Monday, April 02, 2007

Cakap Ayam, Cakap Itik dan Aksi Stunt.

Hari ini, seperti yang dijanjikan, kontraktor datang ke rumah kami kerana mahu membaiki kerosakan yang kami adu sejak... entah, lupa sebab dah lama sangat. Hmm... hari ini baru terhegeh-hegeh datang.
Datang bersama kontraktor Cina itu, dua pekerjanya, seorang dari Tanah Besar China dan seorang lagi jejaka dari Tanah Seberang.
Dua pekerja itu ditinggalkan oleh ketua mereka. Maka bermulalah kerja-kerja mereka. Ukur-mengukur, potong-memotong.
Sampai waktunya mereka bercakap-cakap, berbincang-bincang. Seorang, "cong ceng ceng cong", sambil tangan terawang-awang menerangkan sesuatu. Seorang lagi, "begini loh, anunya dibikin begini," sambil tangan turut terawang-awang menunjukkan tingkap yang akan dibaiki.
Tidak lama kemudian, "Aduh, susah betul. Saya cakap lain, dia buat lain." Pekerja jejaka Indon tu bersungut-sungut sambil geleng-geleng kepala. Kemudian dia ketawa.
Tidak lama selepas itu, masing-masing sibuk agah-agah abang dan adik yang sejak tadi sibuk-sibuk menonton kedua-dua pekerja itu melakukan kerja.
Yang seorang, "harg... harg... ceng cong cong ceng," sambil ketawa melayan si abang dan si adik.
Yang seorang lagi, "hayooo... jaga-jaga, saya mau kejar," sambil konon-konon mahu menangkap dua budak kecil itu.
Si abang dan si adik pun bukan main seronok lagi bermain dengan kedua-dua pekerja itu, walaupun mereka tak faham bahasa yang dituturkan oleh kedua-dua pendatang asing itu.
Kami pula, "Hmmm... kalau asyik main dengan budak-budak tu, bila nak siap kerja."
Setelah puas mengukur-ukur dan berbincang dengan bahasa ayam-itik, mereka pun mengambil tali keselamatan. Kerja-kerja pun bermula. Tapi... mak oiiii! Bahaya sungguh! Ambil tali keselamatan, tapi kedua-duanya cuma buat kerja sambil bertenggek di atas tempat aircond di rumah kami di tingkat tujuh ni. Tali tadi cuma tergeletak di atas lantai. Aksi maut ala-ala aksi stunt. Yang si mamat Indon ni paling ngeri sekali. Betul-betul mencangkung atas tebing! Kalau dijentik sekali, sah-sah melayang ke bawah. Yang dari Tanah Besar tu pulak, kakinya terjuntai-juntai keluar dari tingkap bilik kami. Tangan berpaut sedikit pada grill.
Takut juga kalau si abang atau si adik pakat-pakat geletek kedua-dua pekerja tu. Nahas jawabnya.
Kami tarik nafas lega sebaik sahaja mereka menyiapkan kerja. Fuuuh...!

10 comments:

MYA MARJA said...

Wah, duduk kondo ya? Adik dan abang itulah yang namanya Ainin dan Naufal.. (he he)

ayu_mkay said...

ayam ke itik ke.. pokoknya kerjanya siap pak..heheheh

Ainin Naufal said...

Kang Mya,
Kami duduk di pangsapuri biasa, bukan kondo. Kalau kondo rakyat, kami mampulah. He he...
Adik dan abang tu memang nakal.

Kak Ayu,
Alhamdulillah kerja beres. Cuma belum tahu hasilnya macam mana, sebab harus ditest dengan hujan. Kalau bilik kami tak banjir lagi, baru OK. Duduk pangsapuri, tapi kalau hujan lebat, bilik boleh banjir. Kan pelik tu?

manjlara said...

Isy klu digeletek, harus pekerja tu akan b'tukar menjadi superman agaknye kn?
p/s - owh, aininaufal is based on 'true story' abt aini+naufal lah ye! hehehe..

blackpurple said...

Tak usah bimbang. Mereka itu pakar...he he he..

Ini kes kebocoran bumbung ek... :)

Ainin Naufal said...

Kak Lara,
Kalau jadi superman oklah jugak. Ini Suparman jeee. Ya, true story. He he he...

BP,
Pakar,pakar juga. Tapi mesti safety first. Orang tu tak ngeri, kita yang seram. Kami mana ada bumbung. Bumbung kami adalah lantai rumah atas. Tingkap kami yang bocor, sebab design rumah ni tak ada beam. Sebab tu le mamat-mamat tu datang nak buat beam olok-olok. :(

cikin said...

erm..maybe 2org pekerja tu antar stuntman cicakman kot. heheh.. :D

Ainin Naufal said...

Cikin,
Ye tak ye jugak. Agaknya diorang tu memang stuntman le kot. He he he...

Sastri said...

Dorang dah biasa buat kerja mcm tu sampai tak terasa gayat dah... Kita yg tengok palk rasa ngeri semacam kan?

Ainin Naufal said...

Sas,
Ngeri dan seriau. Berderau... sume ada tau.