Sunday, January 14, 2007

Kalau kamu...

Kalau kamu gembira,
Khabarkanlah padaku,
Agar dapat kukongsi kegembiraanmu.
Kalau kamu lara,
Datanglah padaku,
Biar kucuba hiburkan hatimu.
Kalau kamu ingin bercerita,
Dekatlah padaku,
Supaya dapat kudengar kisahmu.
Aku mulur seperti getah.
Membentuk seperti yang kamu mahu.
Cuma jangan salahkanku
Kalau aku jadi seperti yang tidak kamu inginkan
Kerana kamu yang mahukanku jadi seperti itu.

2 comments:

Unknown said...

Aku gembira... gembira sekali. Dan kau tahu kenapa. Tidak perlu aku canang-canang lagi... aku tahu,kau pun sedang bergembira sekarang ini. Syukur ke hadrat ALLAH yang Esa, ya.
Ayuh, adindaku. Teruskan penulisan kita. Aku sudah hampir mencapai matlamat azam baru ku. Engkau bagaimana pula? Ayuh, supaya kita berjaya. Kau adinda dan sahabatku, marilah kita saling bantu membantu dan sokong menyokong dengan penuh kasih sayang. Amin.

Unknown said...

Ya, benar bagai dikata wahai kanda. Semoga kita sama-sama berjaya mencapai cita. Cayoook!