Wednesday, February 28, 2007

Tiada Judul


Senjalakala menarik layar
Rona jingga bertebar
Menyimbah wajah sang dara
Yang setia bersimpuh di anjung rindu
Membilang detik yang cemburu
Menanti arjuna memapah sendu
Yang bertamu menyongsong di rongga waktu

Ufuk barat tinggal remang
Layar malam menggilir waktu
Resah menjalar membunuh sukma
Sang dara pasrah dalam pelukan malam
Sedang jejak arjuna masih samar

Malam pekat gelap likat
Memamah selembar harapan
Yang hampir lunyai didakap zaman
Dan embun yang mula menitis
Seolah menangisi sebuah mimpi
Yang hanya tinggal juraian pilu
Pantas menjerut hati yang layu
p/s : Kak Zalisa, lulus atau gagal?

6 comments:

zalisa maz said...

Laaa... pasai apa tanya kak? Sepatutnya u hantar ke UNIKA. Ada guru yg lebih berwibawa di sana. Pi lah hantaq sana. Buang rasa rendah diri tu. Mencuba apa salahnya.

Ainin Naufal said...

Hantar kat Unika? hehehe... belum layaklah. Puisi yang antiklimaks ni. Sudahlah tu, ada klise pulak. Hehehe...

ez said...

Saya suka puisi ini. Tahniah :)

ayu_mkay said...

sedap di baca sekaligus sedap di dengar bila yang membaca pandai mengalun iramanya :).

tahniah..! percubaan yang harus di teruskan klu idak bakat tu terpendam, sayang dong sis :D.

Ainin Naufal said...

Kakak Senama dan Kakak EZ,
Hmmm... tak sangka ada juga orang yang suka. Ni yang bersemangat nak asah bakat ni. Jangan boring kalau entri lepas ni asyik keluar puisi saja. Siapa suruh puji-puji. :P

umaq_eiman said...

ngeh ngeh sekali lagi..
buat laa tajuk dia..
gadis tak laku ok gak kot...
jgn mare..
tak pun anak dara ditepi muara