Sunday, February 18, 2007

Cuti Datang Lagi.

Tahun Baru China, Kuala Lumpur bercuti sehingga hari Selasa. Sedih, tak dapat balik bercuti di kampung. Sudahlah begitu, kami tinggal tiga beranak saja di rumah. Bosan!

Apabila terkenangkan kampung, fikiran menerawang mengingatkan suasana desa ketika ini. Tentu padi sedang naik. Keranji di dapur mak juga tentu penuh dengan kuih bakul, limau Mandarin, kacang goreng, laici dalam tin, nata de coco, kek dan kuih bakar cina.

Di kampung kami cuma terdapat dua keluarga Cina. Setiap kali menjelang tahun baru, merekalah yang penuhkan keranji mak dengan juadah wajib mereka seperti kuih bakul dan limau.

Menjelang hari raya puasa dan hari raya korban, giliran kami pula yang menghantar ketupat rendang dan kuih-muih ke rumah mereka. Ada masanya mereka akan membalas pemberian kami dengan laici dalam tin atau nata de coco dan kacang goreng sepeket dua.

Di kampung kami, kaum cina memang menjaga hubungan baik dengan kaum Melayu sejak berpuluh-puluh tahun lampau. Pada zaman Jepun dulu, mereka sering meminta bantuan daripada keluarga Melayu bagi menyelamatkan diri dari ancaman komunis. Berhari-hari mereka tinggal bersembunyi di rumah datuk nenek kami. Sampai ke anak cucu mereka masih merasa terhutang budi.

Dulu ada beberapa keluarga Cina yang menetap di kampung kami. Tapi sekarang ramai yang sudah berhijrah ke kawasan pekan. Dua keluarga yang masih ada itupun hanya dihuni oleh generasi lama. Generasi baru sudah bertebaran ke bandar atau paling tidak pun ke pekan berhampiran.

Tidak lama lagi, pasti tidak akan ada lagi keluarga Cina di kampung kami. Dan kami pasti tidak merasa lagi limau mandarin percuma dari Ah Her dan Ah Tee.


9 comments:

zaki zainol aka kangaq said...

di aloq staq, kat sebuah kedai mamak (nasi kandaq baek punya...), sekiranya pada petang makan besar, penuh ditempah keluarga-keluarga Cina.

dan aku pun heran, selalunya, makan besar ni, disaji makanan tradisional kaum Tionghua, Ini pegi bantainya pekena nasik kandaq! Ada ka patut? Ekeke...

Malaysia menjadi melting pot yang unik.

karl Firdaus said...
This comment has been removed by the author.
karl Firdaus said...

Kalau ditempat Una lain halnya .... Cina bertebaran sana sini .........kalau berjalan kita akan jumpa seminit satu ........

Unknown said...

Bak sikit kuih bakul!

Unknown said...

kangaq,
Agaknya cina kat Kedah suka makan makanan mamak daripada makanan kaum mereka. Aku rasa, memang patut... ye, patut. Macam cina Kelantan yang gian kalau tak jumpa budu 2-3 hari.

Karl,
Ye, ye. Tak heran sebab S'pore majoritinya cina. Melayu cuma minoriti. Kau pun tak separuh darah Melayu.

Kak Raina,
Hehehe... tahun ni tak rasa kuih bakul sebab tak balik kampung. Dulu memang makan kuih tu, tapi sekrang rasa ngeri pulak nak makan. Apatah lagi bila nampak anjing nyonya tu berkeliaran kat keliling pengukus kuih tu. Nyonya tu masak kuih kat laman rumah dia.

Unknown said...

Halle, akak pun faham. Dulu, memang kami sekeluarga pergi meraikan CNY di rumah sahabat-sahabat berbangsa Tionghua. Tetapi, setelah memahami ilmu agama sedikit, kami sambut... sambut juga tetapi bukan di rumah mereka. Kami pergi ke KFC atau ke restoran Melayu. Mudah walau pun adat budaya semakin lama semakin hilang.

Unknown said...

Kak Raina,
Keluarga kami tak pernah pergi rumah mereka. Cuma bertukar-tukar juadah je bila tiba perayaan masing-masing. Mana-mana yang meragukan, kami tak makan. Ada juga orang kampung yang datang rumah mereka dan mereka hanya dihidangkan dengan limau,kacang goreng dan air kotak je.
Hmmm... semuanya tinggal kenangan.

ayu_mkay said...

alahaiii 2 keluarga jerk yg ada dik.. klu kt tmpt akak, pekan tu penuh ngan kaum dia.. bila depa raya kedai sumer tutup..kita lak yg susah..sabor jerk!

apa pun bestkan dpt jiran yg baik hati tak kira kaum..

Unknown said...

Kat pekan memang melambak kaum cina. Tapi kat kampung kami cuma ada 2 keluarga jer.