Sunday, January 28, 2007

Mengapa Bangsa Arab Bercakaran?

Bangsa Arab pada zaman lampau adalah bangsa yang paling maju. Mereka banyak mempelopori teknologi yang menyumbang kepada perkembangan peradaban dunia. Tanah Arab walaupun diliputi dengan tanah gersang dan padang pasir, namun sangat kaya dengan emas hitamnya.

Namun sayangnya, sejak berkurun lamanya bangsa Arab tidak pernah lari dari sejarah-sejarah perang saudara. Mereka terkenal sebagai satu bangsa yang taksub dengan puak masing-masing.

Hanya selepas Nabi Muhammad berjaya mengembangkan syiar Islam di Tanah Arab, barulah bangsa yang terkenal dengan sikap bongkak dan keras kepala ini dapat disatukan. Ianya berkekalan sehingga kepada pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. Namun pada zaman pemerintahan Saiyidina Ali r.a, bangsa Arab mula menunjukkan tanda-tanda perpecahan semula.

Kini, puak Kurdish, Syiah dan Sunnah saling berbunuhan sesama sendiri di Iraq. Yang bertepuk tangan dan bersorak gembira, Amerika Syarikat.

Puak Hamas dan Fatah juga saling bermusuhan dan bercakaran di Palestin. Sekutu syaitan, Israel dan Amerika Syarikat berpesta pora dan ketawa gembira menyaksikan senario yang memudahkan pelaksaan objektif mereka bagi mengusir dan melenyapkan bangsa Arab dari Palestin.

Para sahabat yang bijak laksana, saya melihat keadaan ini sebagai pandangan dari seorang yang dangkal pengetahuan mengenai sejarah dan sosio budaya bangsa Arab. Kepada para sabahabat yang berpengetahuan, dialu-alukan berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan saya dan sahabat yang lain.

Terima kasih.

5 comments:

Amiene Rev said...

Budaya mereka memang begitu. Menurut seorang pemandu pelancong ketika saya ke Summit, Subang Jaya, bangsa yang paling rumit bagi mereka (pemandu pelancong) ialah Bangsa Arab.

Budaya mereka agak kontra dengan budaya kita. Pemandu pelancong kata lagi, pelancong yang paling mereka suka datangnya dari Indonesia. Sebab pelancong Indonesia cukup senang untuk dibawa berbicara...

Unknown said...

amien, memang betul. Seorang jiran yang bekerja di sebuah hotel di Bandar Sunway juga mengatakan perkara yang sama. Kebanyakkan pelancong Arab yang datang amat sukar ditangani. Malah mereka suka memaki hamun dengan bahasa yang kesat. Kata jiran saya tu, itulah sebabnya mereka suka bergaduh sesama saudara sendiri. Alangkah bodohnya.

karl Firdaus said...

Hello sis,

Jangan kecewa, izinkan Una ajar.


Mula mula Masuk kat website tu..

lepas tu register ... ( Ini Penting ) Jangan lupa password pulak...

lepas tu depa tunjuk macam macam ... concentrate kat control panel...

Apa yg perlu dibuat ialah kat control panel tu ada ada column MANAGE SHOUTBOX... tekan butang tu..

Pastu...tekan HTML code

Kat situ nanti dia tunjukan secara terperinci... warna apa kita nak, macam mana kita nak shoutbox tu... panjang ke pendek ke ... dan seterusnya...

Dah complete semua tu ..

Last sekali dia tunjukan HTML.. COPY... Jangan tak COPY pulak...

Pastu masuk kat Blog...Sign in

Masuk kat LAYOUT...

Kat situ ada ADD PAGE ELEMENT... Tekan button tu...Ada keluar macam macam ....

tekan button ... HTML / Java Script.. pastu PASTE dan Save............ Lepas tu view blog..

Dah siap pun......

Cuba ok... Jangan putus asa ok ... kalau kurang pasti email Una kat alamat ini ... insyaAllah Una tolong .... karl_steward@yahoo.com

Senang Aje ...Selamat mencuba.........heeeeeeee

P/S ::Kalau dah siap Halle boleh buat macam macam kaler macam tukar fesyen ........... heh heh ...

Unknown said...

Amboi, detail betul tutorial nih. Bolehlah jadi guru tuisyen anak-anak kami. Hehe...

Nanti pasti dicuba. Buat masa ni biarlah dulu shuotbox tu dulu. Terima kasih banyak-banyak.

Kalau tak menjadi juga, hmm... agaknya oggix tu tak benarkan akak guna service dia.

Amiene Rev said...

sebab itu nabi dan rasul diturunkan dari kalangan mereka.

oh, ya. Kak, saya dah dapat message pasal kiriman buku tu, tapi saya belum ada kredit untuk balas.

nanti saya dapat, saya maklumkan.