Dia Istimewa mengisahkan Jamilah, seorang pelajar yang lembam, dapat meneruskan kelangsungan hidupnya meskipun tidak pintar di sekolah.
Ikuti bagaimana Jamilah mengharungi hidup selepas menamatkan persekolahan setakat tingkatan tiga sahaja.
Adakah dia menerima lamaran pemuda kampung bernama Ipin seperti yang dikehendaki oleh bapa Jamilah?
Ikuti juga bagaaimana layanan abang dan kakak Jamilah sesudah mengetahui yuran persekolahan mereka dibayar dengan duit hasil titik peluh Jamilah, adik yang sering mereka buli. Banyak kisah nakal yang dilukiskan mengenai mereka.
Cerita ini berlatar belakangkan era 80-an di sebuah perkampungan yang baru hendak membangun. Pada ketika itu anak-anak perempuan akan dimomokkan kononnya mereka akan dikahwinkan seandainya tidak lulus periksa.
Bagi mengetahui kesudahan cerita ini, sila dapatkan ia di kedai buku berhampiran anda.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada krew PTS 1 yang bertanggungjawab menerbitkan buku ini.
Kak Nor yang memahami, Ann dan Lia yang bekerja keras. Tak lupa juga untuk Kak Chik, editor buku Dia Istimewa. Saya berpuas hati dengan kerjasama dan sikap anda yang selalu berkomunikasi dengan penulis kecil seperti saya ini.
Jutaan terima kasih dari saya.
4 comments:
HalleBerryMoorey... tahniah. Syukur ke hadrat ALLAH. Akhirnya, anak ke-6 keluar juga. Bukanlah hanya cakap bergegar-gegar macam tin kosong, tetapi habuk pun tarak.
Akak yakin, Halle seorang yang baik dan dirahmati. Kalau tidak, tidak mungkin ALLAH memberi kasih sayang dan tenaga sekuat ini untuk Halle menyiapkan novel terbaru. Bukan senang menjadi emak kepada dua anak kecil yang sedang membesar. Mana nak jaga anak, mana nak tulis manuskrip.
Syukurlah ke hadrat ALLAH. Sentiasa, ya adindaku. Inilah rewardnya atas kelukaan yang adinda alami. Orang kata, orang yang teraniaya akan dibela oleh ALLAH akan nasibnya. Kan dah sah dah. Biarlah orang berdengki dengan kita, tidak ada ruginya. Yang rugi, mereka juga.
Err... ni nak tiru cara Ebriza lak. Nak tukar-tukar novel? Kalau nak, akak nak alamat rumah yang baru lerr... huhu..boleh akak hantar novel Ninja Kunaharo kepada Halle dan juga novel Ajak Kadir bila ia keluar nanti.. huhu..sabo je aku.
Salam adindaku. Ceria-ceria selalu.
Terima kasih atas sokongan akak yang berbakul-bakul itu. Gracias muchoooo... muchooo...
Rasanya elok kita bertukar buku masa book fair nanti la. Lebih senang dan lebih mesra gitu sebab tangan sendiri yang menghulur. Harap akak balik sinilah.
Saya memang dh lama amalkan sikap bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan penulis. Jimat belanja, hehehe.Nanti saya resevere 2 buah buku untuk akak.
Halleku sayang,
Terima kasih adindaku.. tapi book fair tahun ni akak tak jadi turun lerr.. dah bincang dengan anney. Kami turun tahun depan.. huhu.. mestilah sokong. Bukan buat benda tak baik, kan.. huhu..sabo je aku.
Akak nak alamat baru. Yang lama akak ada. Nanti tak sampai lak buku mcm kad raya ari tu kalau akak hantar ke alamat lama... ahakz.. sabo je aku... teruskan usahamu, adikku. InsyaALLAH, boleh setanding ngan Enid Blyton... huhu..
Kak Raina, sedihnya tak dapat jumpa. Kalau macam tu terpaksalah kirim buku tu ke sana. Nanti saya berikan alamatnya.
Post a Comment