Monday, February 11, 2008

Menjejak Kenangan

Oleh kerana sahabat lama saya, seorang ustazah yang akan mengendalikan satu program di tempat saya tiada tempat penginapan, maka saya suka rela mengikutnya balik ke kampung. Dapatlah ustaz dan ustazah itu menginap di rumah orang tua saya. Dapat juga saya tumpang ‘saham’ di akhirat nanti.

Girang betul hati ustazah itu sebaik saja menjejak semula ke pekan kecil ini, tempat dia dan saya bersama-sama sahabat-sahabat lain menyambung persekolahan menengah. Menitis air matanya ketika kami tiba di depan sekolah lama kami.

Tambah mengharukan apabila program yang akan dikendalikan oleh si ustaz pula adalah di resort tepi pantai, tempat saya dan ustazah merakamkan memori ketika remaja dulu.


“Lil… aku tak percaya tempat ni dah berubah. Subhanallah! Kat mana batu-batu besar tempat kita ambil gambar dulu?” Nada suara ustazah kedengaran sebak.

“Itu… kat sana. Tapi nampaknya batu-batu tu semua dah tak ada. Orang dah dirikan chalet terapung,” jawab saya. Faham betul saya dengan rasa terujanya waktu itu. Terlalu banyak kenangan yang kami kutip bersama sepetang itu.

Sudilah kiranya kalian menikmati oleh-oleh yang saya bawa dari kampung. Tapi ada seorang kakak yang tak percaya foto-foto ini saya sendiri yang merakamkannya.

Akak, aku merajuk ni. Huhuk!

9 comments:

khairyn said...

aduh!

gambar2 nya cantik belaka

tapi kenangan tu yang priceless kan kan kan??? hehe

umi_e said...

kenangan akan terus bersemadi dalam diri... apa lagi jika ia merupakan kenangan yang indah apabila diingati membuatkan wajah jadi berseri...

* memang gambar2 tu cantik2 semuanya...

ayumkay said...

kenangan itu memang indah!

dan...

gambar2 itu juga cantik! shoot yang tepat.

:)

mama ranggie said...

cantik gambar tepi laut tu...

blackpurple @ jowopinter said...

Imej-imej yang bernyawa. Tahniah!

Kamera cap apa agaknya ya tu... Siap ada chop bibir yang berlipstik yang mahal tuuu... :D

Nazmi Yaakub said...

sama ada jurugambarnya profesional atau kameranya mahal bangat. :)

Ainin Naufal said...

khairyn,
kenangan itu memang priceless. mana nak cari kan?

Kak E,
Memang akan tersenyum sendiri kalau terimbau kenangan lalu. huuu... adakalanya syahdu.

Kak Ayu,
kenangan masa muda2 dulu memang indah belaka. rindunyaaa.

mama,
pantai tu tempat kami lepak masa SPM. gila betul, tengah periksa tapi kami lepak tepi laut. balik asrama lewat, kena 'dusyum' sekali dengan warden.

BP,
Terima kasih. hehehe.. cap Olympus je.

Nazmi,
cuma jurugambar amatur dan kameranya pun biasa-biasa saja. Olympus digital. dan gambarnya diedit sikit. sebab tu naik seri warnanya. hehehe.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Patut pun hati terusik, Dik Nin! Menyusur pantai kenangan rupa-rupanya. Hati insan penulis memang begitu agaknya. Pantai mana tu? Nak jenguklah balik kampung nanti...eh, entah bilalah aku nak balik kampung?

Ainin Naufal said...

Kang Mya,
Ya salah satunya. hahaha.. terasa diri semakin tua.