Wednesday, March 07, 2007

Budak Lembik - Aku Ingin Pulang!

Malam itu adalah malam yang menyeksakan bagi Syafiq. Dia berkongsi khemah dengan Muaz yang berbadan gemuk dan kuat berpeluh. Sudahlah begitu, Muaz tidak gemar mandi.

Bertambah malang lagi, dua orang rakannya yang lain tidak mahu tidur bersebelahan dengan Muaz yang baring di bahagian tepi sekali. Awal-awal lagi Badrul dan Zaid sudah mengambil tempat mereka. Mereka baring bersebelahan. Susunan mereka bermula dari sebelah tepi kiri sekali iaitu Muaz, Syafiq, Zaid, dan Badrul.

"Muaz, awak tidur di sebelah tepi sekali," arah Badrul.
"Saya tak kisah tidur di sebelah mana pun." Muaz tersengih-sengih.

Aduh... mengapa sebegini malangnya nasibku! Syafiq terasa ingin menjerit.
Malam itu Syafiq dihimpit oleh Muaz yang berbadan besar itu. Khemah mereka sepatutnya selesa dengan empat orang di dalamnya. Tetapi badan Muaz saja sudah mengambil separuh dari tempat pembaringan Syafiq.

Sudahlah begitu, Syafiq terpaksa menahan bau badan Muaz yang sama seperti tidak mandi tiga hari. Syafiq cuba mengiring ke kanan, menghadap Zaid. Dia cuba melelapkan matanya. Setelah agak lama dan matanya hampir terlelap, tiba-tiba kepala Zaid melentok ke bahunya. Syafiq cuba menolak kepala Zaid, tetapi malangnya Zaid kembali melentok lagi.

Syaitan mula berbisik-bisik ke telinga Syafiq supaya meluku saja kepada Zaid yang terlentok-lentok macam ayam kena sembelih itu. Namun Syafiq lekas-lekas beristighfar. Syaitan-syaitan itu agaknya kecewa apabila Syafiq akhirnya membiarkan kepala Zaid terus terlentok di bahunya. Dalam masa yang sama, tubuh gemuk Muaz terasa semakin menghimpit Syafiq. Ditambah pula dengan bau badannya, ahh... sangat menyiksakan.

Syafiq cuba tidur. Setelah agak lama, dia terasa bahunya basah. Dia menolak sedikit kepala Zaid lalu meraba bahunya dan lantas menghidu jarinya.

"Ceh... air liur!" Syafiq benar-benar hendak termuntah. Lekas-lekas dia mengelap tangannya dengan baju yang dipakai oleh Zaid dan Zaid langsung tidak sedarkan diri ketika itu.

"Argh... malam yang penuh penyiksaan!" Syafiq terasa hendak menangis. Dia cuba menelentang walaupun terlalu payah kerana tubuhnya dihimpit oleh Muaz dan Zaid.

Dalam kepayahan, Syafiq cuba juga melelapkan mata. Namun baru saja dia hendak terlelap, dengkuran Badrul pula terasa seolah-olah menggegarkan khemah mereka. Bunyi dengkuran Badrul kedengaran berekor-ekor. Sangat membingitkan. Terasa mahu saja disumbatkan mulut Badrul itu.

Malam itu dengan penuh penyiksaan, Syafiq terpaksa menadah telinga mendengar dengkuran Badrul yang bersenandung semalam penuh syahdu. Juga menikmati aroma 'istimewa' daripada Muaz de toilete dan tidak lupa, lentok-lentok manja Zaid yang seperti ayam hampir putus leher.
Alangkah enaknya kalau ketika ini dia berguling di atas tilam empuk dan bantal lembut di rumah. Syafiq hampir tersedu. Aku ingin pulang!

11 comments:

Pawana Malam.. said...

hehhe...
assalamualaikum kak aininnaufal..

jd ngntuk pulak baca last sentence entry ni..hehhe

gudnite..hehhe

ayu_mkay said...

satu lagi karya kreatif bakal menemui kita semua..!

cepatnya dah kuar buku baru. emmmm camne leh dapat ilham cepat, tepat & padat cenggitu ekkk..?

AN, bokaklah kelas nulis buku..leh ler akak jd anak murid.

Ainin Naufal said...

pawana,
Perenggan terakhir tu sengajan ditulis supaya pembacanya terasa nak kroh... kroh...kroh. :P

kak sama nama,
Hohoho... manuskripnya pun belum siap lagi, kak oi. Inilah kerja penulis, setiap masa tak kira masa masak, makan, mandi, masa nak tidur pun kepala ni tak boleh rehat berfikir cerita apa pulak nak tulis lepas siap satu buku. Huuu... penat tau. Masa tidur je boleh berenti berfikir.

Nak buka kelas ni kena cukup ilmu. Kalau sekarang buka kelas, alamat le ajar ajaran sesat. :P

blackpurple said...

Itu petikan karya terbaru ek.. :)

Ainin Naufal said...

"BP, ya begitulah kira-kiranya. Ehehe," jawabku sambil tersipu-sipu malu.

umaq_eiman said...

ngeh ngeh ngeh sian,,,
mujurlah semua penyakit tuh tak dihidapi oleh saya,...

Ainin Naufal said...

Umaq, alhamdulillah kerana terhindar dari penyakit itu. Kalau tidak, alamat meranalah member serumah. He he he...

Yang bernama Siti said...

Salam Ainin,
Malam tadi sebelum tidur akak ceritakan cerita ini pada mak akak. Terkekeh-kekeh dia ketawa. Pandai Ainin bercerita. Akak suka gaya bahasa Ainin.

Anonymous said...

Kak Siti,
Terima kasih kerana singgah. Seronoknya saya kerana tulisan saya yang tak seberapa ni boleh hiburkan hati orang lain. :D

~ Ainin Naufal ~

Panaharjuna said...

Hmm...watak-watak ini seperti pernah kudengar dan mesra.., tapi dimana ya?

Ainin Naufal said...

Panah,
Aku rasa engko kot. :P