Friday, January 26, 2007

Petang Yang Bersejarah

Sedang kaki saya melangkah mendaki anak-anak tangga, saya dikejutkan dengan satu panggilan. Saya lihat di skrin handphone tangan. Unknown number. Siapa pula ni?

Saya menyapa. “Hello.”
“Hello…” Kedengaran suara gemersik di hujung sana.
“Hello… hello. Hello.” Saya menyapa lagi. Malangnya talian sudah terputus.

Handphone saya masukkan semula ke dalam beg tangan. Destinasi utama saya tuju. Dalam hati masih tertantya-tanya, siapa gerangan si pemilik suara lunak merdu itu. Tidak pernah saya dengari sebelumnya. Tapi dari intonasi sapaan yang cuma ‘hello’ itu cukup menggambarkan si pemanggil seorang yang mudah mesra.

Tidak lama kemudian satu sms saya terima.

‘Halle, sori line putus. Baru nak cakap, terus mati. Sabo je aku. Lain kali akak tepon lagi. Ahakz. Sihat? Harap semua sihat. Huhu’

Hah? Dia?

Saya seperti bermimpi kerana masih lagi tidak percaya si dia yang menelefon saya sebentar tadi. Dia menelefon saya dari jauh. Sangat jauh. Saya sangat terharu. Bayangkan dia yang jauh itu sanggup telefon saya. Tentu mahal. Walaupun hanya sempat ‘hello’ saja, saya cukup menghargainya dan betul-betul terharu.

Terima kasih sahabat. Semoga persahabatan kita terus berkekalan sampai bila- bila.

Dan saya berharap supaya dia selalu bersabar dengan saya yang selalu terlepas kata dan celupar bisa ini.

p/s : Pokcik Mersik, jangan jeles taauuuuu….

6 comments:

Mersik said...

Uii tak aci nih..

Uii.. jeles nih..ikh ikh ( sambil urut2 dada.. dan tarik napas dalam2.. hup haa.. hup haaa..sabo jekk..)

Pokcik pun nak dicall gak.. nak dicall gak.. tak kisah ler walau miscall punn.. kekekeke alahaii

Unknown said...

Alaaa... cerita kat orang pulak... gemersik? Silap tu.. kan hari tu line tak clear. Kalau nak tahu, suara akak macam suara hantu pontianak yang tengah mereng... eeeeeeeeeeeeeeuuuuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiii... uwek uwek! Sabo je aku.

Err.. Pokcik, nak dimiss call, bagi ler nombor tepon... ada ke? Kang kita call orang lain lak kang.. ahakz..sabo je aku... huhu... lain kali kita sembang ye Halle.

Romantis Selatan said...

Teringat kisah amoi yang menelefon dahulu kala.

Unknown said...

mersik,
Saja nak buat pokcik jeles. Yess... berjaya juga akhirnya. Muahaha...

Kak Raina,
Seperti yang diketahui umum, saya memang sentiasa bersedia membuatkan pokcik jeles. Jangan maraaa... pokcik. Muahahahaha.

Romantis Selatan,
Amoi yang telefon dari Sarawak/ Sabah tu kan?

ayu_mkay said...

tau dah saper yg tepon tuh... mesti teruja kan AN.. nak plak org jauh yg tak penah tersangka nak tepon.

*emmm bila lak nak dengor sore mersik penulis milah melah ekkkk?

Unknown said...

Kak Ayu, tak de gemersiknya. Serak-serak kering macam ayam betina nak belajar berkokok tu adalah.