Monday, February 25, 2008

sepanjang-panjang-nafas-dan-harkat!

Apabila mata ini terlihat semula tarikh entri di bawah, satu tekanan perasaan tiba-tiba muncul berbondong-bondong tak mampu dikawal lagi oleh yang empunya badan. Ahh... tersangat menyampah apabila mengenangkan diri yang tersangat malas melampau ini terpaksa meng-up-date entri yang sudah diibaratkan seperti roti hampir tamat tempoh boleh makan.

Satu tekanan bagi seorang blogger apabila terpaksa dengan relanya perlu menulis entri setiap kali entri lamanya sudah mula berusia melebihi satu minggu. Jadi sebelum ada makhluk-makhluk halus atau kasar mula merajalela menegur betapa lapuknya entri terakhir di blog indah lagi permai dan damai ini, maka lebih baiklah entri ini di-up-date-kan walaupun entrinya sekadar melalut merapu-merapu-merepek-meraban-entah-apa-apa-entah.

Sebenarnya entri ini ditulis sekadar ingin memandu uji tahap kepanjangan harkat dan kepandaian para pembaca mencuri nafas apabila membaca setiap ayat yang ada atau lebih tepat lagi untuk menguji ketahanan saudara dan saudari menahan nafas apabila ada seseorang terlepas ‘angin semilir’ yang semerbak mempesona di dalam lif yang penuh sesak lagi sendat. Seandainya saudara dan saudari berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang-bilang membaca setiap ayat tanpa menarik/mencuri nafas walaupun sedikit pun, maka sahlah saudara dan saudari tersangat layak menyertai Akademi al-Quran di TV9 tidak berapa lama lagi lalu menjadi kebanggaan mak dan bapak walaupun saudara dan saudari adalah orang yang mula-mula sekali tersingkir.

Emm... sebelum ada makhluk yang dengan penuh sopan-santun lagi tragis berlapik-lapik berkias menegur betapa blog ini sudah melewati meraban tahap Gransazer seperti seorang blogger di hujung benua sana, maka dengan ini saya dengan penuh adat mengundurkan diri buat seketika sehingga entri ini hampir-hampir berkulat + lapuk = kulapok.

Cuma sebelum diri ini berjalan berundur-undur menghilangkan diri, ingin sekali diri ini mengongsikan menu masakan yang dimasak secara hentam + keromo + baling + campak = siap.
Dengan ini mempersembahkan, menu alien nation ciptaan diri ini yang menjadi santapan seisi keluarga tengah hari tadi, lalu dihabiskan dengan jayanya sebelum fajar bersembunyi di ufuk barat.

Nasi lobak merah + sup kosong + ayam panggang ummph sebagai menjawab pertanyaan Dewi Sukma dan ingin mengecurkan air liur dan meng-show-off-kan kebolehan diri kepada Cikgu Alias. Muahahaha!

13 comments:

Anonymous said...

gambar makanan lagi?
ko mungkin akan berpuas ati selepas peti ais dah tak nmpak bila ko ada kat depan dia... uhuhuhuk...
|o_O|~ kangaq

mama ranggie said...

terliuq satgk nasi tu...

adooiii...dah lah mama tgh lapar ni...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kenapa tetiba je perut ku ini berbunyi?...

alias derais said...

bila seseorang mengakui dirinya show off..

oklah, ainin. aku mengaku kalah. dengan harapan, dapatle aku merasa makanan yang best tu. amboi2, ko dah pandai berlapik2, beralas, berkias2, sekarang ni ye. hmmm, aku kena ciptakan senjata baru ni..

Yang bernama Siti said...

sematkan kejap-kejap di hati/perut kata-kata kangaq tu.

bilo datang sini sekarang, asyik nak melawat dapur dan mula makan, makan, makan.

dengan ini saya isytiharkan blog ini sebagai BERBAHAYA untuk orang yang ingin menurunkan berat badan.

Ainin Naufal said...

kangaq,
aku masak je, tapi makan sikit-sikit. ermm... ko terliur eh??? hehe.

mama,
makan jangan tak makan. :P

cermin,
salam juga untuk kamu. dulu-dulu mak kata, kalau perut berbunyi tandanya ada cacing. hihi...

cheegu,
dengan bangganya aku mengaku show off. hmm... insy-Allah kalau ada rezeki akan terrrrasa gak lidah ko itu dengan masakan aku. bila eh?

Alamak, senjata apa tu???

kak siti,
kangaq tu teringin sebenarnya. hehehe. Dan pengisytiharan itu tersangat melampau laaah. :P

dEW! said...

Fuhlamak.. nasi ayam!? ayam punya nasi pun nak dibedal.. hahaha!

DS setuju benar dgn pengisytiharan siti.. kami, para blogger sampaikan fobia nak jengok blog ni tau.. huu huu!

blackpurple @ jowopinter said...

Lain kali kalau ada masak-masak lebih, ajaklah kawan-kawan datang. Hehehe!

Sastri said...

kata masak main campak2... tapi hasilnya... pergh... boleh buat kemecer... :D

Ainin Naufal said...

kak dewi,
salah tu, bukan nasi ayam le. hehehe... nasi lobak daaa. oo.. nak pakat dengan kak siti ek.

BP,
Kalau ada lebih la. hehehe... buat nasi ambeng pun ok gak kan.

sastri,
memang main campak pun. sempoi je dengan sup kosong dan ulam sket. hehehe...

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Salam puisi Dik Nin. Bila lagi?

Sara Imanina said...
This comment has been removed by the author.
Ainin Naufal said...

Kang Mya,
Belum bisa. Ajarin lagi.

Sara,
Terima kasih, datanglah selalu. :)