Kembali membuka ruang yang lama juga kutinggalkan. Ruang ini akan sentiasa terbuka, namun kandungannya... entah.
Ada yang bertanya apa tujuan kumenulis di ruangan ini sejak kebelakangan. Sejujurnya aku cuma menulis di ruangan ini untuk menyuntik mood ceria ke dalam diriku sendiri. Untuk apa? Kerana kebelakangan ini jiwaku kusut. Semangat untuk menulis sangat menjauh. Lantas kegila-gilaanku sengaja kupertonton. Dan akhirnya ia sedikit demi sedikit mampu menyenyah rasa sebal dan mengurai kusut dalam hati. Aku sedang cuba kembali bertatih untuk belajar berlari semula.
Dan kegila-gilaan ini mungkin akan kuteruskan. Ha ha ha...
Ini aku punya blog. Maka suka hati akulah...
11 comments:
moga sukses slalu...amin.
Alon alon angger klakon!
Achik,
Terima kasih banyak. Amin.
BP,
Yo, alon-alon.
semoga semuanya akan kembali normal buat kak Ainin...
semoga yang kusut segera terurai.
InsyaAllah.
Sastri dan Khairyn,
Alhamdulillah, semuanya beransur normal. Semoga kamu berdua juga sentiasa 'normal'. hehehe...
Pehal kau ni ainin? hehehe
Teruskan langkah. Patah sayap bertongkatkan bulu pelepah. Ha ha ha...
SF,
Bro, aku 'normal' dah. Ngamuk karang, jadi Hulk pulak. ehehehe...
Kak,
Bulu pelepah boleh tampung orang yang makin rendang dan merimbun nih? hehehe.
Yaaaaaa!!! Semangat inilah yang patut ada pada setiap pemilik blog!!!
Kak Opah,
Bukan sebagai blogger. Lebih penting sebagai penulis.. hehe.. cari makan, sis.
Post a Comment