Wednesday, February 13, 2008

aku + dia

aku + dia = kami

6 tahun dulu, aku dan dia belajar dan mengenal erti hidup. Aku mula mengenali dia. Dia belajar melalui aku.

aku + dia = kami

6 tahun dulu, kami menjadi sahabat. Saling meluah bicara, bertukar cerita, berkongsi rasa. Apa-apa saja. Saat kami bersama, mata yang kantuk jadi segar semula. Berbicara bagai tak habis-habis cerita. Berjam-jam lama hingga dinihari menjelma.


aku + dia = kami

Aku menjadi bahu tempat dia bersandar. Dan dia sentiasa sudi menyapu air mataku, tanpa jemu. Aku menjadi tongkat untuk dia terus melangkah. Dan dia menjadi payungku saat hujan membasahi dan terik menyengat ubunan.

aku + dia = rakan kongsi

Dia menutupi kekuranganku. Aku melindung kelemahannya. Dia memapahku tika aku tiada daya. Aku memimpinnya di saat kelam pandangan matanya. Kami seiring jalan menyusuri denai-denai yang dirintangi beribu halangan. Satu per satu kami tempuhi sejak 6 tahun lalu.

Hari ini, aku + dia = masih kami yang dulu


Selamat Ulang Tahun Buat Kami


20 comments:

syimasyawal said...

salam... walla... selamat ulang tahun lah... hmm sama bulan gan akak ler... heheheheheh akak 21hb nanti....
Moga berkekalan sehingga akhir hayat... semakin bertambah usia perkahwinan ini, semakin mematangkan korang berdua... semoga sering bersama mengatasi segala bentuk cabaran yang bakal mendatang.... Amin...

Ainin Naufal said...

terima kasih kak. rasa macam baru semalam je kiter jeling menyampah kat 'orang' tu. siap kutuk dlm hati lagi, "tak paham bahasa ke aku tak mau". kakaka... rasa macam tak caya je dia yang jadi pakwe kiter sampai sekarang. hahahaha... lawak betul.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

selamat berbahagia. Jgn nyampah2. sengih selalu ;)

ayumkay said...

selamat ulangtahun buat kalian.

semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

:)

Manjlara said...

epi enibeseri! bunyinye ni cam sinopsis novel remaja/dewasa jer :D

bang_gugar said...

salam,

ehh!.. apa hadiah nak bagi ye..

(",)
terimalah senyuman ni

hehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat Ulang Tahun.

Semoga terus diberkati dan dirahmati Allah.

Tak buat makan-makan ke panggil kawan-kawan blogger? Hehehe!

Nazmi Yaakub said...

semakin lama semakin kuat mawadahnya. tahniah.

Ainin Naufal said...

kak za,
TQ... sengih je ni.

kak ayu,
Doakan ya.

kak lara,
TQ jugak. dah duduk dalam line ni, memang susah nak lari. hehe

Bang,
oh senyuman itu manis agaknya kalau aku dapat melihatnya. hahaha

BP,
Doakan. makan-makan sendiri je.

Nazmi,
macam itulah harapannya.

Puteri Daluwarsa said...

salam kak,

selamat ulang tahun. Semoga bahagia dan ceria selalu.

Menjenguk kawan-kawan, kehilangan seorang kawan mengajar saya berdiam diri akan menjauhkan kita dengan teman-teman. :)

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Sudah enam tahun kahwin rupa-rupanya! Anak dah masuk empat ya? Eh, Ainin dan Naufal saja kan? Tahniah! Tak jumpa cikgu-cikgu lama kita dulu ke Dik Nin?

Ainin Naufal said...

Daluwarsa,
berhentilah meratap. jangan sedih-sedih lagi. redha.

kang mya,
kami bukan pengantin baru lagi la. hahaha... Kilang pun tutup sementara waktu. :P

Mersik said...

Selamat menyambut ulangtahun hidup bersama tanpa perang dunia ke 4 hik hik...

Aku + dia = teman tapi mesra.

Hu huu...

Serunai Faqir aka SF said...

boleh buat novel cinta ni hik hik ...

bang_gugar said...

salam,

senyum itu adalah sedekah
(",)

aini said...

salam k.ainin..kite org baru..akk dh kawen rupa nye ek?ainin naufal tu name ank2 akk ker?

Ainin Naufal said...

mersik,
doakan ya. betul sangat tu, teman tapi mesra. hehehe.

SF,
akan kuabadikan bila tiba masanya. hihi...

bang,
terima kasih untuk senyuman itu.

aini,
salam juga utk Aini. dah tua pun dik. lagi 20 tahun dapat cucu pulak. hehehe.

umaq_eiman said...

akak jiwang aaa...
huhu... nyway selamat ulang tahun nikah yeh...
doakan cek plak ...

zaki zainol aka kangaq said...

fuuuhhh...
i'm speechless...
sf, tahun depan ada la orang tulis camni kat dia... ahahahah!

Ainin Naufal said...

Umaq,
jiwang ke? hahahaha... baru kini aku menyedarinya.

zaki,
speechless? ekekeke. SF kot yang tulis gini. hihi