Sunday, February 03, 2008

Semoga Kamu Aman Di Sana

Dalam perjalanan pulang dari kampung, satu berita mengejutkan telah saya terima. Rakan penulis, Ahmad Zafran atau nama penanya, Panaharjuna telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Kali terakhir kami berhubung adalah dua minggu lalu. Arwah menyatakan hasrat mahu bertukar buku dengan saya. Arwah ingin memberi novel terbarunya, Merah Budiman dan dia mahukan Budak Unik daripada saya. Walau bagaimanapun saya keberatan kerana ketebalan buku itu tidak sama, begitu juga harganya. Jadi saya bercadang memberinya Melah Melia2 apabila naskhah percumanya saya terima nanti. Malangnya hasrat itu tidak kesampaian. Pagi ini arwah pergi buat selamanya.


Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Al- Fatihah.











7 comments:

mohamadkholid said...

saya kehilangan seorang sahabat. sayang - arwah penulis novel kanak-kanak yang hebat. saya mengimpikan satu masa nanti akan ada satu anugerah untuk mengiktiraf penulis novel kanak-kanak...

Ainin Naufal said...

saya pun begitu juga. kami, walaupun dijolok 'macam anjing dan kucing', tapi masih boleh menjadi pendengar yang baik antara satu sama lain.

Semoga rohnya tenang di sana.

Sastri said...

Al-Fatihah buat allahyarham... Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman...

Abang Long said...

AL FATIHAH buat kaum muslimin yang telah meninggalkan kita. Masih terkenangkan gurau senda dengannya sewaktu program PasiNo.

blackpurple @ jowopinter said...

Bila sudah masanya dijemput Ilahi, sedetik tak cepat, sesaat tak lambat.

Semoga roh almarhum sentiasa dicucuri rahmat-Nya.

Ainin Naufal said...

Abg Long,
Masih ada ralat dalam hati ni.

Sastri,
Amin.

BP,
Ya betul. Masa kita akan menyusul juga.

antasha_humairah said...

innalillah wa inna ilaihi rojiun...
al-fatihah utk arwah...
sy minat sgt dgn novel kanak-kanak yg ditulis arwah...