Monday, March 19, 2007

Seharian Pada Hari Khamis

15/3/07 - Khamis.
12.00 tengah hari - 1.00 petang.
Selama satu jam saya bersiaran di Putra FM 90.7 di UPM, Serdang. Selama satu jam itulah saya mempromosikan novel Melah Melia secara live. Tapi frekuensinya kecil. Kawan-kawan tak dapat dengar. He he... elok juga, manalah tahu terlajak kata macam aktres kita tu. Tapi syukur semuanya berjalan lancar. Kering air liur juga saya dibuatnya. Walaupun DJ baru, tapi banyak pula soalannya. Terima kasih kepada DJ Nurul yang comel.
Editor pengiring saya, Lia, terlebih teruja berbanding saya sendiri. He he he. Terima kasih juga untuk Lia yang sangat komited.
1.30 petang - 2.30 petang.
Saya ke Alpha Angel di Wangsa Maju. Sejak berpindah rumah, sudah lama tempat itu tidak saya jejaki. Ke mana lagi nak saya tuju kalau bukan ke kedai buku. Dah lama tak skodeng buku sendiri.
Sampai di MPH, saya ternampak buku-buku remaja PTS di bahagian rak berhadapan dengan kaunter. Ooh... mereka sedang adakan promosi teenlit sempena cuti sekolah. Buku-buku saya, Melah Melia yang baru saya promosikan tadi pun ada. Dia Istimewa pun ada juga.
Kemudian saya menuju ke rak buku remaja di sebelah belakang. Buku-buku saya pun ada juga di sana bersama-sama buku-buku lain.
Di depan rak kelihatan sepasang remaja lelaki dan perempuan sedang bersembang. Remaja lelaki sedang memegang buku saya, Dia Istimewa. Saya mula curi-cuti pandang apa reaksi dan mimik muka remaja lelaki itu ketika membaca buku saya. Sambil itu saya belek-belek buku remaja yang ada di rak itu.
Remaja berkenaan adakalanya membaca, dan adakalanya bersembang. Topik mereka berkisar tentang sekolah, kawan-kawan dan sesekali mengenai keluarga. Ahh... nakal betul telinga saya! Hehe...
Setelah agak lama, saya cuba bertanya, "Dik, best ke buku tu?"
"Saya baca sekali lalu je, kak." Remaja itu tersengih-sengih.
"Buku tu cerita mengenai apa?" Saya mula menyelidik.
"Mengenai seorang budak yang tak pandai baca, tak pandai kira. Cikgu bengang sangat kat dia dan dia selalu didenda. Satu hari berlaku anjakan paradigma kat dia." Remaja itu menjelaskan dengan panjang lebar.
Mak aii... pandainya budak ni bercakap. 'Anjakan paradigma' tuuu! Sepatah yang ditanya, berjela-jela pula jawapannya. Hmm... maknanya remaja ni fahamlah apa yang cuba saya sampaikan. Hehehehe...
"Adik mudah faham dengan cerita tu?" Sekali lagi saya menyelidik.
"Ok, faham."
Saya tersenyum sebelum beredar dari situ. Sengaja saya tak kenalkan diri sebagai penulisnya. Cuma, adakah remaja itu membeli buku itu? Harap-harap dia beli. Amin.

10 comments:

Amiene Rev said...

Teringat pula semasa zaman saya kembali ke sekolah lama saya.

Karya-karya saya terpampang di dinding sekolah, di dalam kelas-kelas.

Suatu hari saya masuk ke salah sebuah kelas, bertanya kepada junior-junior entah generasi ke berapa di sekolah itu. Meminta komen mereka, tanpa saya memperkenalkan diri saya.

Unknown said...

Banyak kemungkinan kalau kita kenalkan diri. Hmmm...

MYA MARJA said...

Tahniah Dik Nin!

Walaupun dikau juniorku di sekolah itu, namun dikau seniorku dalam bidang penulisan ini. Ish, cemburunya daku..
(..sekolah itu? Itulah, yang kawanmu curi tebu itu..)

ayu_mkay said...

tahniah AN kerna hasil nukilan mu kian hangat di pasaran. moga sambutanya juga hangaaaattttt.

psttt.. pos kat akak DIA ISTIMEWA satu!

Unknown said...

Mya Marja,
Heh? Sekolah itu. Ha ha ha... senior saya rupanya. Kalau begitu elok saya tanya begini,"Bang Mya ini senior saya di sekolah itu?"

He he he, kecilnya dunia ya, Bang Mya.

Kak Sama Nama,
Hmm... mungkin ada rezeki akak, nanti.

ZaKiN said...

Uikssss.. Rugi arr tak dengar.. Pas nih nak jemput akak la.. hohoho..!! Kak.. Dah abis baca tapi lupa nak komen.. Puas hati sangat baca.. Dapat belajar berguni2 daripada kedua-dua buku tue.. Harap akak akan berjaya erkk..

Mersik said...

Uishh kalau Aininnaufal kenalkan diri lagi bagus, tentu remaja tu akan teruja dan seronok. Sebab penulis sendiri sudi tegur dan bual2 dgn dia..

Kalau abg hensem atau pokcik2 yg belek2 tuu baru byk kemungkinanya kalau menegur kekekek..

(Teringin nak tegur oang, tapi tak de buku.. alahaiii )

Unknown said...

Zac,
Nak jemput akak? Ehehe... sila-sila, jangan malu-malu, tapi akak pulak yang malu. Hehehe.
Gembira kalau awak dapat belajar banyak dari situ.
Kalau ada masa nanti tulislah komen jujur dan kritikan membina. Nak kutuk pun tak kisah, demi kebaikan. Jangan macam pokcik Mersik, diam tahap malu-malu pulak nak komen. Apa daaa...

blackpurple @ jowopinter said...

Menulis bukan kerana nama pun kan.. Apapun tahniah la ek..Terus berkarya, berkarya terus :)

Saya baru mencari stamina untuk membaca 'Adik Datang', SN ASS. He he he.

Unknown said...

BP, nak cari stamina? Baca terus, bila dah baca nanti stamina tu akan datang sendiri, apatah lagi karya SN tu.