Monday, May 28, 2007

Opah Berpesan....

Dulu-dulu, semasa kami kecil, opah selalu pesan, kalau ‘terbuang angin’ ketika makan, kena basuh tangan sekali lagi. Kemudian baru boleh sambung makan.

Pada suatu hari, adik ‘terbuang angin’ semasa kami masih enak-enak menikmati nasi panas dengan sayur bening, sambal belacan dan ikan pekasam. Kurang asam betul! Memang nak kena budak tu.

Opah suruh adik basuh tangan. Tapi adik buat muka selamba. Opah desak berkali-kali. Tapi adik makan dan terus makan, sampai habis nasi satu pinggan.

Habis sepinggan nasi, baru adik basuh tangan. Inilah cara yang betul. Basuh tangan lepas habis makan. Basuh tangan semasa masih enak makan nak buat apa?

Apabila selesai makan, eh... tak jadi apa-apa pun?

Kenapa opah suruh basuh tangan kalau ‘terbuang angin’ ketika makan?

Misteri sungguh...

p/s : Ada sesiapa yang tahu jawapannya? Sila angkat tangan!

16 comments:

Anonymous said...

Tak nak angkat tangan! Tak nak angkat tangan!

~zalisa maz~

MYA MARJA said...

Makna basuh tangan itu: Pergilah bawa anginmu itu ke tempat membasuh tangan di dapur itu, usah dibiarkan berkeliling di tempat makan. Wallahua'lam.

Yang bernama Siti said...

Misteri betul. Baru pertama kali dengar petua ni. Mungkin betul kata Mya tu. Kalau dia bangun basuh tangan, harap-harap bau tu juga akan ikut dia dan tak ganggu selera orang lain yang tengah khusyuk menyuap tu.

Anonymous said...

Wuwuwuw citer kentut plak dia ni hehehe ...Aku link ko kat blog aku supaya senang nak kutuk2 akekekee

Achik_Sufi said...

erm...adela sebabnye tue, biasenye pesan orang tua2 nie ade benda yang tersembunyi disebaliknya.

aini nak tahu sebabnyake..?

tanya opah ainilah...buatpe tanye achik daaa...!!!

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin, itukan petua, tapi Abang Long ter-musykil, terbuang angin itu untuk bahagian yang diatas ke yang dibawah ?

blackpurple @ jowopinter said...

Ha'ah. Orang tua-tua kampung 'kitaorang' pun macam itu. Ada satu versi lagi suruh cebuk terus.

Mesejnya: Untuk kebersihan dan bebas dari aroma yang tidak menyenangkan kot! he he he

ontahsapo said...

aku rasa sama mcm kalau kentut tu batal wuduk, padahal di'situ' bukan annggota wuduk pun....

banggugar said...

salam,

tumpang lalu ya..

itu.. rahsianya..

biarlah rahsia..

(",)

DeeN said...

ha ha ha ...

hmm.. musykil sungguh ya. Nenet saya plak akan cubit dan menghalau secara sadis apabila ada cucu cicitnya yg terbabas angin jahat itu ketika santap. Kurang budi bahasa dan diplomasi kata beliau. He he ...

Mersik said...

Hik hik pokcik rasalah, itu adalah cara terbaik dan simbolik utk menyuruh si " pelepas angin " tu pergi ketempat lain, untuk menyembunyikan wajahnya yg termalu2.. kekekeke

Apa2 pun kim salam kat Opah ye? hik hik alahaiiii

Unknown said...

Kak Za,
Kalau tak mau angkat tangan, angkatlah kaki. ekekeke...

Kang Mya,
Ye tak ye juga. Tapi cuma angin bijak saja yang boleh mengikut tuannya pergi. ehehehe...

Kak Siti,
Ya, sampai sekarang masih misteri, sbb bila kami tanya kenapa, opah cuma diam. Entah-entah opah pun tak tau jawapannya. Cuma ikut-ikut cakap orang dulu-dulu aje. ha ha ha...

SF,
Apa-apa pun boleh dijadikan modal. Itulah kreatif namanya. Ngahahaha... sila-sila link, jangan segan-segan. Aku pun dh link kau, biar aku pun senang nak kutuk. ;P

Achik,
Dah tanya tapi opah cuma diam membisu aje. he he he...

Kanda Long,
Angin bawah daaaa. Kalau angin atas, tentu awal-awal lagi opah dah halau dan akan kata, "berhenti sebelum kenyang." Ngeeee....

BP,
Kita kan sekaum. Versi tu pun saya pernah dengar juga. Nasib baik opah tak amalkan versi yg tu.

Ontahsapo,
Ontah laaaa... mungkin sebagai denda kot. hihi...

Bang Gugar,
Sila lalu. Nak ke mana tu? Kirim kain pasang sehelai dua. Rahsia tetap rahsia. huhuu...

Nura,
Orang tua dulu-dulu, ada yang terus suruh si pembuang angin 'berkumuh' terus di dalam pinggan masa tu jugak. Heeee...

Unknown said...

Pokcik,
Hmmm... agaknyalah. Maklumlah, dah terjatuh air muka kan? ekekeke...

Sastri said...

hmm... pertama kali mendengar pesanan ini... menarik...

ayu_mkay said...

bukan apa tu nak suh bau tu hilang bila kita bangun cuci tangan. agaknya sbb akak dedulu pun kena camtu gak..heheheh.

Unknown said...

Sastri,
Oo... tak pernah? Hmmm...

Kak Sama Nama,
Hah... akak ker yang terkena tu? huhuuu...