Monday, May 14, 2007

Kronologi Balik Kampung

Pagi Sabtu, jam 10.30 pagi, kami keluar dari rumah. Setelah memeriksa kenderaan, kami pun bertolak. Yahoo... akhirnya hasrat nak balik ke kampung yang sering tertangguh tercapai juga. Sewaktu menghampiri pondok jaga... alamak! Lampu signal tak menyala. Tadi Ok-Ok saja, tapi sekarang lain pula ceritanya. Aduh...

Mahu tak mahu terpaksalah saya jadi tukang bagi signal sebelah kiri. Melambai-lambai macam bintang filem pula rasanya. He he he...

Kami singgah dulu di bengkel kereta. Melayang RM50. Jam 11.30 pagi barulah kami teruskan perjalanan balik kampung. Hmmm... pukul berapalah nak sampai ni? Cuaca semakin panas. Tak tahan!

Nasib baik sepanjang perjalanan, lalu lintas bergerak lancar. Cuma cuaca sangat panas. Jam 2.30 petang, baru terlihat sawah bendang yang dah beberapa bulan dirindui warna dan ceritanya. Udara desa dihirup sepuas rasa. Mmm... lapangnya dada.

Mak sambut kami dengan senyum lebar. Dan kami mula duduk berbual-bual, bertukar cerita, melepas perasaan.

Petangnya, adik dan adik ipar pun tiba. Sekali lagi kami ngeteh sambil berborak sakan. Malam itu saya tak turun ke dapur. Biarlah adik ipar tunjuk skillnya menambat hati mak mertua, dan adik perempuan jadi pembantunya. Saya teringin nak bergoyang-goyang kaki saja. Macam mem besar. Ha ha ha...

Esok pagi, kami ke pasar. Beli ikan dan sayur untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Ikan di sini murah dan segar. Sekilo ikan kembung RM5, segar dan lemak manis rasanya. Ikan tuna saiz kecil, RM8 saja sekilo. Semuanya baru naik dari laut. Hajat hati nak beli ketam sekilo dua. Tapi apabila kira kalendar, alamak... bulan gelap pula. Tentu ketam tak ada isi. Batal. Kami beli ikan terubuk dan ikan cencaru saja. Udang dan sotong pun selamat ditimbang. Tak lupa sayur pucuk paku. Secekak gorila cuma seringgit. Berbeza dengan secekak monyet di KL ni. Pucuk malinja seikat cuma 60sen saja. Enak dibuat sayur bening.


Balik ke rumah, kami mula masak. Terubok dan cencaru kami bakar, cicah dengan air asam. Udang, sotong dan ayam kami masak tomyam. Pergh, berapi!

Petangnya, muka mak mula monyok. Apa taknya, sebab kami semua nak bertolak balik ke KL semula. Kalau nak ikutkan hati, memang kami masih tak puas di kampung. Kalau turutkan rasa, teringin terus bermastautin di sini. Tapi apakan daya....

Sehari semalam di kampung, memang tak terubat pun rindu di kalbu. Kami cuma sempat jengah rumah opah sejam dua. Tempat-tempat lain, langsung tak dan.

Jam 8.30 malam, kami selamat tiba di KL semula. Penat.



16 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Nasib baik lampu signal, boleh pakai tangan. Kalau wiper rosak, nak-nak lagi kalau hujan, macamana ? Ataupun horn rosak, tak ke terpaksa menjerit hoi...hoi...! he he he..

Itulah. Sampai di kampung memang seronok, bila nak berangkat balik semula ke bandar itu yang syahdu...Kan ?

Yang bernama Siti said...

Seronoknya boleh balik kampung.

Akak tinggal kat sini, kerja kat sini, raya kat sini, cuti kat sini. Cuma mati nanti belum tau lagi kat mana.

Kat mana pasar yang boleh beli ikan segar tu? Teringin nak pergi. Mana tau satu hari yang cerah, akak dan mak rasa nak merayau ke sana.

Anonymous said...

Orang kerja di kl seronok sesekali balik kampung. orang kampung macam saya seronok sesekali pergi ke kl hehe

Abang Long said...

"secekak gorilla" ..hahahaha ...

"tengok kalendar" ... hehehehe...

begitulah ayat seorang penulis hebat, mudah kata- katanya, tetapi mendalam maksudnya.

ayu_mkay said...

setuju banget ngan abang long. gaya penulisan seorang penulis mmg hebat!

diluk temen nang kampong AN. puas ke? sian mak mu.. rak puas guyon gambek putu ne. tapi orak opolah seksok balik meneng yo.

saridahamid said...

