Friday, February 02, 2007

Macam Orang Gaji


Tengah hari ini, sedang saya baru sahaja selesai menyuap putera dan puteri makan, saya dikejutkan oleh ketukan yang bertalu-talu di pintu. Saya pun terkocoh-kocoh meletakkan pinggan ke singki lalu bergegas-gegas membuka pintu. Agaknya orang pemaju datang nak baiki kerosakan pada bilik air saya, kerana sudah lama kami buat komplen.

Aduh… gawat ni! Takkan saya nak benarkan orang itu masuk kerana ayah putera dan puteri sedang solat Jumaat. Kontraktor yang datang biasanya adalah warga Indonesia. Maka dalam keadaan kalut-kalut itu, saya pun bukalah pintu.

Tercegat di depan grill saya seorang pemuda Cina.

“Saya nak buat banci supermarket.” Pemuda Cina itu pandang saya yang cuma berseluar panjang kotak-kotak (dah ada tampalan di sebelah tepi, sebab dah koyak) berharga RM7 yang dibeli di GIANT tiga tahun lalu, bert-shirt lusuh dan longgar saiz L dan muka macam tak pernah jumpa cermin setahun.

“Nak buat apa?” Saya mahukan kepastian.

“Tuan rumah ada tak? Saya nak buat banci supermarket.” Mata pemuda Cina itu melilau-lilau ke dalam rumah saya. Dia mencari ‘tuan rumah’ agaknya. Saya tahu kalau jumpa ‘tuan rumah’ pasti banyak strategi yang keluar dari mulutnya.

“Oooo… tuan rumah tak ada. Kerja.” Muka saya serius. Putera dan puteri pun dah mula sibuk-sibuk nak panjat grill yang sentiasa dikunci itu.

“Ok… tak apa.” Pemuda Cina itu berlalu pergi.

Kah kah kah… akulah tuan rumah tu! Muka aku ni sebiji macam muka orang gaji agaknya. Saya senyum sendiri. Biasalah, ada masanya datang mood nak melawa, dalam rumah pun pakai gincu. Ada waktu-waktunya rumah dah jadi macam longkang terbalik, takkanlah nak melaram dalam rumah pulak.
Mujur juga putera dan puteri tak panggil-panggil saya, “Ibu… ibu.”

Kah kah kah! Tanpa bersusah payah, saya selamat dari di ‘goda’ oleh pemuda Cina itu.

6 comments:

ZaKiN said...

uikss.. dah rumah baru. Cantiknyer... huhuhu.. Sori kak lama tak datang sini. Klakornya akak nih.. gelak org.. pas nih kena la pakai selalu cengitu.. hohoho..

Unknown said...

Aduh, terkena aku sebijik... ahakz... sabo sabo.. lepas ni tak leh ler nak pakai gincu kat umah dah... huhu... Yelah, nasib baik anakanda tak panggil ibu... huhu...sabo sabo

zaki zainol aka kangaq said...

Nasib baik yang datang tu pemuda cina, kalau indon kontraktor cmane? mesti hang kena mengorat... ekeke...

Amiene Rev said...

hahahaha.... (tak tahu nak kata apa) :p

karl Firdaus said...

Tongkang terbalik heh ...... kesian budak cina tu ...tuan disangkanya maid..... heeeee

itu sebabnya kadang kadang kita selalu saja underestimate orang lain ...

mungkin lumrah .... manusia memang suka buat andaian.....dan tidak sensitif langsung didalam membuat penilaian .....

Unknown said...

Zac,
Rumah di alam buana pindah, rumah di alam maya pun tukar. Barulah seimbang. Hehehe... gelak jangan tak gelak.

Kak Raina,
Kalau nak pakai gincu boleh saja. Tunggu masa suami balik kerja. Alamak! Baru teringat nak tengok-tengok gincu-gincu yang lama tu. Masih berbatang lagi ke ataupun cuma tinggal bekasnya jeee.

Kangaq,
Tu yang aku takut tu. Pernah sekali tu kontraktor yang datang tu Indon rambut panjang dan pakai subang pula. Gerun akuuuu.... heee!
Sepanjang yang hang tengok aku, ada ka rupa aku macam maid Indon? Kekeke...

Amien,
Hahahaha juga.

Una,
Melampau betul mamat cina tu. Ada ka kita disangkanya maid. Tapi banyak juga baiknya kan? Itulah, buah durian yang nampak menakutkan itu rupa-rupanya sedap! Hehehehe