Tuesday, January 09, 2007

Hampas!

Sukakah kamu kalau diri kamu diperlakukan seperti sudah hilang manis, sepahnya dibuang?
Sukakah kamu kalau merasakan diri kamu ditendang seolah-olah sudah tiada harga lagi?
Sukakah kamu seandainya tempat yang pernah kamu curahkan keringat dan buangkan segala kudrat itu melayan kamu seperti sudah lupa penat lelah kamu?

Ya, tentu jawapannya tidak suka!
Sudah tentu jawapannya tidak seronok!
Sudah tentu jawapannya kecewa!

Dulu dia bertelefon-telefon.
Dulu dia bersms-sms.
Dulu dia berYM-YM.
Dulu dia beremail-email.

Sekarang nombor telefon tangan saya pun dia sudah TERRRLUPA,
Sekarang YM saya pun dia sudah tak TERRRJELING,
Sekarang alamat e-mail saya pun dia sudah TERRRDELETE agaknya.

Pagi tadi, baru pagi tadi untuk pertama kalinya sejak beberapa bulan lalu dia hubungi telefon tangan saya.
Ooooooooooooooooooooooooh, masih ada lagi nombor telefon saya dalam simpanannya!

Dia : Akak apa khabar?
Saya : Ok.
Dia : Projek Pahlawan tu akak yang pegangkan?
Saya :Ya.

Oooooh, dia hubungi saya kerana hal berkaitan dengan kerja dan kepentingannya. Kalau mengenai keperluan diri saya, kenapa buat-buat terrrlupa ya?)

Dia : Projek tu kena siap Jan 07, akak pulak masih tak belajar program baru tu. Hmm... akak dah buat apa-apa dengan Projek Pahlawan tu?
Saya : Tak buat apa-apa.
Dia : Kita nak bagi projek tu pada orang lain.

Hari ini sudah 9hbJan07. Tak mungkin projek itu siap dalam masa hanya 2-3 minggu!
Permainan apa ni? Sorok-sorok? Hey... kalau sorok-sorok, kenapa menyorok di tempat yang jelas? Lawak ke ni? Kalau lawak kenapa saya tak ketawa? Tak mengapalah, mungkin lawak yang tak boleh ketawa. Walau apapun saya akan cuba ketawa juga

HA, HA dan Ha!

Jangan ingat saya tak tahu. Projek Pahlawan tu dah diserahkan kepada orang lain sebelum dimaklumkan kepada saya. DAN. Projek itu dah pun siap, cuma tunggu masa saja meluncur di pasaran!

JANGAN BODOHKAN SAYA!

Dia : Akak nak ambil job lagi tak?
Saya : Tak nak!
Dia : Hmm satu lagi mengenai karya akak tu, saya dah minta pengurusan uruskan soal postingnya.
Saya : Ok.

Hah... benda yang sudah tidak mengujakan saya itu akan diposkan kepada saya sedangkan saya sendiri tidak dimaklumkan tentang kelahirannya! Tahu-tahu saja sudah wujud! Wah... mungkin dia sudah naik jadi orang kanan sekarang. Kalau dulu hal-hal remeh pun sms, telefon, kalau tidak berYM.

SEKARANG AKU SUDAH JADI SEPAH!
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN AKU SEPERTI BENDA ITU!

9 comments:

Unknown said...

Jangan ikutkan hati yang marah, adindaku sayang. Ingat, ALLAH Maha Adil. Orang yang melakukan aniaya terhadap orang lain akan dibalas juga olehNYA. Biarkan. Lepaskan. Dah luahkan marah tu, sudah. Buat tak tahu saja. Tempat mencari rezeki bukan di situ sahaja. Mungkin, ALLAH dah ada muslihat di sebaliknya. Mungkin, ALLAH nak mengelakkan adinda terus tersiksa apabila kompeni tu jatuh bankrap dan tak dapat bayar adinda satu sen pun. Semua itu kemungkinan tetapi hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Ingat tu...
Usaha dan teruskan berkarya. Banyak tempat lain lagi, okay. Jangan biarkan perbuatan mereka mematikan cita-cita dan hidup kita. Jangan sekali-kali.

karl Firdaus said...

Cool Cool............ Seperti kanda Raina sabar... dugaan tahun baru..

Unknown said...

Terima kasih, kanda. Saya cuma terkilan dan kecewa dengan satu orang. Saya bukannya marahkan nyamuk seekor habis kelambu dibakar. Cuma saya doakan syarikat itu bertambah makmur supaya dapat menggaji lebih ramai pekerja yang berdedikasi, yang berpekerti dan tahu menghargai. Amin.
Argh, dunia ini kecil sahaja. Harap-harap meladakan emosi saya ini akan cepat padam dan sejuk. Terima kasih kepada kanda atas nasihat yang sangat-sangat-sangat-sanagt berguna itu. Muaaahh!

Karl,
Sedang kawal emosi. Sebenarnya ini dugaan sejak Ramadhan, akhir tahun sehingga membawa ke tahun baru. Azam tahun baru, ingin melupakan kepahitan lalu.

Unknown said...

Salam adindaku Halle, bukanlah kanda doakan apa-apa yang buruk berlaku kepada sesiapa pun. Ini secara general saje dan tak dituju kepada sesiapa. Kanda percaya ALLAH Maha Mengetahui dan apa yang telah disusunNYA adalah untuk kebaikan kita semua. InsyaALLAH.

Unknown said...

BEtul tu kanda. Dinda faham maksud kanda tu. Ya, Tuhan Maha Mengetahui. Semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan semoga Tuhan sentiasa memudahkan jalan rezeki kita, Amin. Kanda, moh amin sama-sama.

Unknown said...

aininnaufal,

sampai hilang kata2 kak nak ucapkan. kak dah masuk sini sebelum ini dan dah baca. tak tahu nak kata apa, jadi kak membisu sejuta bahasa.

sabar sayang. banyak hikmah yg menantimu nun di sana.

Mersik said...

Aininnaufal - Pokcik tumpang simpati diatas nasib yang melanda. Apa2 pun anggaplah semenya dugaan Tuhan gitu.

Semoga tabah dan sabar sentiasa. Mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari dari perkara ini.

Adehh.. (sambil urut2 dada.. dan batuk2 dua tiga harkat.. )alahaii

Unknown said...

Kak Za,
Saya berterima kasih kerana dia memberikan banyak pengajaran kepada saya. Terima kasih kerana memahami.

Pokcik,
Terima kasih, doakan semoga saya sabar selalu sebab saya ni memang prang yang kurang penyabar. Saboooo je aku. (ungkapan Opah De)

Puan Ainon Mohd. said...

Puan, adakah perkara ini berlaku dengan staf PTS?