Tuesday, March 27, 2007

Aduhai... Pak Basir!

Rumah kami rumah pertama di simpang tiga, di dalam kawasan kebun kelapa yang dulunya diselangi dengan tanaman koko, mendepani kebun pisang, yang dulunya ditanam dengan kelapa sawit. Di seberang jalan, sawah bendang saujana mata memandang.

Jiran terdekat kami, Pak Basir namanya. Selalu lalu-lalang melalui jalan di depan rumah kami. Ya, kerana memang itulah laluan keluar masuk ke lorong ini.

Pak Basir pandai bergaya orangnya. Berpakaian kemas sentiasa. Kadang-kadang bercelana dan berkemeja. Side pakaiannya tajam sentiasa. Kalau bergeser boleh luka agaknya. Sepatunya kilat berkemilau. Bikin mata jadi silau.

Kalau kami tegur Pak Basir segak, dia cuma senyum galak. Kami tanya Pak Basir nak ke mana? Jawabnya, nak jumpa YB di pekan sana.

Adakala Pak Basir berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Kami tanya Pak Basir nak nikah? Jawabnya, ada sultan nak dirafak sembah.

Adakala Pak Basir bercelana dan berkemeja T, lengkap dengan vest TV5, dengan kamera siap sedia. Bertopi molek menutup kepala. Kalau kami tegur, Pak Basir nak ke mana? Jawabnya, ada kenduri di kampung sana.

Mana-mana majlis keramaian, pasti di situ ada Pak Basir. Klik, klik, sana-sini. Ditanya mana gambarnya? Jawabnya, belum dicuci. Ramai yang kata, kameranya tak ada filem, cuma diisi bateri. He he he... ramai yang tertipu, posing setengah mati, rupa-rupanya posing free.

Kadang-kadang Pak Basir lalu, berpakaian kemas macam selalu. Sepatu berkemilau, bikin mata silau, tapi sorong motosikal sambil pakai kaca mata hitam. Kalau kami tanya, motor rosak? Jawabnya, tangki kosong tak ada minyak.

Kami he he he he, tayang gigi.

13 comments:

ayu_mkay said...

pak basir o pak basir
lagaknya spt org popular
tapi citer pak basir
membuat aku berfikir
normalkah kau wahai pak basir

:D

Ainin Naufal said...

Pak Basir bukan saja popular di kampung, tapi dalam daerah kami juga. Dia memang normal, tapi biasalah... ada 'gilernya' juga.
Banyak orang kan banyak ragamnya. He he... yang elok jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.

Mersik said...

Itu macam kalu kirim salam jek ye sama Pak Basir, kalau kalau ada masa pokcik mau ajak dia ngeteh2, tentu banyak cerita mau dibualkan.. maklom laa sama2 bergaya kekekek alahaiii

manjlara said...

laaa...rupenye kamu kenaller ngan pak basir ni! ingatkan aini tengah wat promo buku baru hehehe... tp klu wat buku pon, ok gak ni ahaks! alamat melopong lagiler mulut bebudak tuh mentare nak katam :D

MYA MARJA said...

Wah, sudah banyak rupanya Dik Nin tulis buku! Ada lagi tak selain terpapar di sini?

Pak Basir itu ada di mana-mana, di tempatku mencari rezeki ini pun ada orang seperti itu...

MaNiQ KaYaNgaN said...

wah pak basir.. terguder membaca aksinya.. huhuhu.. nak gak kuar dating ngan dia.. ekekkeke

Anonymous said...

Mersik,
Kalau ngeteh dengan Pak Basir ni, memang kenalah dengan pokcik tu. Boleh tahan secawan teh dari pagi sampai petang. Jangan malu nak buat appointment dengan dia. :D

Kak Lara,
Kalau buat cerita memang ummph, cuma nanti takut Pak Basir terasa. :)

Kang Mya,
Selain yang terpapar di sini memang ada. Cuba Kang Mya tengok-tengok di pusat sumber sekolah atau perpustakaan awam, mungkin ada. Cuma penerbitnya bukan yang 'itu' tu. :P

Maniq,
Nak kuar dating dgn Pak Basir. Uuish... tak payah leeee. Macam langit dengan bumi nanti. Kes... kes... kes...

Anonymous said...

Ooops, sori. Anonymous itu tuan punya blog leeee...

~^^ Ainin Naufal ^^~

Sastri said...

salam... :D hari tu jalan2 di MpH, Blackie ada tunjukkan buku hasil nukilan Ainin Naufal...

teringat kat seorang tua seperti Pak Basir di kpg Sas... kadang2 lucu melihat tingkah lakunya...

blackpurple said...

Ha ha ha.

Pak Basir sesuai jadi badut...

Ainin Naufal said...

Sastri dan Blackie,
Aik... macam berjanji-janji pulak. :D

Itulah ragam manusia. Kalau tak ada manusia sebegini, tentu bosan hidup kita.

ez said...

Orang seperti Pak Basir membuat kita tak kering gusi.

Anonymous said...

Kak EZ,
Betul tu. Setiap orang kan ada gunakanya masing-masing.

~Ainin Naufal~