Monday, February 25, 2008

sepanjang-panjang-nafas-dan-harkat!

Apabila mata ini terlihat semula tarikh entri di bawah, satu tekanan perasaan tiba-tiba muncul berbondong-bondong tak mampu dikawal lagi oleh yang empunya badan. Ahh... tersangat menyampah apabila mengenangkan diri yang tersangat malas melampau ini terpaksa meng-up-date entri yang sudah diibaratkan seperti roti hampir tamat tempoh boleh makan.

Satu tekanan bagi seorang blogger apabila terpaksa dengan relanya perlu menulis entri setiap kali entri lamanya sudah mula berusia melebihi satu minggu. Jadi sebelum ada makhluk-makhluk halus atau kasar mula merajalela menegur betapa lapuknya entri terakhir di blog indah lagi permai dan damai ini, maka lebih baiklah entri ini di-up-date-kan walaupun entrinya sekadar melalut merapu-merapu-merepek-meraban-entah-apa-apa-entah.

Sebenarnya entri ini ditulis sekadar ingin memandu uji tahap kepanjangan harkat dan kepandaian para pembaca mencuri nafas apabila membaca setiap ayat yang ada atau lebih tepat lagi untuk menguji ketahanan saudara dan saudari menahan nafas apabila ada seseorang terlepas ‘angin semilir’ yang semerbak mempesona di dalam lif yang penuh sesak lagi sendat. Seandainya saudara dan saudari berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang-bilang membaca setiap ayat tanpa menarik/mencuri nafas walaupun sedikit pun, maka sahlah saudara dan saudari tersangat layak menyertai Akademi al-Quran di TV9 tidak berapa lama lagi lalu menjadi kebanggaan mak dan bapak walaupun saudara dan saudari adalah orang yang mula-mula sekali tersingkir.

Emm... sebelum ada makhluk yang dengan penuh sopan-santun lagi tragis berlapik-lapik berkias menegur betapa blog ini sudah melewati meraban tahap Gransazer seperti seorang blogger di hujung benua sana, maka dengan ini saya dengan penuh adat mengundurkan diri buat seketika sehingga entri ini hampir-hampir berkulat + lapuk = kulapok.

Cuma sebelum diri ini berjalan berundur-undur menghilangkan diri, ingin sekali diri ini mengongsikan menu masakan yang dimasak secara hentam + keromo + baling + campak = siap.
Dengan ini mempersembahkan, menu alien nation ciptaan diri ini yang menjadi santapan seisi keluarga tengah hari tadi, lalu dihabiskan dengan jayanya sebelum fajar bersembunyi di ufuk barat.

Nasi lobak merah + sup kosong + ayam panggang ummph sebagai menjawab pertanyaan Dewi Sukma dan ingin mengecurkan air liur dan meng-show-off-kan kebolehan diri kepada Cikgu Alias. Muahahaha!

Wednesday, February 13, 2008

aku + dia

aku + dia = kami

6 tahun dulu, aku dan dia belajar dan mengenal erti hidup. Aku mula mengenali dia. Dia belajar melalui aku.

aku + dia = kami

6 tahun dulu, kami menjadi sahabat. Saling meluah bicara, bertukar cerita, berkongsi rasa. Apa-apa saja. Saat kami bersama, mata yang kantuk jadi segar semula. Berbicara bagai tak habis-habis cerita. Berjam-jam lama hingga dinihari menjelma.


aku + dia = kami

Aku menjadi bahu tempat dia bersandar. Dan dia sentiasa sudi menyapu air mataku, tanpa jemu. Aku menjadi tongkat untuk dia terus melangkah. Dan dia menjadi payungku saat hujan membasahi dan terik menyengat ubunan.

aku + dia = rakan kongsi

Dia menutupi kekuranganku. Aku melindung kelemahannya. Dia memapahku tika aku tiada daya. Aku memimpinnya di saat kelam pandangan matanya. Kami seiring jalan menyusuri denai-denai yang dirintangi beribu halangan. Satu per satu kami tempuhi sejak 6 tahun lalu.

Hari ini, aku + dia = masih kami yang dulu


Selamat Ulang Tahun Buat Kami


Monday, February 11, 2008

Menjejak Kenangan

Oleh kerana sahabat lama saya, seorang ustazah yang akan mengendalikan satu program di tempat saya tiada tempat penginapan, maka saya suka rela mengikutnya balik ke kampung. Dapatlah ustaz dan ustazah itu menginap di rumah orang tua saya. Dapat juga saya tumpang ‘saham’ di akhirat nanti.

Girang betul hati ustazah itu sebaik saja menjejak semula ke pekan kecil ini, tempat dia dan saya bersama-sama sahabat-sahabat lain menyambung persekolahan menengah. Menitis air matanya ketika kami tiba di depan sekolah lama kami.

Tambah mengharukan apabila program yang akan dikendalikan oleh si ustaz pula adalah di resort tepi pantai, tempat saya dan ustazah merakamkan memori ketika remaja dulu.


“Lil… aku tak percaya tempat ni dah berubah. Subhanallah! Kat mana batu-batu besar tempat kita ambil gambar dulu?” Nada suara ustazah kedengaran sebak.

“Itu… kat sana. Tapi nampaknya batu-batu tu semua dah tak ada. Orang dah dirikan chalet terapung,” jawab saya. Faham betul saya dengan rasa terujanya waktu itu. Terlalu banyak kenangan yang kami kutip bersama sepetang itu.

