Friday, April 06, 2007

Sekuntum Cinta


Redup matanya
nyaman di hatiku
Senyuman merekahnya
pelangi duniaku
Mersik suaranya
irama melankolik dalam jiwaku.

Sejambak kasih sekuntum rindu
Gubahan cinta untukmu.

13 comments:

blackpurple said...

Comelnya puisi itu secomel dua ekor haiwan yang sedang berkasihan itu :)

Mersik said...

Ada sesapa sebut mersik ka? Uii tersedak2 pokcik dibuatnya kekek alahaiii..

Ainin Naufal said...

BP,
Rasa-rasanya haiwan-haiwan tu lebih comel dari puisinya. :P

Pokcik,
Alamak, tersebut nama pokcik ker? Baru kini daku perasan. Nak kena bayar royalti ker? :P

david santos said...

Hello!
Very good. thank you
have a good weekend

Sastri said...

awwww.... comelnyerrrrr... teringat plak kat lagu M.Nasir ~ Raikan Cinta... :D

umaq_eiman said...

bila puisi dari hati.
seni berbentuk bunyi.
sangat serasi.
sungguh harmoni.

best ar.. nak lagi.

ayu_mkay said...

tiada kata yang dapat melabelkan kelembutan kata2 puitis itew.. sungguh tersentuh jiwa :)

Ainin Naufal said...

Hello David,
Thank you for droping by.

Sastri,
Rasanya tajuk tu lebih sesuai. tapi malangnya dah dipunyai oleh M.Nasir. Tak best kongsi-kongsi ni. :D

Umaq,
Sesuatu yang lahir dari hati, adalah gambaran emosi.

Kak Ayu,
Lembut ker? hehehehe... TQ.

ez said...

Lembut bicaramu meruntun jiwaku
Halus tegurmu mengikat diriku
Ramah senyummu menawan sukmaku
Sekuntum senyumku membalas cintamu.

MYA MARJA said...

Mekarkan senyummu
pada redup takdir
dan panas gelora
uji dan duga
pasrah...

Seredup pandangmu
alirkan sejuta harap
pada rahmat tuhan
damai..

Dakap erat
pada cinta yang dikau hasrat
bersimpul kejap.

Mya Marja.

(Dik Nin, nak masuk blogmu terlalu slow...)

Anonymous said...

Kak EZ dan Kang Mya,

Seuntai lafaz
mematri cinta
sebuah hakikat sudah terikat

Sebuah hantaran
permata kasih
tertitip seiring ijab

Sekuntum cinta
seraut sayang
pengubat lara di kala
badai menggila

Nur kasih menyala sudah
berderang di mahligai impian

Moga kekal begitu.

p/s : Kang Mya, agaknya sebab blog ini terlalu sarat dengan 'bendasing'. Nanti kan kubuang dikit. :P

~ainin naufal~

MaNiQ KaYaNgaN said...

huhuhu.. jiwang jap!! cam best jar puisi nih.. nasib dah lama bersara dari ruangan puisi kalo tak bley mintak serangkap 2 rangkap...

Ainin Naufal said...

Leeer... nape bersara? Awak lebih hebat kalau berpuisi.