Thursday, February 08, 2007

Cubaan 1... 2... 3.

Sedu-sedan masih bertali-temali. Rintik-rintik air jernih masih tidak silu mencemar pipinya. Kamar itu, bakal menjadi saksi permulaan masa depannya. Hidupnya pantas digelar satu perjudian.Untung nasibnya tidak ketahuan. Adakah kelam, gelap likat atau terang, cerah bercahaya? Sama ada duka, lara derita atau bahagia berkekalan hingga ke hujung nyawa?

Mah masih berteleku di atas sejadahnya. Bibirnya yang birat masih berkumat-kamit cuba menzahirkan zikrullah, walau sebenarnya dia tidak mampu menzahirkan dengan kata-kata. Jari-jemarinya yang sudah berkedut dan kecut dimamah usia, masih setia menari-nari mengira-ngira biji-biji tasbih. Setitis-setitis air jernih melaju lagi, lantas tertumpah mencemari hamparan sejadah.

"Mak Mah." Suara lembut gemersik menerjah gegendang telinga tuanya. "Mari saya kenalkan Mak Mah kepada penghuni rumah yang lain."

Mah palingkan wajah yang sudah sedia dihiasi kedut-kedut dan seribu durja itu pada pemilik suara gemersik, gadis bertudung pashmina yang sedang menghadiahi sekuntum senyum pada ulas bibirnya.

Mah masih dingin. Sedingin malam di daerah perbukitan ini. Dingin seperti ketika dia tiba ke rumah kasih ini tengah hari tadi. Sehingga petang menarik layarnya, Mah masih juga berteleku sendirian di dalam kamar asing itu. Malah sampai maghrib merampas takhta senja pun, Mah masih enggan keluar bertemu warga tua yang lainnya.

Kamisah, gadis bersuara gemersik bertudung pashmina itu sudah beberapa kali datang menjenguknya. Setiap kali itulah juga dia membujuk Mah supaya keluar dan bertaaruf sesama warga emas lainnya.Dan setiap kali itu jugalah dia menatang dulang makanan untuk Mah, warga emas yang baru tiba ke rumah kasih itu, setelah dia ditahan oleh pegawai kebajikan masyarakat ketika sedang bergelandangan di kaki lima di kota besar nun di sana.

"Mak Mah... penghuni di sini ramai yang senasib dengan Mak Mah. Jangan Mak Mah khuatir kerana mereka semuanya baik-baik belaka. Mak Mah tidak akan terasing di sini. Percayalah..." Kamisah tersenyum lembut. Perlahan-lahan duduknya dilabuhkan di sisi Mah. Dia ikut bersimpuh di atas lantai. Wajah Mah yang masih durja itu direnungi seketika.

Kamisah menghela nafas dalam-dalam. Ah... cabaran yang biasa.

Sejak Mah didaftarkan di rumah kasih ini beberapa jam yang lalu, belum sekalipun dia mendengar suara Mah. Tidak pernah. Cuma dia tahu nama wanita gelandangan itu daripada kad pengenalannya. Itu pun kad pengenalan lama yang sudah lunyai dan sepatutnya sudah ditukar lima belas tahun yang lalu.

"Baiklah, kalau Mak Mah tidak bersedia untuk berjumpa dengan penghuni lain, tidak mengapa. Mak Mah berehatlah. Kalau Mak Mah perlukan apa-apa, saya ada di asrama di belakang rumah ini." Kamisah bingkas dan mula menapak hendak meninggalkan wanita tua itu.

"Uuh... erk... erk... uuuh." Tiba-tiba Mah bersuara. Kamisah berpaling pantas ke arah Mah. Tangan Mah terawang-awang mengisyaratkan sesuatu.

Mah bisu!


p/s : Cuba-cuba menulis dengan bahasa sastera kononnya, ketika sedang otak buntu dan...

11 comments:

ZaKiN said...

uiksss.. menarik.. saya cuba belajar dari penulisan akak.. tapi naper otak nih gagal berfungsi.. uwaaaa... cedeynya..!!!

Akak tima kasih arrr..

Unknown said...

Menarik kaaa? Muahahaha...
Entah mengapa tadi malam di saat otak jammed, jemari ini terasa gatal dan miang. Maka tanpa sengaja tertaiplah entri merapu meraban ini.

Terima kasih kembali Zac. Maaf kerana daku sedang bersiram ketika kamu menhubungiku lewat senja semalam. Dan maaf juga kerana daku tak bisa menjawab sms itu kerana pascabayarku sudah kehabisan waktu berbicara. Harapa dimaafkan, ya.

Unknown said...

Halle Berry Moorey, akak pun nak belajar cara menulis cam gini. Cara akak Halle tahu lerr... lebih kepada kanak-kanak. Orang tue hati mude... keh keh keh... bila leh buka bengkel? Tak sabar nih!

karl Firdaus said...

Bisu rupanya ,Mak mah tuli tak ? Bukan apa Una rasa kesian pulak kat si Kamisah tu dah berjela jela dia pet pot pet pot ...........rupa rupanya Mak Mah tak dengar sepatah haram pun ... kesiankan ..

Lagi satu... macam gini rupanya orang berotak sebu ... kalau tak sebu agaknya boleh jadi novel .. pandai menulis ..Una betul betul teruja dengan cara penulisan Halle ... boleh ajar tak ?? Betul kata kanda Raina tu ... bila nak bukak bengkel ... kalau dah bukak bengkel tentunya perlukan secretary ... Una ada experience tau .... boleh apply kerja dengan Halle .................heeeeeeeeeeee

Unknown said...

Kak Raina,
Aduhai. Mana yang menariknya? Ha ha ha. Cuba perhatikan betul-betul, ada yang tak logik tuuuu. Saya pun tak berapa pandailah, kak oi. Kalau nak belajar, tu pada Kak Zalisa dan Kangaq. Mereka tu sesuai sangatlah.

Una,
Kesiankan si Kamisah tu. Hah... itulah kalau orang tengah mereng, main tulis je. Sebenarnya tak tau cerita apa yang ditulis tu.
Nak apply secretary? Tak de vacancy tu. Jadi maid nak tak? hehehe...

Mersik said...

Alahaii.. baru jek pokcik nak belajar sedu sedan.. hik hik

Unknown said...

aininnaufal, tak payahlah nak merendah diri, macamlah kak tak tahu siapa dia yg sebenar!

zaki zainol aka kangaq said...

ya... ya! kak zalisa betul!

echeee... memalu pulak dia...

ehehe...

Unknown said...

Kak Za,
Laaa... macam yang akak tau, saya memang rendah. Keh.. keh.. keh.

Kangaq,
Aik... baru tau yang aku ni pemalu? Har har har.

ayu_mkay said...

belajar ke hapa namanyer nih.. dah tahap bleh mengajar dah ni. ermmm cam opah de tanya, bila nak bokak bengkel? tingin gak nak turut serta menuntut ilmu.

pstt.. novel baru ekkk..?

Unknown said...

Kak Ila,
Iyeee... baru belajar. Jadi tak boleh buka bengkel lagi. Novel baru? Eh... taklah. Saja gatal-gatal tangan jeee.. betul!