Salam,

Saya cemburu orang lain balik kampung. Saya pula tiap-tiap hari balik kampung...tapi kampung baru, kl hehehe...sedihnya!

Unknown said...

BP,
Itulah dia. Semalam-semalam tak mau rosak. Time nak balik pulak meragam. :(

Syahdu memang syahdu. Rasa nak duduk terus je kat kampung tu. Walaupun menulis kisah-kisah untuk remaja urban, tapi saya berjiwa kampung.

Kak Siti,
Datanglah ke pekan Sungai Besar. Makanan lautnya segar-segar. Pekan kamu terlalu hampir dengan laut. Hanya beberapa meter dari pasar tu dh boleh nampak bot nelayan. Rugi orang tak ada kampung ni. :P

Pak Latip,
Itulah namanya bertukar pengalaman. hehe...

Kanda Long,
Mana ada hebat. Belum boleh masuk level macam tu. Ish... takutlaa.

Kak Ayu,
Kangen urung mari. Kesian makku kan. Terpaksa...

Kak Saridah,
Rugi tak ada kampung tau. Tapi sekurang-kurangnya Kampung Baru pun kampung juga kan. Janji ada 'kampung' depan dia, cukuplah.

khairyn said...

salam bertandang ainin,

sepatutnya di dalam sabbatical ni. minggu exam.

Ah! Seronok balik kampung. Saya? Tumpang cemburu saja. Dulu, kalau rindu aje, terus masuk kereta hidupkan enjin vroom balik kampung. Tak kiralah hari kerja ke hari cuti. Bukan jauh sangat KL-Melaka.

Sekarang tak blhla buat macam tu. Kalau nak balik kena rancang duitnya, masanya lagi. Mungkin 2 tahun lagi baru boleh balik kampung kot? InsyaAllah. Kita merancang Allah yang tentukan.

Unknown said...

salam Khairyn,
Terima kasih kerana sudi bertandang. Kalau nak balik kampung dengan segera, panggil la jin. Serta-serta sampai semula ke Tanah Malaya ni. Kat UK ada jin tak?

Sastri said...

hmm... terasa nak balik kpg lagi laaa... sedapnya makanan laut yg segar kan?

MYA MARJA said...

Kampung dan ibu..
Semuanya sudah berlalu buatku. Waktu indah mempunyai seorang ibu telah lama berlalu dan jauh meninggalkan diri ini; yang tinggal hanya kenangan bersamanya. Setiap saat terkenangnya, setiap kali itu jua hati ini tersentuh.

Kepadamu yang masih punyai ibu, teruskan tradisi balik kampung itu; kerana pabila datang suatu masa sebagaimana yang diri ini alami, dikau hanya akan menghitung kenangan...

Terima kasih atas secuil pengalamanmu itu..

Achik_Sufi said...

wah...bestnya, rase nak blk mlysia lak...rindunye. cam biaseje jumpa gorila...sampai cekak die pun boleh tahu...

DeeN said...

Itulah nikmatnya balik kg, bagi orang yg ada kg. Bagi yg tak ada kg jgn bersedih, cariklah pasangan yg ada kg ataupun keluarga angkat yg dok kg. Tp mungkin takkan sama dengan kg sendiri. kan akak kan..

er.. akak orang kg mana ek? :D

Unknown said...

Sastri,
Memang sedap, alhamdulillah. Sudahlah segar, murah pulak tu. Kalau beli kat KL ni, aduhai... faham2 sendiri laaa.

Kang Mya,
Sudah tentu. Walaupun ragaku di kota, tapi jiwaku jauh nun di desa, kang. Setiap waktu terkenang-kenang seraut wajah bunda yang kerinduan. Terima kasih kerana mengingatkanku.

Achik,
Tak apa, belajar dengan tekun kat sana tu. Anggap coretan ni sebagai sesuatu yg manis dari kampung halaman. hehehe...

nura,
Ya betul. Pandainya! Hehehe...
Marilah datang ke Sungai Besar yang indah permai. Hehehe...

Anonymous said...

Beli ikan pun nak cerita ke? Akekekeke ...

Unknown said...

Sf, aku sesaja nak tayang kat orang KL, termasuklah ko.. ekekeke...