berapa banyak kali daaaa.
*
Tak apa, untuk tidak menghampakan para 'penggoogle' yang ramai sesat dalam blog ni, maka dengan seronoknya tuan rumah memasukkan gegambar atas alasan sebagai aktiviti pembersihan sawang di rumah maya ni.
*
Gegambar itu memanglah tidak berapa elok kualitinya kalau nak dibandingkan dengan gegambar dalam blog Cikgu Alias tu. Ops, Cikgu Alias jangan nak perasan. Tuan rumah tak bermaksud nak puji beliau. Saja nak cakap. Lagipun beliau jarang masuk ke blog ni, jadi tentu beliau tak baca post ni. :P
*
Haih, nampaknya azam nak dapatkan gajet canggih berupa kamera DSLR macam kepunyaan beliau tu tak dapat dipenuhi untuk tahun ni. Tak apa, jangan kecewalah tuan rumah. Pasang azam untuk tahun depan pulak (adegan pujuk diri sendiri). Gegambar berkenaan pun tuan rumah tak edit apa-apa. Terus tampal daripada kamera digital aje.
*
Ok, layan dan cuci mata ya. Ops, lupa nak pesan. Sesiapa yang (khususnya kepada 'penggoogle imej') nak ambik gegaambar ni jangan lupa kasi kredit pada tuan rumah tau. Letak url blog tuan rumah juga sebab tuan rumah teringin jadi gila glemer. Ok tak? Ahakz...
*
Sekian, TATA.

4 comments:

Mersik said...

Wah, banyak gambar semut jek ni. Musti tuan umah sekarang ni tengah "semut-semut" hik hik

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Cantik gegambar di sini. Blog bersawang tidak mengapa lagi, asalkan poket penuh. :P Tahniah jadi top 30 PTS!

alias derais said...

oh namaku disebut2 dalam entri ni ye. alah, kalau nak puji, puji yelah-bukan kena bayar pun. haih. lagi satu, sapa cakap aku tak datang ke sini? aku selalu datang le-tapi tak diwarwarkan je. pasal niat ko nak miliki dslr tu, aku yakin akan kecapaian juga-kalau bukan tahun ni, tahun depan, kalau tak tahun depan satu lagi.

Ainin Naufal said...

Mer,
yup memang tengah semut2 pun ni.

Kang Mya,
Tak la penuh pun, syukur alhamdulillah. Top 30? GEmpak je lebih!

Lias,
saja letak nama ko dalam entri ni, sebab nak suruh ko 'bersuara'. ahak.