Sudilah kiranya kalian menikmati oleh-oleh yang saya bawa dari kampung. Tapi ada seorang kakak yang tak percaya foto-foto ini saya sendiri yang merakamkannya.

Akak, aku merajuk ni. Huhuk!

Sunday, February 10, 2008

Tag Tag Tag

Ada dua tag yang belum dilunaskan. Hari yang bosan ini, kedua-dua tag itu akan kulunaskan. Terima kasih kepada Kak Dewi kerana sudi meng ‘tag’ saya. Juga terima kasih kepada Kak E yang masih mengingati saya. Kalau dia tak ingat, tentu dia tak tag kan? Hehehe….

Tag 1 (dari Kak E)


Mula copy paste dari sini.


Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.

So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!

1-Catsy Carpe Diem, 2- Catsy Downloads, 3-Out of the Blue, 4- A Day to Savor and Relish 5- A Piece of Idea 6- Write Shy 7- Stupid Wise 8- onlinememorylane 9- See Me For What You Will
10- Michelle’s Small World 11. Chez Francine 12. Cronaca13. Le bric à brac de Cherie 14- Life 15- Hanna 16-AngrianiWorld 17- http://umi-e.blogspot.com 18. - http://aininaufal.blogspot.com. 19.- (Letak link kamu di sini ya.)


****************************************************

Macam biasa, mari kita lihat siapa yang kena Tag ini.

  1. Areneez
  2. Cicakgirls
  3. SyifaOleo
  4. Amirul Akmal
  5. Najwa Amira

**************************************************

Tag kedua daripada Kak Dewi.

  1. Name one person who made you laugh last night?
    Err… lupalah. Baru balik kampung. Semua monyok.


2. What were you doing at 0800?
Gosok gigi

3.What were you doing 30 minutes ago?

Lupalah....


4. What happened to you in 2006?

Sah jadi penulis dan editor.


5. What was the last thing you said out loud?

Jangan gaduh! Main sama-sama!

6. How many beverages did you have today?

Sekali.


7. What color is your hairbrush?

Tak ada berus rambut. Sikat adalah.

8.What was the last thing you paid for?

Kad kredit.


9. Where were you last night?

Dalam rumah.


10. What color is your front door?

Putih susu.


11. Where do you keep your change?

Balang kuih raya dan kole besaaarrr.


12. What's the weather like today?

Terik.

13. What's the best ice-cream flavor?

Vanila dan coklat.


14. What excites you?

Coklat dan bunga dan bunga api. Ops!


15. Do you want to cut your hair?

Dah lama merancang tapi belum kesampaian.


16. Are you over the age of 25?

Kenapa sibuk tanya ni?


17. Do you talk a lot?

Kena tanya orang yang pernah jumpa saya. Kekeke…


18. Do you watch the O.C.?

Menatang apa ni?


19. Do you know anyone named Steven?

Steven Chow?


20. Do you make up your own words?

Ya.


21. Are you a jealous person?

Sikit-sikit.

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.

Ahmad Zafran (arwah)

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.

Khairul Hafiz (SF) dan kangaq. kekeke.


24. Who's the first person on your received call list?

Err… sapa ek?


25. What does the last text message you received say?

Oo lagu tu kaa? Ok ok.


26. Do you chew on your straw?

Ya, kalau ia bertukar menjadi jelly atau gula-gula getah.


27. Do you have curly hair?

Nak kata tak ada, ada juga. Nak kata ada, memang ada pun.


28. Where's the next place you're going to?

Ulu Yam kot.


29. Who's the rudest person in your life?

Bekas anak murid.



30. What was the last thing you ate?

Nasi lemak


31. Will you get married in the future?

Berapa kali nak kawin daaaa?


32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?

Dah lama tak tengok walaupun TV.


33. Is there anyone you like right now?

Suka? Tak ada sesiapa.

34. When was the last time you did the dishes?

Pagi tadi.


35. Are you currently depressed?

Tak

36. Did you cry today?

Ya, sebab nyonya kat pasar belum mula berniaga. Masih sibuk duk raya lagi. Ikan tadaaaK. (Inilah kalau terlalu bergantung pada mereka)

37. Why did you answer and post this?
Kak Dewi le punya angkara ni. hehehe


38. Tag 5 people who would do this survey.
1. Kak E
2. Cicakgirls
3. Areneez
4. Syifa
5. Amirul Akmal. (kalau Mirul tak mau jawab tag ni, tak mau kawan. hehehe).



Tak berjaya nak mencantikkan susunan huruf ni. penat laaaa... herot-herot je. Gasak laaa.



Sunday, February 03, 2008

Semoga Kamu Aman Di Sana

Dalam perjalanan pulang dari kampung, satu berita mengejutkan telah saya terima. Rakan penulis, Ahmad Zafran atau nama penanya, Panaharjuna telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Kali terakhir kami berhubung adalah dua minggu lalu. Arwah menyatakan hasrat mahu bertukar buku dengan saya. Arwah ingin memberi novel terbarunya, Merah Budiman dan dia mahukan Budak Unik daripada saya. Walau bagaimanapun saya keberatan kerana ketebalan buku itu tidak sama, begitu juga harganya. Jadi saya bercadang memberinya Melah Melia2 apabila naskhah percumanya saya terima nanti. Malangnya hasrat itu tidak kesampaian. Pagi ini arwah pergi buat selamanya.


Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Al- Fatihah.